Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

30 September 2009

Kuatkah aku?..Tersinggungkah aku?

Ahad lepas, kami ke OU..Tujuan hanya satu..membeli puting botol susu Nabila yang semakin 'nazak'. Puas jugak mencari di kedai-kedai lain sebelum ini..juga mencari di area Rawang..Namun tak berhasil..Entah kenapa susah benar mencari hingga terpaksa ke OU Ahad itu.

Sambil menyelam minum air..kami membawa Nabila berjalan-jalan di sekitar mall..suka benar dia..Suka nampak lampu-lampu kedai barangkali. Kami masuk sebentar ke Jusco kerna ingin membasuh botol susu Nabila dan ada satu barang yang perlu kami cari. Selesai di baby room, kami keluar dan cadang untuk terus melangkah keluar dari Jusco, kami di sapa oleh seorang wanita agak berumur. Mungkin geram melihatkan Nabila yang sedang baring di dalam stoller sambil tersenyum-senyum, maka wanita itu menegur kami. Dan bertanyakan umur Nabila. Namun kata abg (sebab abg je yang tengah layan wanita tu) bila dia mengetahui umur Nabila sudah 1 tahun 5 bulan, dari riak muka jelas kelihatan yang dia mahu bertanya lanjut.. namun..mungkin soalan tu tersekat di kerongkongnya dan dia senyum pada kami dan terus berlalu. Pelik baginya..

Secara fizikal..Nabila nampak seperti ok, namun bila di lihatkan betul-betul..jelas kekurangan Nabila di situ. Bagi aku..Nabila memang sempurna..walaupun tidak pada orang lain. Namun..kadang-kadang..segelintir sikap orang kita seolah-olah tidak boleh menerima anak seperti Nabila. Apa yang nak dipelikkan..dia juga manusia. Cuma kadang-kadang mata orang-orang yang memandang..buat kami sekeluarga tidak selesa untuk ke mana-mana. Bukan tak boleh menerima hakikat..tetapi orang di sekeliling dia lah yang patut menerima hakikat ada orang lain yang kurang bernasib baik. Orang seperti Nabila lah patut di lindungi dan di kasihi..Besar pahalanya jika berbuat baik pada anak-anak ini. Tak perlu lihat contoh-contoh jauh..lihat sahaja pada diri aku.. dahulunya sebelum kelahiran Nabila, begitu sukar untuk dapat kerja tetap..Namun melahirkan Nabila..membesarkan dia dengan penuh kasih sayang..buat rezeki aku bertambah-tambah.. Cuba tanya juga pada rakan-rakan aku yang punya anak senasib dengan Nabila. Pasti mereka juga akan berkata perkara yang sama.. :)

Selepas insiden di Jusco, masih ada juga yang memandang..Namun..aku tak ambil peduli. Bak kata sepupu abg.. NABILA ADALAH 'MAIN ATTRACTION'. Kemana sahaja aku dan abg bawa dia, ada sahaja yang menyapa..Wajahnya yang comel buat semua sejuk hati melihatnya..tambah pula..dengan senyuman..lagi ramai yang suka padanya..Namun pabila mengetahui kisah dia..semua sayu hati. Betul..inilah pengalaman aku sepanjang membesarkan Nabila.

Tersinggung atau terasa dan jadi sebati dalam hati aku..Rasa sudah lali dengan apa orang kata tentang Nabila..atau beri pendapat tentang Nabila..APA SAHAJA.. macam dah kebal..tapi kebalkah aku?Usah di katakan lagi..air mata terlalu banyak yang tumpah dek kerna Nabila. Kasih sayang Aku dan Abg pada Nabila teramat tebal. Biarlah Nabila macamana keadaanya sekalipun..hati tetap utuh dan terasa semangat untuk besarkan Nabila.

Kawan-kawan yang senasib..kita di landasan yang sama.Mungkin ada yang kena lebih teruk lagi berbanding pengalaman aku dan abg dalam membesarkan Nabila. Bagi aku..kalian adalah ibu dan ayah yang hebat..Masakan tidak, Kenapa ALLAH berikan semua ini kepada kita.. :)

p/s : ada projek baru untuk Nabila..dah siap pun..cuma mungkin agak kelakar la klu sesapa yang tengok apa yang kitaorg buat tentang mata Nabila..hehe..nantilah aku ceritakan yek :)

15 comments:

ibu_Arifa said...

tak pe lah kak ina..biarlah apa yg org nak kata..sabar sajalah...mengadu saja pada Allah krn Dia lebih mengetahui.

projek terbaru utk nabila..apakah itu?..hihihi

deelira@deeliraz said...

sy harap akk sentiasa diberi kekuatan yang luar biasa untuk menghadapi semua ini.nasib kita hampir sama.mmg pandangan manusia di luar sana sebegitu.sebok mengengok dan bertanya.x kurang juga yang memberi tekaan itu dan ini.

