Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

26 June 2009

EEG Test Dah Selesai..


Assalamualaikum..Banyak entry yang tertangguh..sampai 3 entry aku masukkan sekaligus hari ini..

Dan hari ini Aku,Abg dan Nabila ke hospital lagi.Punya urusan yang sangat-sangat penting hari ini.Seperti yang dijanjikan, Nabila ada appointment dengan Neurologi.Untuk Ujian EEG.Berikutan dari kes Nabila diserang sawan yang kerap masa bulan 4 lepas..Sebabnya kerap demam dan menyebabkan sawannya kembali lebih aktif..


Aku terlewat bangun.Namun segala barang-barang Nabila telah aku siapkan malam tadi.Tinggal untuk mengejutkan Nabila dan mandi. Aku menelefon Abg sebab Abg akan pulang kerja jam 8 pagi.Bila di telefon..suara Abg seolah-olah baru bangun tidur.Aku ingatkan dia di kilang lagi.Rupanya dah selamat sampai ke rumah..Mengantuk dan melelapkan mata seketika.
Jam 8, Aku terus bergerak menuju Sungai Buloh.Setibanya disitu..tepat-tepat jam 8.30 pagi.Abg pula hampir nak sampai..Katanya dia di Tol.

Kami terus bergerak menuju ke Klinik Pakar Tingkat 2. Dan terus malakukan pendaftaran.Selesai pendaftaran,kami meuju ke Bahagian Neurologi.Dan kami terkejut apabila nurse disitu memberitahu En.Jeffery tu bercuti.En.Jeffery tu la yang akan melakukan ujian itu kepada Nabila.Patut la hospital telefon aku 2 hari lepas..Aku tak angkat sebab aku sibuk dengan urusan Nabila ke sesi fisionya..

Tetapi semua itu tidak menjadi masalah pada mereka.Sebab mereka 'import' orang dari bahagian lain untuk lakukan ujian itu pada Nabila.Selesai timbang berat Nabila..mereka mengarahkan saya dan abg untuk masuk ke bilik ujian. Dan MA itu memberitahu prosedurnya..Ujian pun bermula.

Aku tidurkan Nabila di pangkuan aku pada mulanya.Sebab aku lihat Nabila sememangnya mengantuk teramat sangat ketika itu.Sehinggalah pemasangan elektrod itu di kepala pun Nabila tak sedar.Betapa mengantuknya dia..Sebab Nabila akan mudah tersedar bila sesiapa sahaja yang memegang kepalanya.Dan selesai pemasangan semua wayar-wayar itu, ujian pun bermula.

Aku mengharapkan Nabila tidur dengan nyenyaknya bila ujian bermula..Tak sampai 10 minit..Nabila sudah terjaga..Dan menangis..Sebab terdengar perbualan abg dan MA tu.Aduh..jenuh jugak aku memeujuknya..Dan mereka menyatakan jika Nabila masih lagi tak tidur,mereka akan sediakan ubat tidur. Aku kalau boleh nak Nabila tidur dengan sendirinya..apakan daya..tak dapat..!

Nabila diberi ubat tidur..Dan pada mulanya Nabila nak tidur..entah macamana tiba-tiba Nabila celik dengan segarnya dan mula berkata.."huuu..buuu...aaaa..mmmmmm..". Alamak..macamana ni..Nabila tak nak tido..tangan dan kaki makin ligat bergerak..Puas pelbagai cara..sampai wayar-wayar yang terpasang dikepalanya tercabut semula. MA tu berkata pada aku, Tak mengapa jika dah tercabut..dia kan pasang kembali..Dan aku telah gunakan pelbagai cara untuk tidurkan Nabila.Namun tak berhasil jugak.

