06 December 2009

Mesti kena kuat lagi...

Petang tadi aku baru sahaja tiba di rumah. Penat..Sepanjang 4 hari bertungkus lumus sempena majlis perkahwinan adik mak aku yang aku panggil Mak Su.

Agak keletihan kerana segala persiapan di lakukan sendiri.Sehinggakan Mak Su aku sendiri bertungkus lumus membersihkan pinggan mangkuk dan penyediaan makanan sebelum majlis akad nikah. Aku pula sekejap di dalam, sekejap di luar. Namun tak boleh meninggalkan Nabila sendirian. Terpaksa aku mengendong Nabila ke sana ke mari..

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Segalanya baik..walaupun serba kekurangan. Memang simple sahaja majlisnya. Dan aku dapat rasakan yang Mak Su lega bila majlisnya selesai dengan baik.

Seperti biasa juga..bila bersama sedara mara..pasti akan buka cerita tentang Nabila. Aku bersyukur bila semua ahli keluarga sangat sayang pada Nabila. Walau hakikatnya Nabila sudah pun ditakrif istimewa, namun dia dilayan sama seperti anak lain. Dan masing-masing memberi kata semangat pada aku untuk teruskan rawatan untuk Nabila. Kadang-kadang sahaja hati aku di pagut sayu. Nabila punya makcik yang sebaya dengannya. Lahir selang 3 minggu dari Nabila. Alisya namanya.

Alisya bersungguh-sungguh mahu Nabila bermain dengannya. Bila Nabila baring dalam rocker..dia kan mengusik Nabila..akan buai Nabila..dan berkata.."baby..baby.."

Melihatkan Alisya, aku berfikir-fikir..andai Nabila sihat..pasti Nabila juga 'sibuk' seperti Alisya. Berlari ke sana kemari..bermain dengan riang. Apakan daya, keupayaan Nabila terhad. Aku akui, Nabila mahu bermain tatkala Alisya memegang tangannya..Dan aku dapat rasakan semangatnya berkobar-kobar. Sabar anakku.. pasti Nabila juga boleh bermain bersama dengan Alisya nanti.

(Aduhai air mata ini..sesekali mengalir..terasa hangat sekali..)

Dan seperti biasa nenek aku yang ku panggil Wan, masih lagi ingat yang Nabila adalah budak yang normal. Kami semua tidak pernah beritahu keadaan Nabila padanya. Yelah orang tua. Mana mungkin dia terima semua ini. Sesekali dia mengatakan Nabila lembik. Keluarga kami sudah biasa dengan cara kasar..berkata dengan sedap rasa. Namun aku faham. Aku tahan sahaja..dan telan segala-galanya.

Dan kata-kata peransang dari Pakcik dan Makcik ku.. Kuatkan semangat dan bukan mudah untuk menjaga anak seperti Nabila. Buat apa sahaja demi Nabila. Rezekinya pasti ada di mana-mana. Bukan semua orang boleh lalui perkara yang terjadi dalam diri aku. Kuatkan hati demi anak..Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.Makcik aku menyarankan aku supaya memohon bantuan pada JKM. Aku pernah lakukan itu semua. Susah. Banyak prosedur dan kakitangannya seolah-olah tidak menyukai kehadiran orang-orang seperti aku.. Bagi aku, itu satu penyelesaian bagi Nabila. Jika dapat, mungkin akan ringankan beban kami. Bukanlah aku mengatakan Nabila beban, cuma perbelanjaan mungkin sedikit sebanyak membantu kami untuk sedikit bernafas..fuhhhh.. Namun layanan yang diberikan seolah aku serik untuk ke JKM. MENYAMPAH!

Aku bersyukur..semua memahami keadaan kami. Dan aku harapkan ia berterusan. Bukan simpati cuma kami mahukan semuanya mengerti dengan keadaan Nabila. Itu sahaja.

Nabila wif pakcik n makcik. Baju merah itulah Alisya.. :)

Kedua mempelai..



p/s : jumpa IbuAni di Carrefour Wangsa Maju Jumaat lepas . Sempat berbual walaupun sekejap. Itupun kak Ani yang tegur aku dulu. huhu..almaklumlah leka melihat baju..hehe..tak perasan pun sesapa..(teruk betul ibu Nabila ni). To Kak Ani..dapat gak kita berjumpe secara live:) . maaf kak..tak berapa cam aituh..huhu..betul tak perasan..Apapun..harap dapat jumpe lagi yek kak.. :) nice meeting u kak.. :)

10 comments:

ieyza said...

ina...jgn mudah putus asa
nabila seorg yg sangat2 istimewa
ina beruntung sbb terpilih....
bab JKM tu...jgnla menyampah
hehehe....
teruskan pegi...biasala..diorg mesti dh letih
melayan client...
kalau dpt bantuan dari JKM
sedikit sebanyak dpt membantu
lagipun nabila mmg layak
untuk menerima bantuan dari JKM
ina dgn nabila mesti KUAT...
okiesss

grow2g3th3r said...

