03 April 2010

Celarunya fikiran!

Entah sejak 2-3 hari ni, aku asyik memikirkan tentang hal Nabila. Tentang hal untuk ke Tasputra nanti. Hanya tinggal 11 hari saja untuk aku mempersiapkan diri untuk menjalani kehidupan baru ini. Agak berdebar sebenarnya. Aku rasa sama seperti orang lain yang akan menghantar anak mereka ke sekolah buat pertama kalinya.

Dan semalam aku menyuarakan rasa hati ini kepada kawan pejabat, keluarga superkids dan juga pada Abg..

Entah..

Rasa gundah-gulana tak tentu pasal pula. Patutnya seronok..huhu..

Hurm..kalau difikirkan memang susah hati. Yelah..nak menyerahkan permata hati yang satu ini kepada orang lain..rasa amat berat sekali. Emak pula lagilah..Awal-awal lagi tak setuju. Dek kerna kedegilan anaknya yang sorang ini..terpaksa menurut kata.

Hanya doa sahaja iringin aku untuk Nabila. Moga segalanya baik-baik saja di situ. Ramai juga yang memberi aku nasihat agar mencuba saja buat 2-3 minggu di situ. Dan lihat apa perkembangan Nabila. Serasi atau tidak Nabila di situ. Terima kasih kawan-kawan atas nasihat yang diberikan..Sekurang-kurangnya kata-kata kawan semua buat hati ini tenang kembali..

p/s : semalam lepaking kat umah Zali+Ida..sempena besday mummy Ida.. :) Terima kasih Zali+Ida atas jemputan dan makanan yang disediakan.. :) Nabila jer kamuk-kamuk..huhu..Tah kenapa aku tak pasti..Dan pada Ayu+Syarul , Ita+Farid & Put+Megat .. enjoy jumpe korang..! :)

3 comments:

Being Me! said...

Salam dear. Akak cuma mampu suruh adik byk bersabar, berdoa, dekatkan diri dgn Allah, spent your time with your family, esp cutie Nabila. Kekuatan diri akan lahir dari kekuatan dan kebahagiaan keluarga adik, InsyaAllah. Akak baru kehilangan anak kedua, 2 minggu lepas, tanpa mengetahui yg dia sebenarnya ada tumor. Dia meninggal akibat pneumonia. Semua berlaku dgn cepat sekali, hanya 1 hari dia admitted, the next day, dia meninggal dunia. Adik tabahkanlah hati, sbb adik masih beruntung, permata hati masih di depan mata.

Noina said...

Kak..Sayu rasa hati baca blog akak. Kuatnya semangat akak melalui hari-hari tanpa anak..

Ina doakan agar rohnya bersama dengan orang-orang mukmin.. Dia tunggu akak kat syurga..

Being Me! said...

InsyaAllah. Jagalah anak adik sebaiknya. Dia masih ada di depan mata adik. Penghibur, penawar hati. Walau apa pun, adik masih beruntung ya.

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...