13 December 2010

Doakan Aisya..

Aku mendapat berita pagi tadi. Mesej dari Ayue, Ibu Aisya berbunyi gini..
"Ina, doc nak amik air tulang belakang aisya. Doc suspek dia kena meningitis. Apa pendapat ina? nak bagi ke tak?
Ya Allah, lantas aku mesej Dr. Zaahirah, dari PPUM..bertanyakan pendapatnya. Dan kemudian terus saja aku membalas mesej Ayue menyatakan perlu mengambil air tulang belakang.. :(
Dan tadi aku menelefon Ayue. Bertanyakan khabar Aisya. Rupanya Aisya diserang demam Jumaat lepas. Dan diikuti sawan pada hari Sabtu. Serangan sawan yang agak lama dan doktor mengambil keputusan untuk mengambil air tulang belakang Aisya. Ayue sendiri tidak pernah melihat keadaan Aisya diserang sawan.
Tadi sewaktu panggilan dibuat, Aisya masih dalam keadaan mamai. Baru sahaja selesai menjalani LP (ambil air tulang belakang) . Aisya dan Ayue kini berada di Hospital Serdang.
Ya Allah, kuatkan semangat Ayue. Tabahkan hatinya. Kuatkan semangat Aisya untuk meneruskan perjalanan hidupnya di muka bumi ini. Sebak bila aku mendengar suara Ayue tadi. Sungguh aku tak senang duduk aku sepanjang hari ini. Ingin mengetahui khabar berita Aisya.
Kawan-kawan..mohon semua doakan Aisya lekas-lekas sembuh dan tiada serangan sawan lagi. Amin..

5 comments:

ieda said...

moga result LP normal & moga Allah sembuhkan aisya dgn segera...amin..

MaMaNuRiN said...

moga aisya cepat sembuh..amin amin amin..aduh!! mamanurin pun rasa tak senang hati..

Anonymous said...

salam ina, sorry pg td masa ina msg saya tgh busy kt klinik.sorry bls msg sgt pendek and ringkas huhu. saya doakan aisya tak kena meningitis.. and the good part is, if let's say she has meningitis, it's treatable (think positive).. i pray that she will get well soon, kem salam mama aisya yer


-zaahirah-

Jue-Isteri_Ibu said...

Ya Allah, Engkau sembuhkan la aisya dengan segera dan tabahkan lah hati ibu ayu. Amin..

Asz said...

salam ina, moga aisya cepat sembuh ... elok juga ina bgtau ibu aisya utk buat LP ... sekurang2nyer doc tau kuman apa yg menyerang aisya dan boleh bagi antibiotic yg sesuai ... (tetiba teringat masa ammar admit dulu, ada ibu yg mati2 xmo doc buat LP pada anaknyer sbb dgr sgt ckp2 org, skrg menyesal x sudah) ... sedih plak ...

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...