Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

16 July 2009

Nabila dan Splint..

Assalamualaikum..apa saja arini yek? Hari ini Nabila ke hospital lagi. Sesi cara kerja hari ini. Aku datang seorang bersama Nabila. Tidak ditemani oleh ayah Nabila sebab ayah Nabila kena keje.

Dan seperti biasa aku terus masuk ke bilik terapi. Dan kemudian, Puan Sally bertanya pada aku, tentang splint. Aku menyatakan yang Nabila masih lagi belum mempunyai sebarang splint pun, baik kaki atau tangan. Pernah aku suarakan perkara ni kepada Puan Sally, bilakah sepatutnya Nabila perlu buat splint. Katanya tunggu dulu. Tadi entah macamana, mungkin tergerak hatinya, sebab melihatkan kaki Nabila yang suka ditegang-tegangkan, maka dia mengambil keputusan untuk buat splint itu pada hari ini. Dan tentang tangannya pula, Puan Sally kata tidak perlu sebab Nabila dah mula kurang menggenggam tangannya. Alhamdulillah. Bolehlah tumpu pada kakinya.
Mulanya, aku agak risau untuk memakaikan splint ini. Takut Nabila tak selesa. Tapi aku perlu kuatkan semangat, sebab segalanya untuk kebaikan Nabila juga. Bahaya jika dibiarkan kaki Nabila tanpa memakai apa-apa alat sokongan.
Dan tadi, alhamdulillah, aku cuba memakaikannya pada Nabila. Alhamdulillah, Nabila tak merengek atau menangis kesakitan. Aku harap perkara ini berterusan. Insyaallah..


Ini lah dia splint kaki Nabila.Aku tak tau la hospital lain macamana bentuknya. Klu ada sesapa yang nak bagitau tentang splint ni silalah yek..Ina pun tak berapa tahu sangat info splint ni. Yang Ina tahu, dia akan membantu membetulkan kaki Nabila. Kalau yang macam kasut tu apa pulak yek. Yang itu untuk jalan ke? Hope ada sesapa yang boleh beri info. Pasal klu kat hospital ni, kena mintak mcm2 baru dia layan. Kalau kita diam je, mmg dia tak layan la kita.huhu...

Nabila sedang menunggu 'kasut' barunya siap..Sampai terb***k pulak tu..hehe..


Puan Sally sedang menyiapkan 'kasut' Nabila

7 comments:

naurah makwa said...

patutla muka nabila cam tengah teran jer tu..popo ek..huhu

Kerikil Kehidupan said...

Emm..akak pun tak tau pasal splint ni..Iman kaki dia nampak ok..cuma tgn kanannya byk mengenggam..Nak tanya pakar terapinya lah minggu dpn..ooo..splint nama benda tu yer..Thanks yer Ina...

oMMy fiRuz said...

makin besar dah nabila..tp sorila noina, akak fes time dgr split ni..hehehe..

ita zakaria said...

sarra pun ade gak splint kaki & tgn..tapi die melalak bile nak pakaikan....huhuuu

zh-ena said...

oooo begitu ker..ena ingat td ina beli kasut baru..rupanya kasut utk nabila pakai..

harap pas nie nabila dpt berdiri n slow2 dpt berjalan kan..

ibuayu said...

masa alia tu awal2 lagi dah kena pakai splint.kat kaki and tangan.Alia suka tarik2 jadi untuk elakkan kaki semakin mengengkot tu yang kena pakai splint..Pakai kasut ni bukan sepanjang masa.terapi akan cakap pakai berapa jam sehari..ina tanyalah.lepas tu kalau dah tak muat kena buat kasut lain tau.

Noina said...

naurah : hehe..pandai la acik naurah..mmg meneran time tuh..hehe..

Kak Nanie : haah..nama dia splint. Nabila dah kurang gengam tu pasal tak pakai kat tangan..tapi kat kaki ni mengjengkit2 lagi..susah gak kak..dah 2 hari ina pakai..dapat sehari je..smlm dia tak leh nak pakai..tak leh nak tido..huhu..hurmm..tanya lah kak..ni smeua untuk kebaikan Iman gak..

Ommy Firuz : Takpe..hehe..nak tanya pada akak2 yanga da pengalaman tentang splint nih..kebanyakannnya dia pakai untuk anak2 yang istimewa.. :)

ita : sakit kot ita : Nabila boleh pakai..tak nagis ..cuma bila nak tido susah..pasal dia tido meniarap ita.. Puan Suhana dah suh dia tido mengiring tapi bila kita mengiringkan dia, dia meniarap pulak..huhuni hari ketiga..tgk camner plak..huhu

zh-ena : hehe.. tak de la ena..takde masa untuk beli brg sendiri..betul..kdg2 banyak beli brg nabila dr barang sendiri..huhu..harap2nya kan..Amin

Ibuayu : yeke..emm..tu ah Puan Slaly tu kata kena pakai waktu tido ke..tapi mcm biasalah tido meniarap..mana nak pakai..pastu nbila mengiringkan dia meniarap pulak..huhu..tak tauy nak wat camner..