Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

29 November 2009

Aksi sepanjang Cuti Raya Qurban..

Salam semua. Hari ini aku dah pun berada di Rawang. Abg dah start kerja. Kami tak berkesempatan pulang ke Ipoh. Cuti yang agak pendek.

Pagi raya, kami hanya di rumah sahaja. Makan dan makan dan makan..hurm..mmg lazat.. Mak buat rendang daging dan paru, Nasi Impit, Kuah kacang dan kuah lodeh..dan membangkitkan selera. Ayah pula tempah lemang dengan kawan makcik aku. Hurm..terliur rasa..mcm nak makan lagi :) . Tak puas la..

aksi Nabila di pagi raya..

Dan petangnya ..kami lepak-lepak sahaja di rumah dan jam 4 petang kami ke rumah moyang Nabila di Sentul. Menjenguk makcik aku yang akan jadi pengantin minggu hadapan.. :)

Aktiviti petang yang tak seberapa..Nabila dapat mainan baru! Bergambar sama dengan pakcik dan makcik Nabila.

Dan malam hari raya, aku teringin benar nak menonton wayang. Huhu..sangat sedih..sebab dah lama betul tak tengok wayang..Sejak Nabila lahir dulu..hurm..langsung cam takde masa nak bersosial ngan abg..hehe..hurm..lepaskan gian..kitorg gi OU. Tu je yang terdekat..Nabila kena tinggallah..Ibu nak dating ngan Ayah pulak.. :)

Sampai je kat GSC..ramainya orang..semua stail nak tgk midnight nih..Kitorg apa lagi..beratur la..tapi tak tau lagi nak tgk cerita apa..hehe..Tiba-tiba kami di sapa oleh 2 org budak perempuan. Tanya nak tgk cerita apa..Kitorg katalah kitorg tak tau lagi. Budak tu offer tiket cerita ini.. The Twilight Saga : New Moon.

Pikir-punya pikir..hurm..abg pun kata dia tak tengok lagi..hurm..belilah tiket kat budak tu..Seat pun agak depan..tapi still selesa lagi..hehe..cerita mmg best!

Hari Sabtu..Mak aku balik kampung. Nak hantar kad jemputan kawin makcik aku. Dan aku pula..memang nak keluar. Nak beli barang keperluan Nabila yang dah abis. Kat mana lagi klu bukan Sunway! hehe

Jalan-jalan..memang seronok. Sian Nabila..Dah lama tak gi jenjalan..slalu penuh je aktiviti sejak 2-3 minggu lepas. Nabila pantang betul gi shopping mall..melompat gedikss!

Ni la gambar2nya..

Nabila mmg suka betul..hehe..berjalan..sapa tak suka..!


Aku ada beli benda ni.. Murah je..tak sangka plak harga dia..Tapi silap betul la..tak test dulu sebelum beli..huhu..Nak tak nak petang ni kena gi Sunway balik la..Nak tukar..

aku dah excited dah nak pakai benda ni..skali tak leh guna..kecewa aku!


Hurm..pokok-pokok cactus aku dah mula membesar! Abg pun belikan pasu baru untuk pokok aku..hehe..dan dah alih dah ke pasu baru..cian pokok! tak cukup ruang!

barulah pokok aku leh membesar! Cuma ada yang satu tu je dah hampir nak mati..terlebih air kot!

Aku ada order mainan untuk Nabila.Beli kat sini . Alhamdulillah..sampai bungkusannya pada Khamis lepas. Dan mmg menarik mainan ni. Tgk saja gambar dia dah terpikat. Murah pun murah.. Hanya RM39.90 je..


14 comments:

Anonymous said...

opah says : slamat raya nabila..opah asyek mimpi nabila je

Noina said...

Opah Nabila : yeke..mimpi Nabila jalan ke Opah?hehe..Selamat Hari Raya Opah!

Jiey^Mien said...

selamat ari raya nabila..
ian demam la raya kali ni..
=(

IsMa said...

Eh sama la... malam raya aku tgk twilight saga gak tp kt kepong je sbb malas nak pegi jauh2... cite dia memang best dan touching. huhu

Intan@mama Hadif-Brunei said...

Comelnye nabila senyum tu.memang enjoy sgt dia pi shoping kn.ehe..cantik la mainan bru nabila tu..hadif nak pinjam boleh tak?hehe..

Rofaizal Jaafar said...

Makin comel Nabila ni yer.. Senyum2 ayu je.. Irfan tergoda tau.. Hehehe ayat mengorat tu..

Benda apa yg ko beli tu Ina.. Tmpt air pancut ke.. Mahal tak.. Aku pun teringin gak benda tu..

grow2g3th3r said...

selamat hari raya nabila dan mamanyer...
wah... jangankan kata nabila yang seronok... aunty dhilla nie pun, kalau dengar je p jalan shopping complex, memang aunty dhilla yang over dari anak2.. heheheh

rose said...

nabila dah beco..comey die senyum..hehe..

ita zakaria said...

dah tgk twilight? huuaaaa...nak tengok gak! tapi abi sarra xmoh bawak. geram jer! nabila sehat? sarra tengah demam nih..cian die! geram tul tgk nabila...gedik2 gelak. hehe...

Noina said...

Faizal :Senyuman tu khas untuk Irfan.. Saja nak goda..hehe..tapi Irfan tergoda ker?

hurm..tak yah la Faizal..sakit ati aku..dah tukar yang baru..tgk tak leh guna gak..murah je..RM 14.00 hehe..

Dhilla : hehe..betul2..hurm..ibu2 je excited!Selamat hari raya!

intan : boleh..tapi Hadif kenalah dtg Rawang..hurm..bilalah dapat jumpa hadif yek..hurm..kena gi Brunei gak la..Mama Hadif dah ada baby baru ni.. :)

rose : hehe..hurm..dah beco dah..dah jadik anak dara dah :)

Noina said...

ita : hehe..tak rasa nak tgk pun..dah ada tiket..tgk jelah..hehe..ckp kat Farid klu tak nak gi..ita gi ngan Ina..hehe..tapi bukan ladies night tau..mom's night.hehe

Nabila sihat..alhamdulillah..tu ah..tergedik2 tgk..tu yang amik kamera amik gamba tuh!

Isma : yeke..huhu..mmg best cerita dia..ina tak tgk pulak yang no 1..mula2 tak paham2..bila2 lama2 tgk baru faham..hehe..

Jiey : yeke..hurm..musim sekarang nih..sian Ian..Ke demam rindu kat Nabila nih..lama tul tak jumpe Ian.. :)

tulip said...

hi noina n nabila, 1st time saya masuk blog ni. sgt terharu bila membaca entry mengenai nabila. semoga si comel ini terus sihat dan dilindungi Allah.

Wanie said...

alahai comel nya Nabila dengan berbaju kurung lagi...hehheh
*Nabila punyai mata yg bulat dan cantik

Noina said...

Tulip : salam perkenalan..terima kasih sudi singgah blog Nabila..Mudah-mudahan .. Amin.. :)

Wanie : hehe..mata besau!..cam ayah dia..