Biarkan : asalkan akk bahagia :)

Anonymous said...

sabar yer na!Dugaan semua nie...mmg Nabila is the "MAIN ATTRACTION"...n she got very the cute face..thats y ppl suke pandang...u have to proud of it!!!

Liana Manjaku said...

susah nak cakap pasal pandangan orang nie... Biar ler mereka2 tu! Cepat ler cerita pasal projek baru tu! Tak sabar menunggu!

meazara Raphael fairytales said...

Nabila ttp anak yg comel... pedulikan apa org nk kata.. siapa lg yg nk tatang nabila kalau bukan kita ibunya.. Myra ada anak saudara yg juga kurang bernasib baik.. anak2 ni comel perwatakannya.. ini semua saham ibu bapa diakhirat.. walaupun di dunia usahanya kena berlipat ganda nk menjaga anak2 istimewa ni tapi percayalah balasannya kelak tak terbayang dek kita.. aunty doakan nabila membesar dengan baik ye sayang!! mwahh o ya.. selamat hari raya dear..

cerita ibu said...

tabahkn ht ye..mak sy jg bdk yg lebih kurang mcm nabila. skrg umur dh 9thn..bijak manis orgnyer..jg nabila btl2 jgn pedulik apa org pk or kata..

Intan@mama Hadif & Hanif-Brunei said...

Ina dan suami memang ibu bapa yg sangat tabah.Hanya insan yg terpilih oleh-Nya sahaja yg mampu menghadapinya.Intan kagum sangat dengan ina.Kirim salam dan peluk kat nabila comel ye.

DraWing of tHe SoUL said...

ina......don't bother what people say and looking weird at ur Nabila.....Hanya manusia yang seperti kite ni saja yang boleh dan akan paham situasi seperti ni bukannya orang lain....Kalau nak turutkan hati, dah terlalu banyak air mata yang gugur kerna anak istimewa ni.....Be strong sis.....Just move forward...

illa said...

salam..sy simpati pd awk..apa yg perlu sy katakan awk terusla bersabar..nie ujian driNya..ada hikmah disebalik kekurangn kita..mcm sy jugak dh bertahun xder anak..ada jugk mereka2 yg pandang semacam ..pelik kt sy..dh nasib nk wat camnerkan...sabar jela..

Ummi Alisya said...

ina, manusia nih tak pernah ade rase PUAS sebenarnya. sebab tuh bile tgk anak kite, ade aje mulut tuh nak bertanya. tak puas tgk anak kite nih, die tgk lagik...tgk lagik...tgk lagik! sampai kite rase kurang enak. walhal bukan kite mintak duit kat dorang pon!

sabar ajelah kawanku. tak ade makhluk kat dunia nih diciptakan Allah utk jadi sempurna! anak kita tak de kurang pun kat mate kite! anggap aje mika-mika di luar tuh jelesh!!!! haha...(ayat nak sedapkan ati)

Abi Alisya said...

Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya!

Betul, memang perit menahan rasa di hati. Memang inilah cabaran yang kita semua harus hadapi dalam membesarkan anak-anak kita. Kenkadang kalau ikut rasa baran lelaki, mau cocok je mata-mata dorang ni! Tapi pecayalah, janji Allah itu semua benar. Keredhaan itu ada hasilnya, insya-Allah.

Rofaizal Jaafar said...

Lantak la apa org nak cakap.. Diorang jeles sebenarnye tu.. Yg penting kita ada permata yg Allah bg kt kita tp diaorang tak dapat.. Mulut tempayan boleh la ditutup inikan mulut orang.. Sabo je la Ina..

ibuayu said...

Takpelah ina sabar jelah...Hanya yang mengalami yang mengetahuinya.Memang betul kalau sebut pasal rezeki tu...Ada sahaja rezeki yang datang semasa membela anak istimewa.Ayahnas dapat Khidmat Cemerlang masa tahun alia dilahirkan...

zali azali said...

ermmm.....hanya insan yg ada anak macam ni yg mungkin akan faham...harap tabah hadapi semuanya.anak sulung saya pun sama macam ni. lawatla dia kat www.zaliazali.blogspot.com

KIRIS.. said...

salam kenal
dan ziarah..
moga diberi kekuatan
pd akak n suami ntok
harungi semuanya.
insyaAllah..berkat doa
dan usaha akan bertambah
baik Nabila nanti. salam
syg untuk Nabila..