Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

10 September 2009

Speech Therapy..

Semalam,untuk kali keduanya, Nabila ada temujanji dengan Klinik ENT. Sebelum ini Nabila pernah ke situ bagi pemeriksaan pendengarannya. Dan kali ini kami ke situ lagi untuk terapi pertuturan dan bahasa. Tapi bukanlah untuk mengajar Nabila bercakap lagi, tetapi tentang masalah menelan air liur dan makanan.

Masalah menelan Nabila bukanlah serius seperti yang digambarkan. Sememangnya anak Cerebral Palsy memang punya masalah yang satu ini. Namun, teruk atau tidak bergantung pada anak itu. Bagi Nabila, menelan air liur agak susah baginya. Kata Puan Anida tadi, Nabila yang sentiasa menunduk menyebabkan air liurnya yang sentiasa melelah keluar. Walaupun ketika baring ia tidak meleleh, ia juga boleh menyebabkan Nabila tersedak akibat penelanan air liur yang kurang baik. Ia memang merisaukan aku kerana air liur jika tidak di telan betul akan menyebabkan masuk ke dalam paru-paru. Nanti timbul pula sakit yang lain..Nauzubillah..

Tiada apa aktiviti yang dilakukan hari ini. Cuma sesi bersoal jawab dan bertanya pendapat. Masalah Nabila ialah ketika hendak memasukkan makanan ke dalam mulut. Bagi Nabila, ia merupakan satum 'penyeksaan' baginya untuk membenarkan makanan masuk ke mulutnya. Agak sukar bagi aku dan mak, apabila memberi Nabila makan. Dengan tangisannya sahaja, sudah cukup buat kami resah dan hanya mampu beri sedikit sahaja makanan pada Nabila. Selebihnya, hanya menangis dan marah..

Cadangan Puan Anida, letakkan madu atau apa sahaja makanan di sekeliling bibirnya. Biarkan sahaja dan lihat respon darinya. Dan satu lagi, Puan Anida menyuruh aku rajin-rajin mengurut bibir dan pipi Nabila. Katanya otot mulut mungkin lemah, maka elok di urut di bahagian-bahagian tersebut. Tak lupa juga, tukar sudu yang digunakan untuk menyuap Nabila. Aku menggunakan sudu plastik, cadangan Puan Anida menyuruh kami menggunakan sudu besi untuk menyaup makan Nabila..huhu

Dan katanya, Nabila ada 2 kemungkinan jadi sedemikian rupa. Sama ada dia trauma dengan 'birth history' nya atau dia 'over sensitive' . Kedua-duanya hanya kemungkinan. Namun, apa yang perlu aku lakukann, hanya usaha seperti yang telah di sarankan oleh Puan Anida.

Dan 'next visit' nanti , dia menyuruh kami membawa makanan yang selalu di makan oleh Nabila. Mungkin nak lihat cara aku memberi Nabila makan. Dan semua akan dilakukan selepas raya nanti.. :)

p/s : semua appointment dengan OCC dan Fisio ditanggunhkan sementara waktu. Sebab rasa macam tak larat nak gi terapi bulan-bulan puasa pulak tu. Dan sala satu sebab adalah H1N1. Takut pulak rasanya ...

6 comments:

Wanie said...

Nabila boleh!!!Nabila anak yang kuat...:)

Sue.Aleen said...

alhamdulillah syafiah tak de masalah nak telan makanan. memang anak CP ada kes yang begini. muscle lembut. cuma syafiah ni air liur berjejeh. gigi asyik nak keluar je kerjanya. dan lagi dia cerewet jugak sket bab makan ni. nasi tak berapa gemo. bagi makan tak nangis tapi mulut dia tu bising. suka jerit²... dia lebih suka makan makanan berkrim lemak manis. kalo letak susu on je dia tu.

kita orang pun tangguh terapi. H1N1 punya pasal

ieyza said...

nabilah....semoga anak mama sorang nie cepat sembuh...mama sentiasa doakan nabilah cepat2 sihat...Amin

Rofaizal Jaafar said...

Nak tanya sikit.. Apa kebaikan guna sudu besi.. Irfan dok pakai sudu plastik je la ni waktu makan.. Kena tukar sudu besi jugak ke ni..

Yasmin Nabilah.. said...

Wanie : kuat...! Chaiyok..!

Kak Sue : huhu..nampaknya Syafiah pun cam Nabila gak..cerewet makan..huhu..

Ieyza : Amin.. :)

Faizal : Puan Anida tu cakap..takut nabila ni over sensitif..mana tau dia boleh pulak ke guna sudu besi ke..huhu..Irfan pun susuah makan ke..klu senang makan..teruskan jelah..tak yah tukar..Nabila ni pasal nak jadi bahan eksperimen nih..huhu

cerita ibu said...

ms bdk yg mak sy jg tu lebih kurang baya nabilah, ibu dia belikn flash card n buku..sy pnh try IQ dia..dia xbrp pndi bckp tp dia bule tnjuk klu kita tanya.even practical doc UKM pun try buat ujian..bdk tu skrg g sek khas..

ank2 mcm nabila ni sbnrnya bijak..kita kn bantu dia..awk msti lg tau apa yg tbaik tuk nabila kn..yes u can do it!!