Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

30 September 2009

Kuatkah aku?..Tersinggungkah aku?

Ahad lepas, kami ke OU..Tujuan hanya satu..membeli puting botol susu Nabila yang semakin 'nazak'. Puas jugak mencari di kedai-kedai lain sebelum ini..juga mencari di area Rawang..Namun tak berhasil..Entah kenapa susah benar mencari hingga terpaksa ke OU Ahad itu.

Sambil menyelam minum air..kami membawa Nabila berjalan-jalan di sekitar mall..suka benar dia..Suka nampak lampu-lampu kedai barangkali. Kami masuk sebentar ke Jusco kerna ingin membasuh botol susu Nabila dan ada satu barang yang perlu kami cari. Selesai di baby room, kami keluar dan cadang untuk terus melangkah keluar dari Jusco, kami di sapa oleh seorang wanita agak berumur. Mungkin geram melihatkan Nabila yang sedang baring di dalam stoller sambil tersenyum-senyum, maka wanita itu menegur kami. Dan bertanyakan umur Nabila. Namun kata abg (sebab abg je yang tengah layan wanita tu) bila dia mengetahui umur Nabila sudah 1 tahun 5 bulan, dari riak muka jelas kelihatan yang dia mahu bertanya lanjut.. namun..mungkin soalan tu tersekat di kerongkongnya dan dia senyum pada kami dan terus berlalu. Pelik baginya..

Secara fizikal..Nabila nampak seperti ok, namun bila di lihatkan betul-betul..jelas kekurangan Nabila di situ. Bagi aku..Nabila memang sempurna..walaupun tidak pada orang lain. Namun..kadang-kadang..segelintir sikap orang kita seolah-olah tidak boleh menerima anak seperti Nabila. Apa yang nak dipelikkan..dia juga manusia. Cuma kadang-kadang mata orang-orang yang memandang..buat kami sekeluarga tidak selesa untuk ke mana-mana. Bukan tak boleh menerima hakikat..tetapi orang di sekeliling dia lah yang patut menerima hakikat ada orang lain yang kurang bernasib baik. Orang seperti Nabila lah patut di lindungi dan di kasihi..Besar pahalanya jika berbuat baik pada anak-anak ini. Tak perlu lihat contoh-contoh jauh..lihat sahaja pada diri aku.. dahulunya sebelum kelahiran Nabila, begitu sukar untuk dapat kerja tetap..Namun melahirkan Nabila..membesarkan dia dengan penuh kasih sayang..buat rezeki aku bertambah-tambah.. Cuba tanya juga pada rakan-rakan aku yang punya anak senasib dengan Nabila. Pasti mereka juga akan berkata perkara yang sama.. :)

Selepas insiden di Jusco, masih ada juga yang memandang..Namun..aku tak ambil peduli. Bak kata sepupu abg.. NABILA ADALAH 'MAIN ATTRACTION'. Kemana sahaja aku dan abg bawa dia, ada sahaja yang menyapa..Wajahnya yang comel buat semua sejuk hati melihatnya..tambah pula..dengan senyuman..lagi ramai yang suka padanya..Namun pabila mengetahui kisah dia..semua sayu hati. Betul..inilah pengalaman aku sepanjang membesarkan Nabila.

Tersinggung atau terasa dan jadi sebati dalam hati aku..Rasa sudah lali dengan apa orang kata tentang Nabila..atau beri pendapat tentang Nabila..APA SAHAJA.. macam dah kebal..tapi kebalkah aku?Usah di katakan lagi..air mata terlalu banyak yang tumpah dek kerna Nabila. Kasih sayang Aku dan Abg pada Nabila teramat tebal. Biarlah Nabila macamana keadaanya sekalipun..hati tetap utuh dan terasa semangat untuk besarkan Nabila.

