hurm..lama tul tak bukak blog..tak dapat nak update..banyak perkara yang berlaku dalam seminggu ni..aku tak sempat nak masukkan apa-apa cerita sebab Nabila sakit lagi..sejak hari isnin haritu..
Dan entry ni , aku bersiaran dari Grand Seasons Hotel..Aku ditugaskan untuk menjadi urusetia Bengkel ISP lagi..hurm..nak wat camner..tuntutan kerja.. ni pun curi-curi masa nak update..hehe..(boleh ke gitu?)
Isnin lepas..Nabila menangis saja..Mulanya aku mengagak Nabila nak demam..Tapi bila diperiksa suhunya..tak pula panas badannya..Dan aku mengangak perutnya sakit..di tambah pula gigi geraham di bahagian bawah pula membengkak di kedua-dua belah..huhu..
Tak tahan dengan tangisan Nabila, aku dan abg terus membawa dia ke klinik..Dan kata Dr. Aniza..Nabila kembung perut..disebabkan perutnya yang tak 'membuang' dan angin yang banyak dalam perutnya.
Selesai urusan di klinik, kami terus pulang. Namun tangisan Nabila masih lagi kedengaran..Dan rasanya semakin kuat. Pada mulanya abg menemani kami sehingga jam 10.30..kerna abg kerja syif malam minggu ini. Aku menyuruh abg masuk kerja. Dan sesudah abg ke tempat keje..aku masih lagi memujuk Nabila untuk tidak menangis..Aku letakkan minyak..peluk dia..dan cuba tidurkan dia..Namun tidak berjaya..Entah jam berapa Nabila terlelap..
Kemudian..Nabila terjaga semula..mungkin sakit barangkali..dan kali ini..semakin kuat teriaknya..Aduhai..macamana ni..Dah la aku keseorangan di rumah..Sudahnya aku cuba menelefon abg sekali lagi. Dan kali ini, kata abg nak bawak Nabila ke hospital. Aku dah mula menangis. Tak mau sebab takut Nabila kena cucuk lagi..huhu..
Sampai sahaja abg di rumah..tangisan Nabila sudah mula berkurangan. Abg terus mengambil Nabila dan cuba menidurkannya. Alhamdulillah..Nabila tertidur juga..
Namun keesokan harinya.. Nabila masih lagi meragam..Kali ini, aku dapat kesan yang Nabila demam..sebab pagi itu semasa kami keluar untuk ke rumah nenek Nabila, Nabila bersin 2-3 kali. Sejuk barangkali..Dan aku dapat agak yang Nabila akan demam nanti..
Dan betul jangkaan aku..Aku menelefon mak tengahari itu dan mak mengatakan Nabila demam.. Sudahnya aku minta kebenaran dengan Pegawai aku untuk pulang awal pada hari itu. Dan cadangnya untuk membawa Nabila ke klinik.
Dalam kereta, Nabila menangis lagi..sehingga ke malam..Dan aku pula seakan hilang sabar.. (aku yang menangis dek melihat Nabila meraung2 kesakitan)..aku beri Nabila ubat demam..namun tidak berkesan padanya.
Dah tak tau nak buat apa sebenarnya..dan hari Rabu..masih lagi berlanjutan..petang, semasa aku pulang dari kerja..Badan Nabila panas lagi..Kebetulan pula mak aku dah ke Dylisis..hurm..aku tuam badan Nabila dengan air sejuk..dan bogelkan dia..hanya tinggalkan pampers sahaja..Barulah Nabila dia..dan mula senyum sedikit..
Tapi ia masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk baik..Aku terpaksa pulang ke Rawang malam itu, ditemani adik aku,kerana untuk mengemas barang keperluan ke bengkel nanti. Aku pada mulanya ingin mengambil jalan Templer-Rawang untuk pulang namun..sangkaan aku yang jalan ok ketika itu ternyata meleset. Rupanya jalan sesak bermula dari kolam air panas sehingga ke kawasan tanah runtuh. Adui..aku terpaksa berpatah balik..masuk ke jalan menuju ke Kepong..dan terus keluar ke Sg. Buloh..Menuju ke highway..Dalam perjalanan..mak aku telefon.. Nabila menangis tak henti-henti..dan mereka bercadang untuk membawa Nabila ke klinik. Aku pada mulanya ingin berpatah balik..tapi kata ayah..biar mereka yang bawak Nabila sendiri..
Selesai urusan aku di rumah Rawang.. Aku terus bergegas pulang ke Gombak. Dan ketika aku sampai..Nabila sudahpun lena di sebelah mak. Kata mak, ketika di klinik tadi , Nabila kelihatan seronok ketika di klinik tadi..hurm..Nabila memang suka berjalan..Naik kereta sahaja bukan main seronok lagi dia..
Dan semalam..Nabila masih lagi lemah..dan petang semalam, barang mainan Nabila dah sampai.. Aku ada order Fisher-Price Jumperoo untuk Nabila.. Thanks to Jiey.. dia yang suggestkan aku ke blog ini . terima kasih kat Ninie..macam-macam tau barang kat blog dia..geram je..tapi duit tak berapa nak ada sejak akhir2 ni..kenalah berjimat cermat. Dan aku terus order untuk Nabila..Nampak condition dia baik lagi..takpelah..Nak beli baru..kena tunggu bonus la..hurm..tu pun kalau dapat..ni kira rezeki Nabila la..hehe..
Hari ini, selesai sahaja bengkel ini, aku akan pulang ke rumah dan terus bersiap-siap untuk ke Sungkai..Kami sekeluarga bercuti nanti..bersama-sama Ita, Zali dan Faizal..hurm..tak sabar betul.! Harap-harap Nabila tak banyak ragam la di sana..!
9 comments:
akak harap Nabila tabah menghadapi ujian Allah SWT. Setiap berlaku pasti ada rahmat disebaliknya.doa dan tawakkal selalu
alahai..sian nya nabila...x sihat ye...acik doa kan nabila cepat sihat ye nak...sian dia ye kak...sakit la tu smp dia x henti nangis...akk sbr yekk..budak2 kalo x sihat mmg kita yg penat..kdg2 depa pny meragam mmg wat kita jd x tentu hala...
Kalau anak sakit mmg tak tenteram kita dibuatnya. Sungguh! rasa cam bior le sakit tu kene kat kita, jgn anak.
nabilah cepat2 semboh & sihat k... :)
hope nabila cepat sembuh
salam..harap nabila cepat sembuh..susah hati kan bila anak2 ni menangis jer.
nak ke hotspring sungkai ke?akak pun nak ke sana tp bulan 12 nanti.buat konvoi avanza.
Noina...semoga Nabila cepat sihat yer... Wa..bestnya nak gi cuti2...Selamat bercuti :)
salam,
semoga your baby cepat sembuh. if u have time come join mysunshine giveaway & Cloth diaper fund for RTAR at
http://mysunshine2u.blogpspot.com
salam kenal. maaf kerana terus komen pd posting. terkesan melihatkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
muga-muga kesetiaanmu menjaganya hari ini akan dibalasnya dengan dia menjaga dirimu bila sudah tua nanti.
ina , Wani , kak ai, naurah, ieda , Liana, owner mysunshine gift shop & insan marhaen...
Alhamdulillah..Nabila dah sihat..Tapi batuknya datang balik..Tak sempat nak update..internet problem..brodband pulak lambat sangat..
Post a Comment