Banyak kali juga MA tu masuk ke dalam bilik dan tengok Nabila dah tidur ke belum.Dan akhirnya dia membuat keputusan untuk menambah dos ubat tidur.Rupanya ubat tidur yang dia beri tadi..kurang dari sepatutnya.Sebab dia tak mahu ubat tu mempengaruhi keputusan ujian Nabila. Lepas beri ubat tidur..Nabila mula memerut..Aduh..mana nak cari tandas..selalu kat pediatrik senang je. Ni kat Neuro ni takde tandas untuk kanak-kanak..Aku terus cabut wayar-wayar yang masih terlekat di kepala Nabila terus ke tandas untuk mencuci segala yang keluar dari perut Nabila. Dalam tandas aku lihat Nabila seolah-olah seperti orang mabuk ubat..khayal..namun pergerakan dia cergas..seperti dia melawan ubat itu..mulutnya bising..seperti yang cakap mula2 tadi..

Siap semuanya aku terus ke bilik itu semula.Dan Nabila mula menunjukkan tanda-tanda untuk tidur..Dua kali aku pujuk dia..terus Nabila tertidur di pangkuan aku.Kali ini memang betul-betul tidur.Kasihannya Nabila. Aku terus letakkan Nabila di atas katil dan ujian bermula semula.

Seperti yang telah diberitahu oleh MA tadi, jika Nabila memakan ubat tidur kemungkinan keputusannya tidak tepat.Sebab dipengaruhi oleh ubat.Nak buat macamana..terpaksa bagi.. :(

Dan aku dapat melihat sendiri graf yang tertera pada komputer.Selesai semua..Nabila masih lagi tidur dan kami berangkat pulang.Dan mengharapkan keputusannya baik-baik sahaja..dan tidak membimbangkan aku dan abg..

p/s: Keputusannnya akan dihantar ke HKL kerana tiada pakar Neuro di Sungai Buloh.. :(

9 comments:

Lightnur said...

Assalamualaikum Noina

Alhamdulillah EEG test Nabila telah selesai. Semoga keputusannya baik-baik sahaja. Apapun keputusannya semoga Noina tabah menghadapinya, insha Allah.

Salam mesra
lightnur

Wanie said...

tomey nabilah nih..
kuat semangat tul..sayang sgt..

Yasmin Nabilah.. said...

lightnur : Waalaikumussalam..harap-harap baik2 sahaja kan Lightnur..emm..tak tahu lagi bila dapat resultnya..Terasa lambat sangat masa..huhu..

Wanie : Tu ah wanie..semangat dia mmg kuat.sebab nak tido pun susah walaupun dah makan ubat tido..siap sengih2 pastu bercakap2 lagi..

Anonymous said...

argh..teringat akim mase wat EEG test dulu..punyela puas pujuk soh tido..sedih rasenye..alhamdulilah sume ok..harap2 nabila pun ok jugak..

Yasmin Nabilah.. said...

Ommy_firus : harap2nya kan..berdebar gak ni..takut benda yang bukan2 jer..

Unknown said...

salam ina...harap nabila tak apa-apa, apa-apa perkembangan jgn lupa bgtau ek..result EEG Iman smpai skrg tak tau..hilang kat mana tah..dr ckp hlg masa hkl antar ke serdang..tapi dr tak srh pun buat balik sbb sawan iman dah ok...

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Nanie : tu yang tak best tuh..pasal nabila punya result pun antar ke HKL gak.emm..Ina risau gak ni..pasal aritu buat atas pengaruh ubat.Takut doc suh buat sekali lagi..Napa la dorang nih tak buat test tu memalam ke.kan senang nak tido..huhu..

Unknown said...

He..he..gelak akak baca..Memang kalaula ada yg sanggup OT buat EEG ni kan senang..tak payahla tggu berejam2 nak bg budak tu tido..Iman hr tu pun dua dos, tapi kami buat kat HKL..BIlik tu punyalah sejuk..Bkn Iman yg tidor..Umi dgn Abi dia yg mengantuk...

NzA said...

salam, Moga tabah..akak prnah alami keadan camtu. Berkali2 ank dserang sawan. Paling menyakitkan bila doktor ckp yg anak akak mungkin brmslah dlm pembelajaran bila skolh nnti. Alhamdulillah setlh msuk tadika dia seorg pelajar pintar n sewktu UPSR lepas dia berjaya mdpt 5A...