Kawan-kawan yang senasib..kita di landasan yang sama.Mungkin ada yang kena lebih teruk lagi berbanding pengalaman aku dan abg dalam membesarkan Nabila. Bagi aku..kalian adalah ibu dan ayah yang hebat..Masakan tidak, Kenapa ALLAH berikan semua ini kepada kita.. :)

p/s : ada projek baru untuk Nabila..dah siap pun..cuma mungkin agak kelakar la klu sesapa yang tengok apa yang kitaorg buat tentang mata Nabila..hehe..nantilah aku ceritakan yek :)

28 September 2009

Pulang ke Sarang..

Bermula hari ini..bermulalah kisah aku dan Nabila berulang alik dari Rawang ke Gombak..dan juga ke tempat kerja..Aku pernah lakukan perkara ini dulu..semasa Nabila berumur 5 bulan tetapi aku tinggalkan dia di nursery berdekatan dengan rumah Rawang. Namun kali ini keadaan agak berbeza..Keluar awal pagi untuk ke rumah mak kerna masuk kerja jam 7.30 pagi. Bukan tak boleh masuk WP2 atau WP3, bagi aku, adalah lebih baik aku pergi awal..dan pulang awal..Tidaklah aku bersesak-sesak di jalanan. Sekurang-kurangnya kurang la satu kereta di jalan kalau aku pulang awal..hehe..

Apapun percubaan tadi agak baik juga..Nabila yang tadi di jaga oleh Atuknya, hanya sempat memberi Nabila susu yang aku kira sedikit kuantitinya. Aku agak risau Nabila menangis..merengek..Alhamdulillah..nampak ok..dia main-main sahaja. Kemudian menyebut perkataan "buuuuuu' dalam nada yang panjang..huhu...Sabar jelah..Nasib baik tengah bawak kereta..kalau tak..mau aku 'gomol' si Nabila nih..hehehe..

Harapnya segalanya baik-baik sahaja. Aku siap berpesan pada Nabila agar duduk baik-baik..dan jangan banyak kerenah..menangis buat aku hilang tumpuan ketika memandu..huhuhu..

Apapun doakan kami sentiasa dalam keadaan selamat pergi dan balik yek.. :)

p/s : kami sememangnya sudah lama ingin 'pulang ke sarang'.Masih ada juga yang tak faham kenapa aku duduk di rumah mak dulu..dengan meninggalkan abg keseorangan.Agak kasar juga kata-kata itu..namun ku telan juga..Kata Abg, orang itu tak paham masalah kita!

23 September 2009

Wajah-Wajah di Hari Raya..

Alhamdulillah..Kami selamat sampai ke Rawang petang semalam. Bertolak dari Ipoh tengahari dan singgah sebentar ke rumah untuk letak beg dulu. Sebabnya nak amik barang-barang di rumah mak di Gombak pula selepas itu.

Di kampung abg memang meriah dengan suasana hari raya..terutama bersama mak ayah mertua..dan adik-adik..Tahun ni..lengkap semua adik beradik ada di rumah..tidak seperti tahun-tahun lepas..raya cuma ada adik yang ke 3 dan ke 4, disebabkan adik yang ke 2 dan ke 3 masing-masing masih lagi belajar..Yang ke 2 di U.K dan yang ke 3 di Bintulu.

Dan banyak perkara-perkara menarik sepanjang beraya di Bota..makan beramai-ramai..beraya..memang meriah..tak lupa juga di rumah makcik abg di Ipoh..sangat-sangat meriah dengan telatah anak-anak buah dan sepupu-sepupu yang ramai..

Ada juga rumah yang tak dapat kami kunjungi seperti di sebelah ayah mertua aku..tak berkesempatan nak berjumpa sebab terpaksa pulang awal..Abg dah mula keje hari ini. Memang tak best!..Kalau tak, boleh duduk lama lagi di Ipoh. Yelah bukan selalu dapat duduk lama kat rumah mak mertua..Pulak tu kesian kat mak ngan adik-adik..tak puas bermain dengan Nabila.. Apa nak di buatkan..abg sibuk nak keje..huhu..