Ibu Nabila ngan nangis2 tau.. Ibu Nabila nie kan ke pemangkin kepada semangat Nabila.. kalau nangis.... nanti Nabila pun nangis... so, kena KUAT tau...

Apa2pun... memang penat kalau jadi tuan rumah kepada majlis perkahwenan... aduhai.... tak sanggup rasanyer... Majlis sehari, tapi sepah dan kacau bilau rumah lebih dari sebulan.

iNa said...

Sabar ye ina...
ina doakan yg terbaik utk Nabila..

Ina mmg tabik abis kt Ina...sbb berjaya mengharungi segala2nya dr dulu lg...

nur rabiatul adawiyyah said...

noina g jkm mane tu?aduhai..sedihnye diaorg wat macam tu..atul pon keje kat jkm tapi kat ibu pejabat..ciannye kat noina..ape pon atul mmg tabik lah coz noina kuat dalam menempuh cabaran2 yg telah dtg..

Manjakusayang said...

Noina...
Tahniah coz majlis berjalan dengan lancar... Pasal Nabila tu, try sekali lagi pergi JKM... Mana tau masa hari tu dia tengah datang bulan ker...hehehehe... Mana tau rezeki Nabila. Lepas tu try Noina baca Pa&Ma. Dalam tu ada 1 ruangan tu ada ruang untuk tajaan bagi anak2 seperti Nabila. Mana tau kan... rezeki... Dapat stok drypers. Cuba ler...

Noina said...

ieyza: hurm..tu ah..mmg ada ati nak gi, tapi bila pikir masa gi dulu..rasa sakit ati..huwaaa..Tgklah..maybe nak suruh ayah dia pulak..Ayah Nabila ni BZ semendang..huhu..

grow2g3th3r: huhu..mungkin Nabila nangis gak..tapi nangis nak susu..hehe..hurm..tu ah..anak..mmg dapat rasa apa yang ibu rasa..mungkin kot.. :)
Betul..penatnya ya amat..tak larat..tadi nak gi keje pun malas..hehe.ni penangan kenduri kawin la ni :)

ina : tabik..hish..tak yah tabiklah..ina ni biasa je..kdg2 tergelincir gak..jatuh..pastu nangis..huwaaa!

Atul : yeke..hurm..ina gi JKM Kat Gombak..Sampai sekarang tak tau apa status. malas nak tanya2 dah..huhu..Nak tanya leh, atul kat JKM sebagai apa yek?

Manjakusayang : hurm..ina slalu gak baca Pa & Ma tu..hurm..malas la kak nak masuk..sebab ina tak rasa Nabila sampai kena masuk majalah pulak.Lagipun beri pada orang lain yang lebih memerlukan :) yang JKM tu insyaallah..Akan cuba di usahakan.dah suruh abg gi..tapi tu ah..org lelaki..banyak sgt SIBUKNYER..

zali azali said...

ermmm...aiman punya 3 sepupu yg sebaya...sometime, memang punya pikiran yg macam tu..kalau aiman sehat mesti dia pun ligat macam tu..dan tak sedar, air mata ni mengalir tampa di undang...mungkin mama ngan babah aiman nampak happy jer..tapi hakikatnya, hati kami sering menangis sendiri..mudah-mudahhan tuhan kuatkan semangat kita semua...

Noina said...

zali : betul..moga sifat tabah dan sabar sentisa dalam diri kita..Sedih mmg sedih..nak wat camner..hidup mesti diteruskan..betul tak?

zali azali said...

yups..life must go on....

suealeen said...

Ujian begini sebenarnya lebih kepada untuk membentuk jiwa kita. Orang keliling, JKM... itu dugaan...

Akak pun bersyukur sebab keluarga sangat memahami. Cuma ada sorang tu la dulu laser sangat. Nak je ku cilikan mulut dia. Tapi keutamaannya lebih kepada sabar. Pahala sabar tu tak de siapa boleh nilai.

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...