.....
..
.
Sabtu aituh kan aku ada cerita yang kami balik kampung tergesa-gesa sebab nak amik kereta abg kan..hurm..Mulanya aku tanya aje kat abg..bila nak amik kereta dia..sebab memikirkan kereta Kancil yang dah macam TAK CUKUP NAFAS tu..(memang dah nak kena tukar enjin tu)
Abg terus je kata ok..jam 8.30 malam..siap-siap je..terus gerak. Cuasa malam itu agak sejuk pula..Tambah-tambah kereta Kancil yang baru di servis aircondnya..Dah tolak paling minimum pun terasa sejuknya sampai ke tulang temulang..huhu..
Dan abg pula tak leh nak tutup aircond..Hujan pulak tu..mana nak nampak kete lain..nak tak nak, terpaksa la aku dan Nabila menahan kesejukan yang amat di dalam kereta..Dan tiba-tiba.. Nabila terbersin..Alamak..aku dah tau dah..klu bersin nih, sah Nabila nak demam..Alamak..tak bawak ubat pulak..
Lupa nak cerita..kami bawak Kancil pulang ke Ipoh pasal kereta ayah..adik aku guna..lagipun balik tergesa-gesa..adik aku pun tak tau aku nak guna kereta ke idak..nak tak nak..dengan keadaan kereta yang kena pegang gear 5 sepanjang jalan..mampukah abg nak bawak Kancil tu..huhu..pening gak memikirkan..dan kata abg dia sanggup..jadik dia layankan jelah..cuma tak leh nak bawak laju la..
Berbalik pada keadaan Nabila..hurm..sampai je umah mak mertua aku..Nabila dah mula bersin-bersin..hurm..tapi nampak cam ceria lagi..Dan aku terus bawak Nabila tidur..Dah ngantuk sangat dia tu..Pukul 1 pagi tak tidur-tidur lagi..huhu..
Dan pagi itu..jam 4.. Nabila menangis..Tak selesa barangkali sebab hidung tersumbat..Pada mulanya aku letakkan dia tidur di sebelah aku..terus bertukar arah..tidur di dalam rocker..Nasib baik diam..dan sambung tidur semula..
Esoknya..suh abg gi kat belakang umah..amik ibu kunyit..hurm..apalagi tonyoh la kat hidung dia..abis kuning hidung anak aku..Nak wat camner..Nak kasi kering hingus punya pasal..
Dan balik sahaja dari Ipoh..Aku terus bagi Nabila ubat..Dan malam tu..mulalah standby dari segi fizikal dan mental (wah cam nak gi berperang jer)..Yelah..Anak aku ni special sket..klu demam tuh..takde yang diam-diam..terpekik-pekik..huhu..
Tapi tunggu punya tunggu punya tunggu.. Nabila tak nangis pun..siap sengih-sengih kat aku ajak main..hehe..tak leh camni..kena kasi dia tidur..Ade la dia merengek sekejap..dan lepas tu terus tidur..
Isnin..Aku hantar Nabila ke rumah mak..aku bekalkan sekali ubat..Mak kata Nabila ok..Tak banyak ragam..Tidur dan diam je..Tak merengek pulak..hehe...bagus..bagus..Dan malamnya aku bawak Nabila ke Klinik..Amik ubat sekali..sebab bekalan ubat Nabila hampir habis. Dan bila Dr. Aniza check dada Nabila..bunyi kahak mmg kuat..dan dia suggest kepada kami untuk sedut kahak Nabila..
hurm..lama gak menunggu..Almaklumlah..ramai yang semput time-time sejuk nih..sian betul..banyak pun budak-budak yang sakit..semuanya masuk emergency pulak tu..Sabar menunggu akhirnya Nabila di panggil..Hurm..tak pernah ada pengalaman tentang sedut kahak..Dan bila MA sediakan alatan..dan cuba memanggil Dr. Aniza sendiri..Tapi sebab patient yang ramai dan Dr. sakit kepala ..terpaksalah MA yang buat..hurm..seram gak..tapi bila tgk kahak tu disedut..aku rasa lega sangat..Hampir sejam jugaklah dia sedut.. Nabila pula ketika itu..faham-faham sajalah..Mana ada budak yang suka di sedut-sedut nih! Dan menangis tak henti-henti..Takpe..senang sket nak bukak mulut..Ada bnerapa kali tah Nabila nak muntah..Tapi malangnya Nabila mmg tak nak muntah..huhu..Mmg tak pandai kuarkan kahak..di telan balik adalah..!