Apapun..layanlah gambar-gambar Nabila ni yek..hehe..

Inilah family abg a.k.a family mertua aku..hurmm..baru lengkap..semua ada..Thanks yek mak ngan adik2..sanggup cari baju warna ungu semata-mata nak sama ngan baju Nabila.. :)


Ni on the way nak balik Ipoh..Abg agak mengantuk malam tu sebab siangnya sibuk tolong aku memasak di dapur. Amik adik di KLIA dulu..dan terus gerak ke Ipoh..



Wajah-wajah di raya pertama

Wajah-wajah di raya kedua

19 September 2009

Salam Aidilfitri

Hari ini aku dah mula sibuk untuk bersiap-siap pulang ke kampung abg di Ipoh. Insyaallah..kami akan berangkat pulang ke Ipoh malam nanti. Sebelum itu, kami akan ke KLIA dulu untuk menjemput adik ipar aku dari Bintulu.

Dan di kesempatan ini, Ina dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin pada semua bloggers. Ina ingin meminta maaf seandainya ada tersalah kata, tersilap bicara sepanjang ber'blog' di dalam BLOG YASMIN NABILAH. Apapun doakan kami selamat sampai dan selamat balik nanti. Kami juga mendoakan agar semua rakan-rakan blog bergembira di Hari Raya bersama keluarga tersayang. Jaga diri..dan berhati-hati di jalanraya.. :)

Sudi-sudilah kiranya ambil kad raya kami ni.. :)

17 September 2009

Nabila Demam dan kembali ke Rawang..

Lama tak update blog..bukan malas..tapi banyak perkara yang terjadi dalam hampir seminggu ini.

Jenguk blog rakan-rakan yang lain..semua dah start dengan ucapan raya..Ingin jugak buat kad raya khas untuk semua bloggers..tapi masih belum berkesempatan..update kali ini pun aku terpaksa menunggu Nabila tidur dulu..

Khabar Nabila..? Isnin lepas, Aku dan Nabila gerak dari Rawang ke Gombak sesudah subuh..kerna tak larat untuk membawa kereta di waktu malam Ahad itu. Mengantuk akibat kekenyangan :) . Dan maklum sahaja parking di rumah mak sudah pasti penuh malam itu..Jika aku balik juga sudah pasti aku akan dapat parking yang agak jauh dari rumah. Dan keputusan di ambil, aku pulang pada pagi Isnin.

Malangnya, kata mak..sebaik sahaja aku ke tempat kerja pagi itu..Nabila diserang demam. Aku ada juga terfikir adakah sebab dia jatuh dari rocker Sabtu lalu menyebabkan dia demam? Namun sangkaan aku melesat pabila difikirkan hari Ahad itu, Nabila masih lagi sihat dan bermain-main seperti biasa. Dan aku mula memikirkan sebab musababnya. Dan jawapannya..

Nabila mungkin kesejukan di dalam kereta sewaktu kami on the way pulang ke rumah mak. Aircond dalam kereta itu memang paling pelahan aku buka. Namun..disebabkan baru di servis..maka kesejukannya agak melampau juga..Dan aku membuka juga sedikit tingkap..supaya udara sejuk itu keluar..namun tidak berhasil..udara disepanjang jalan juga agak sejuk pada pagi subuh itu.

Dan demam Nabila berlarutan sehingga hari ini. Hari ini sepatutnya aku masih lagi bekerja.Aku akan mula bercuti raya pada sabtu nanti. namun..kasihankan Nabila..dan dirumah mak semuanya sedang demam sekarang ini..adalah lebih baik aku 'kuarantinkan' sahaja Nabila di rumah Rawang..Risau juga demam Nabila yang masih tak kebah-kebah..

Dan bermula Selasa lepas, aku berulang alik dari Rawang ke tempat kerja. Aku cuba untuk menyesuaikan diri..walaupun kata Abg, belum masanya lagi untuk aku berulang dari Rawang ke KL. Namun kasihankan abg dan berfikir sampai bila aku mahu duduk di rumah mak, aku nekad. Penat memang penat. Nak buat macamana..Aku rasa Nabila pun nanti akan faham kenapa aku buat macam ni.

