Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

28 September 2009

Pulang ke Sarang..

Bermula hari ini..bermulalah kisah aku dan Nabila berulang alik dari Rawang ke Gombak..dan juga ke tempat kerja..Aku pernah lakukan perkara ini dulu..semasa Nabila berumur 5 bulan tetapi aku tinggalkan dia di nursery berdekatan dengan rumah Rawang. Namun kali ini keadaan agak berbeza..Keluar awal pagi untuk ke rumah mak kerna masuk kerja jam 7.30 pagi. Bukan tak boleh masuk WP2 atau WP3, bagi aku, adalah lebih baik aku pergi awal..dan pulang awal..Tidaklah aku bersesak-sesak di jalanan. Sekurang-kurangnya kurang la satu kereta di jalan kalau aku pulang awal..hehe..

Apapun percubaan tadi agak baik juga..Nabila yang tadi di jaga oleh Atuknya, hanya sempat memberi Nabila susu yang aku kira sedikit kuantitinya. Aku agak risau Nabila menangis..merengek..Alhamdulillah..nampak ok..dia main-main sahaja. Kemudian menyebut perkataan "buuuuuu' dalam nada yang panjang..huhu...Sabar jelah..Nasib baik tengah bawak kereta..kalau tak..mau aku 'gomol' si Nabila nih..hehehe..

Harapnya segalanya baik-baik sahaja. Aku siap berpesan pada Nabila agar duduk baik-baik..dan jangan banyak kerenah..menangis buat aku hilang tumpuan ketika memandu..huhuhu..

Apapun doakan kami sentiasa dalam keadaan selamat pergi dan balik yek.. :)

p/s : kami sememangnya sudah lama ingin 'pulang ke sarang'.Masih ada juga yang tak faham kenapa aku duduk di rumah mak dulu..dengan meninggalkan abg keseorangan.Agak kasar juga kata-kata itu..namun ku telan juga..Kata Abg, orang itu tak paham masalah kita!

4 comments:

nur rabiatul adawiyyah said...

saya doakan keselamatan kalian..orang yang tak faham masalah kite mmg akan cakap macam2..tapi kite kena buat pekak telinga je...

Liana Manjaku said...

Noina...selamat pulang ke pangkuan... Semoga hari2 mendatang perjalanan bertambah baik dan selamat. Biar lah apa orang cakap! Dia tak faham situasi kita. Apapun semoga Noina bertambah tabah, ceria, bersabar, selepas nie...

Kakcik Seroja said...

Salam Noina..

biarkanlah orang berkata sekehendak hati mereka. Mereka tidak di tempat Noina, tidak merasa kepayahan yang Noina sekeluarga tanggung... Janganlah nanti bila dah terantuk baru mereka nak terngadah...

LYaFRINA said...

kak, pedulikan pd siape y x paham tu...
lya paham ape yang akak lalui.. hrp trus tabah... I'syallah,, smuanyer akn bertambah baik dr hari k hari... Cuma kt harus bsabar dgn ujian Allah SWT..