Ayah Nabila nampak resah menunggu di hadapan bilik emergency di Klinik Aniza..
Kahak Nabila mula dicairkan..dan di sedut kemudiannya..Nabila menangis bila di pakaikan benda alah tuh!..Pantang dia letak apa2 kat muka..huhu..jenuh jugak tahan badan dia..kuat betul Nabila meronta.. Dan gambar yang terakhir itu, aku sedang memujuknya..akibat dari kesan sedut kahak itu :(
Kahak Nabila mula dicairkan..dan di sedut kemudiannya..Nabila menangis bila di pakaikan benda alah tuh!..Pantang dia letak apa2 kat muka..huhu..jenuh jugak tahan badan dia..kuat betul Nabila meronta.. Dan gambar yang terakhir itu, aku sedang memujuknya..akibat dari kesan sedut kahak itu :(
Dan hari ini , Selasa (aku wat auto publish..so lambat sket cerita nih kuar) Nabila ada appointment dengan Puan Suhana..Apalagi klu bukan Fisioterapinya..hehe..Puan Suhana dah kembali bertugas setelah 2 bulan cuti bersalin hari itu. Dan Nabila pula mood dia bila nampak Puan Suhana..teramat baiklah sekali..hehe..bagus..Puan Suhana pun pelik gak..yolah..pantang tgk Puan Su..huhu..Nangis je kejenya..huwaaaaa!
Puan Su ingat aku tak datang terapi sepanjang ketiadaan dia..huhu..Saya datang la Puan Su..hurm..rupanya Puan Siti tak tulis report tentang Nabila sepanjang dia mengambil alih tugas Puan Su ketika bercuti bersalin aituh..huhu..
p/s : Nabila besday ainih tau..(aku buat entry ni pada 17/11/09). Yang ke 1 tahun 7 bulan..tunggu gak ni apa lagi yang dia akan cuba buat sepanjang bulan ni..hehe..
2 comments:
Akak sangat kagum dengan kegigihan awak dan keluarga dan sangat teruja dengan semangat Nabilla... sesungguhnya, byk yang boleh kita pelajari dari ujian ini. Walaupun, situasi awak dan akak berbeza, tapi akak paham sangat perasaan awak... kerana kita sebagai IBU, akan lakukan apa sahaja, meskipun terpaksa mengikat perut, bergolok bergadai, perit getir...suka dan duka.. demi untuk anak.. zuriat kita...
Apa jua yang orang sekeliling kata,.. jangan sesekali mematahkan semangat awak dan keluarga... kerana yang cukup PASTI, awak dan keluarga tahu apa yang terbaik buat Permata Hati, si chomel Nabilla.
Akak bangga sangat kerana awak dan keluarga begitu bersatu hati dan berkerjasama dalam mendidik Nabilla... semoga Allah meminjamkan sifat Kesabaran-NYA kepada kalian semua.
Kak Dhilla : salam kak..terima kasih sudi singgah blog Nabila..
Takde apa yang perlu di banggakan..Ina cuma jalankan tugas yang Allah berikan pada Ina..Menjaga anak sehingga akhir nyawa ini..Alhamdulillah..kehadiran Nabila..banyak menyedarkan kami..betapa perlu hargai orang senasib dengannnya..betul kak..dulu rasanya ina kurang kesedaran..bukan mencaci org kurang upaya..cuma kita tak paham apa kehendak dan keperluan mereka..dengan adanya Nabila..Ina banyak mencari maklumat untuk membeolehkan Ina tak ketinggalan dalam menjaga anak istimewa..
Alhamdulillah..keluarga mmg memainkan peranan penting..Suami terutamanya..banyak memberi sokongan pada Ina dan keluarga..Dan Mak ayah kedua-belah pihak..dapat menerima kehadiran Nabila..malah menyayangi Nabila lebih dari sayang pada anak sendiri..
Apapun terima kasih atas kata-kata sokongan akak.. Ina kdg2 perlu juga kata2 sokongan dari orang luar terutama dalam menjaga Nabila.. :)
armouris : salam..terima kasih yek..tapi tak dpat bukak la..tak tau napa..internet ni lembab pulak tu..takpe..nanti ina bukak..terima kasih yek.. :)
Post a Comment