Ada juga yang bertanya pada aku..kenapa aku tidak sahaja beli rumah di KL? Jawapan aku singkat sahaja.. Dan rasanya ramai yang tahu..rumah di KL mahal..dan rasanya aku dan abg yang bergaji kecik ni memang tak mampu beli rumah di KL. Aku mahu mencari rumah bawah..dan kiteria tersebut tiada di KL. Faham-faham sahaja rumah di KL semuanya umah-atas-langit. Bukan tak biasa..Sudah jemu kataku. Muak dan jelak..sebab sejak dari kecil duduk di rumah atas!..kali ini ingin juga merasa rumah bawah.. :)

Apapun..doakan sahaja perjalanan aku dan Nabila berulang alik setiap hari selamat.. :) Kali ini bermulalah kehidupan sebenar aku sebagai isteri dan ibu di rumah ini.. :) Dahulu..rasa tak lengkap..sekarang segalanya perlu dilakukan sendiri..Itulah cabaran namanya..!

12 September 2009

Pelbagai perasaan!

Hari ini, rasa bercampur-aduk perasaan aku. Gembira ada, sedih ada, cemas ada.Penat tapi puas (tapi ini bukan perasaan tau)..kenapa? Banyak perkara yang berlaku hari ini.

Sepanjang hari ini, aku dan abg agak sibuk. Pagi-pagi sesudah abg pulang dari kerja, aku menyatakan ingin memasak sahaja di rumah. Dan menu pertama yang terlintas di fikiran aku adalah chicken chop..(hahaha!)..macam lah pandai masak!..

Dan terus sahaja aku aku terfikir untuk menjemput kawan-kawan aku semasa belajar di Adtec dulu. Namun..menu chicken chop tu tak dapat dilaksanakan kerna tak dapat resipi yang sesuai dan rasa macam tak sesuai pulak nak makan ketika berbuka.

Lantas, terfikir untuk masak ikan siakap 3 rasa, tomyam dan telur dadar. Cukup! dan ditambah dengan jus tembikai yang dibuat oleh abg..buat semua berselera.

Tengahari..sesudah selesai membasuh baju, aku dan abg terus ke NSK Rawang. Mak aii..ramai tul orang membeli barang dapur. Naik lenguh juga memegang Nabila sebab malas nak bawak stroller di tempat yang sesak larat tu! Dan akhirnya Nabila terlena juga di bahu aku..letih barangkali sebab asyik di dukung dan badan di kepit erat sebab suka sangat tolak badan ke belakang. Sori yek Nabila.. Kamu tu yang suka sangat melonjak!

Selesai membeli barang dapur, terus naik highway balik ke rumah. Sebelum tu, kami singgah ke Grand Union dulu, sebab ada barang yang takde di NSK tadi. Dan sewaktu nak melangkah keluar, aku singgah untuk melihat tudung. Wanita yang menjual tudung itu, menegur Nabila. Katanya Nabila comel. Dan bertanyakan Nabila berumur brapa? Aku jawab seperti biasa..1 tahun 5 bulan. Dan dia bertanya lagi. Nabila dah pandai apa? Bab ni lah yang paling aku malas nak jawab bila siapa-siapa yang bertanya kat aku. Namun bila fikirkan akak tu pun bukan kenal aku sangat. Aku pun cakap la yang Nabila ada masalah. Aku ingatkan dengan jawapan tu, boleh la aku blah dari tempat tu..namun sangkaan aku meleset. Akak tu bertanya lagi tentang Nabila..

Aku bukanlah seorang yang berat mulut dan malu bila orang lain bertanyakan tentang Nabila pada aku. Bahkan aku memang suka kalau aku bercerita tentang Nabila pada orang lain. Bukan sebab nak mintak simpati..Suka nak tengaok pandangan orang lain tentang Nabila. namun..bertanya itu perlulah ada batas-batasnya.. Nabila juga bukan mahu dilahirkan begini.

Apa yang akak itu tanyakan pada aku, sikit pun aku tak rasa tersinggung. Malah dia memberi semangat pada aku dan abg untuk terus membesarkan Nabila seperti anak-anak yang lain. Aku bersyukur sangat sebab ramai yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Nabila. Walaupun pada hakikatnya ada sahaja yang tak suka pada anak istimewa..namun AKU PEDULI APA! mereka tidak melalui apa yang aku dan abg rasa dalam membesarkan Nabila. NABILA BUKAN BEBAN BUAT KAMI!

Selesai dengan akak tu, naik sahaja dalam kereta, aku terkenang apa yang dinasihatkan akak tadi tu. Air mata aku hampir sahaja menitis bila melihatkan Nabila. Apakan daya..semua ditakdirkan dan aku tak patut pandang kebelakang lagi.

Kami terus pulang dan bersedia untuk masak. Kawan-kawan aku juga telah beri persetujuan untuk berbuka bersama. Lama betul tak buat makan-makan kat rumah. Alhamdulillah, kehadiran Eawan, Kak Milia, Midah, Ayie dan si kecik comel..Aisyah..meriah sekejap la umah aku nih. Belum pernah lagi jemput sesapa datang ke rumah untuk makan nih..hahaha!

Dan semua lauk-lauk juga hampir selesai..Alhamdulillah..nasib baik tak termasin sgt ke, atau kurang gula ke..yelah..pose..bukan leh rasa-rasa masakan yang kita masak. Pulak ajak orang datang..hehe..klu makan berdua je..masin ke keras ke..telan je..ni ajak orang..hehe..malu skit.. :)

Lupa nak cerita ..sewaktu aku sibuk-sibuk dengan abg kat dapur, aku letakkan Nabila di dalam rocker nya. Dia main-main sorang diri di ruang tamu. Entah macamana, bila aku ke ruang tamu semula..aku menjerit.. ! NABILA DAH JATUH DARI ROCKER! Dan paling buat aku terkejut sekali ialah..Nabila langsung tak menangis. Aku tanya pada abg sama ada dia meletakkan Nabila di atas tikar. Kata abg, tidak. Macamana Nabila boleh jatuh dari rocker. Pulak tu tak nangis plak tu..hurm..musykil nih..sampai sekarang ni aku dan abg masih pikirkan camner Nabila boleh jatuh. Check jugak kepala dia..tgk ok je..huhu..Takutnya ibu, Nabila..rasa menggeletar angkat Nabila tadi..


p/s : Malam tadi aku dan abg dapat mimpi yang hampir serupa. Nabila yang semakin cerdik dan tak disangka-sangka boleh berjalan :) Bila di ceritakan pada abg pagi tadi, dia pun dapat mimpi yang hampir sama seperti aku.. Alangkah bahagianya hati bila mimpi itu menjadi kenyataan :)

10 September 2009

Speech Therapy..

Semalam,untuk kali keduanya, Nabila ada temujanji dengan Klinik ENT. Sebelum ini Nabila pernah ke situ bagi pemeriksaan pendengarannya. Dan kali ini kami ke situ lagi untuk terapi pertuturan dan bahasa. Tapi bukanlah untuk mengajar Nabila bercakap lagi, tetapi tentang masalah menelan air liur dan makanan.

Masalah menelan Nabila bukanlah serius seperti yang digambarkan. Sememangnya anak Cerebral Palsy memang punya masalah yang satu ini. Namun, teruk atau tidak bergantung pada anak itu. Bagi Nabila, menelan air liur agak susah baginya. Kata Puan Anida tadi, Nabila yang sentiasa menunduk menyebabkan air liurnya yang sentiasa melelah keluar. Walaupun ketika baring ia tidak meleleh, ia juga boleh menyebabkan Nabila tersedak akibat penelanan air liur yang kurang baik. Ia memang merisaukan aku kerana air liur jika tidak di telan betul akan menyebabkan masuk ke dalam paru-paru. Nanti timbul pula sakit yang lain..Nauzubillah..

Tiada apa aktiviti yang dilakukan hari ini. Cuma sesi bersoal jawab dan bertanya pendapat. Masalah Nabila ialah ketika hendak memasukkan makanan ke dalam mulut. Bagi Nabila, ia merupakan satum 'penyeksaan' baginya untuk membenarkan makanan masuk ke mulutnya. Agak sukar bagi aku dan mak, apabila memberi Nabila makan. Dengan tangisannya sahaja, sudah cukup buat kami resah dan hanya mampu beri sedikit sahaja makanan pada Nabila. Selebihnya, hanya menangis dan marah..

Cadangan Puan Anida, letakkan madu atau apa sahaja makanan di sekeliling bibirnya. Biarkan sahaja dan lihat respon darinya. Dan satu lagi, Puan Anida menyuruh aku rajin-rajin mengurut bibir dan pipi Nabila. Katanya otot mulut mungkin lemah, maka elok di urut di bahagian-bahagian tersebut. Tak lupa juga, tukar sudu yang digunakan untuk menyuap Nabila. Aku menggunakan sudu plastik, cadangan Puan Anida menyuruh kami menggunakan sudu besi untuk menyaup makan Nabila..huhu

Dan katanya, Nabila ada 2 kemungkinan jadi sedemikian rupa. Sama ada dia trauma dengan 'birth history' nya atau dia 'over sensitive' . Kedua-duanya hanya kemungkinan. Namun, apa yang perlu aku lakukann, hanya usaha seperti yang telah di sarankan oleh Puan Anida.

Dan 'next visit' nanti , dia menyuruh kami membawa makanan yang selalu di makan oleh Nabila. Mungkin nak lihat cara aku memberi Nabila makan. Dan semua akan dilakukan selepas raya nanti.. :)

p/s : semua appointment dengan OCC dan Fisio ditanggunhkan sementara waktu. Sebab rasa macam tak larat nak gi terapi bulan-bulan puasa pulak tu. Dan sala satu sebab adalah H1N1. Takut pulak rasanya ...

08 September 2009

Berbuka puasa bersama Ita, Put dan Faizal..


Ahad lepas, kami semua berjanji temu di Orkid Thai. Dua minggu lepas, hanya aku dan Ita sekeluarga ke sana. Dan di situ, Ita memberi cadangan agar keluar bersama-sama dengan member-member bloggers pula.

Aku dan Abg menunggu Faizal yang dari Tapah, untuk gerak sama-sama ke Shah Alam. Jam 5.30 petang, kami semua bergerak ke tempat yang di tuju. Dan setiba di Shah Alam, jalan agak sesak kerana ramai yang keluar membeli juadah berbuka di sekitar Stadium Shah Alam. Ita dan Farid katanya baru sampai. Dan mereka terus naik dahulu untuk pesan makanan.

Agak-agak nak dekat pukul 7 jugak la kami semua sampai ke Orkid Thai.Put juga masih belum kelihatan. Nabila yang pada mulanya diam, mula resah. Sejuk..siap pakai baju 3 lapis lagi..huhu..

Tak lama lepas tu, Put sampai bersama suami dan Atuk Idris..Dan tak lama selepas itu, pekerja kedai itu memberitahu sudah masuk waktu berbuka. Ada juga beberapa pesanan kami yang masih belum sampai. Dan kami dahulukan apa yang ada..

Makan beramai-ramai memang seronok. Cuma Nabila ni, masih lagi seperti haritu, taknak duduk dalam stroller dia.. Mahu berpegang aje. Adui..napa ni sayang..saja la tuh..nak tgk orang makan yek..Pasal kat umah, aku letakkan aje kat dlm rocker, ngadapkan dia pada orang-orang yang tengah berbuka..diamlah dia..ni dok dalam stroller..mana nak nampak..pastu mulalah merengek..huhu..terpaksa lah sekali lagi, bergilir-gilir dengan Abg untuk makan. Sarra dan Idris tidur, manakala Irfan agak 'kamuk-kamuk' skit.. mengantuk barangkali. Kesian dia..serba tak kena jugak lah Faizal dan dan Kak Noni di buatnya..huhu..

Selesai makan, kami menuju ke kereta masing-masing. Dan-dan tu, Faizal mengeluarkan ole-ole dari Tapah kami semua. Dan kami sembang-sembang kosong di parking. Banyak benda yang kami berkongsi rasa dengan keluarga Faizal.. Al maklumlah..dia tak cerita habis tentang Irfan dalam blog dia..

Apapun..harap ada lagi pertemuan seperti ini sekali lagi..dan rasa2 cam nak cadang gi Hot Spring kat Sungkai plak..hehe..Amacam..ada berani?..leh la buat terapi untuk anak-anak kita nih :)

06 September 2009

Abg Demam dan Gedangsa..


Khamis lepas, Abg diserang demam panas. Aku pada mulanya bercadang berbuka bersama kawan-kawan opis, terpaksa membatalkan hasrat, kerana kata abg dia betul-betul tak larat. Aku suruh buka sahaja puasanya, tapi abg berdegil. Katanya sayang puasa sebab dan hampir waktu berbuka. Ke klinik pun tadi, dia meminta tolong kawan hantarkan. Tak larat membawa kereta katanya. Risau aku dibuatnya, lantas aku ambil keputusan untuk pulang ke Rawang selepas kerja.

Aku tak sempat masak apa-apa memandangkan aku sampai dirumah sahaja sudah pukul 6, Dan terus aku membeli makanan 'ready made' sahaja :) . Makan pun hanya berdua, so tak perlulah cerewet sangat.

Setibanya di rumah, aku periksa badan abg. Terasa hangat kepala abg. Kata abg, tangannya semua kebas. Dan doktor kata abg kena kencing manis. Check gula tadi pun dah 8. hurm..macam-macam penyakit abg nih...

Aku berikan abg ubat dan suruh dia berehat. Di suruh makan, katanya tak selera. Tekak sakit akibat tonsil yang membengkak. Kata abg dah 2 hari dia sakit tekak, dan Khamis itu, keluarlah segala sakit demamnya. Aku pada mulanya ingin pulang pada malam itu jugak, kerana kasihankan Nabila yang pasti akan mencari aku diwaktu malam. namun..bila melihatkan abg yang masih lagi belum kurang susut demamnya, aku membatalkan hasrat untuk pulang malam itu. Aku pulang ke Gombak pada esok paginya. Mulanya nak masuk office lewat sikit sebab nak bawa abg ke klinik sekali lagi, tapi kata abg, dia dah nampak ok pagi itu.Alhamdulillah..

Bila difikir-fikirkan, kesian kat abg, sejak dok sorang-sorangt ni ada je penyakitnya. Dan semalam aku suarakan lagi hasrat untuk balik ke Rawang. Namun kata Abg, tunggulah dulu. Kesiankan anak, yang pagi-pagi terpaksa ulang alik dari Rawang ke Gombak. bagi aku tak kisah kerana sudah bisa berulang alik setiap hari. Nantilah..akan difikirkan lagi.. :(

Semalam ke Gedangsa lagi. Kami bermalas-malasan sebab pasti nombor giliran kami agak belakang, kerana kebanyakannya semua orang akan berpusu-pusu ke rumah Kak Raw sebelum subuh. Dan kami mendapat no. 33..huhu..Itu pun Ita tolong ambilkan nombor kami. Sejak-sejak Kak Raw menggunakan sistem bernombor ni, ramai yang tidak menunggu seperti biasa. Dapat sahaja nombor, semua keluar berjalan-jalan atau pulang ke rumah dahulu. Dan kemudian datang kembali. Bagi aku, terasa rugi benar jika balik semula ke rumah atau keluar berjalan-jalan. Adalah baik, aku menunggu sahaja giliran aku. Sabar itu kan separuh dari iman.. Nak Nabila baik..perlulah banyak bersabar.. :)

p/s : hari ini berbuka puasa bersama Ita dan Put. Dan seorang kawan baru Nabila, Irfan namanya.Jiey pula baru beritahu pada Ita yang dia tak dapat nak join bersama berbuka nanti. Takpe nanti kita berbuka lain kali yek Jiey :)

01 September 2009

Nabila yang meragam!

Tiga hari lepas, aku pulang ke Rawang. Sempena cuti hari Merdeka selama 3 hari..dan ingin memberikan peluang pada mak aku untuk berehat dari menjaga Nabila .

Namun, Nabila punya kisah tersendiri bila pulang ke Rawang. Entah mengapa..sepanjang 3 hari itu, Nabila menangis. Aku fikirkan yang Nabila lapar, aku berikan makan. Tak lupa juga susu, aku andaikan dia haus. Tidak juga di minumnya.

Aku dan abg buntu memikirkan keadaannya yang sentiasa merengek minta di buai..Dan mahu kita sentiasa berada di sampingnya. Faham sahajalah bila pulang ke rumah sendiri. Manakan hendak mengemas, membasuh dan menyediakan juadah berbuka. Sudahnya abg yang memasak juadah berbuka puasa semalam. Katanya teringin masak ayam masak merah. Sudah 2 hari makan lauk yang dibeli..akhirnya merasa juga masakan yang di masak oleh abg :) . Dan tugas aku pula, melihat-lihatkan Nabila, dan melipatkan kain yang sedia bertimbun di atas sofa :( Kata abg, dia memang failed bab melipat kain nih...

Dan aku masih lagi melihatkan giginya yang mahu menonjolkan diri. Adui, sakitnya aku rasakan tatkala melihat semua gusinya bengkak akibat cik gigi yang mahu keluar. Mungkin sukar bagi Nabila untuk makan dan minum susu dek kerana semua gusinya membengkak.. :(

Dan selesai berbuka, kami berdua pulang ke Gombak semula. Penatnya usah cakaplah. Walaupun pulang hanya di hujung minggu, penatnya terasa 2-3 hari. Kerana mengangkut barang-barang Nabila yang sedia banyak.Bak kata mak..macam nak balik kampung Ipoh.. :)

Sesudah tiba di rumah.. Nabila bermain seketika, dan penat, terus berhenti main dan tidur. Dan pagi tadi emak berkata yang Nabila masih juga meragam. Dan emak memberikan gripe water kepada Nabila untuk hilangkan rasa sakit di gusi itu. Dan tadi emak memberitahu aku, yang Nabila hanya makan sahaja, kurang minum susu. Kasihan Nabila...

Dan tadi, selesai makan malam Nabila, aku mulakan aktiviti seperti biasa bersama Nabila iaitu bermain. Dan Nabila nampak ceria. Mungkin juga dia seronok berada di rumah neneknya berbanding di Rawang, kerana aku jarang mengajak dia bermain..kerna sibuk mengejarkan kerja-kerja rumah yang tak putus-putus. Nabila mungkin kebosanan di Rawang. Kasihan dia.. :(
Yelah di rumah mak ada sahaja yang rajin melayan dia, tetapi di Rawang hanya aku dan abg. Itupun bergilir-gilir.. Mungkin Nabila sunyi..Dan menangis itu sahaja senjata untuk menarik perhatian ibu :)

Dan tadi salah seorang rakan di office bertanyakan 'jadikah hasrat aku untuk pulang ke Rawang lepas raya' ? Insyaallah, harapnya segala urusan dipermudahkan. Aku masih lagi berfikir-fikir lagi sebenarnya...