Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

25 December 2009

Accident!

Semalam aktiviti kami di rumah hanya mengemas. Abg sibuk dengan 'wiring' dan aku pulak sebagai pembantunya. Kerja-kerja sambungan 'wiring' berlangsung sehingga jam 8 malam.

Dan sebenarnya kami memang bercadang untuk keluar kerna bekalan susu Nabila sudah habis. Dan cadangan abg adalah ke Manjaku di Wangsa Maju. Jauh..tapi terpaksa. Kata abg..nak murah. tapi rasa tak berbaloi pulak dengan jauhnya kami nak ke situ.

Dan jam 8, terus bersiap. Rumah yang agak tunggang langgang aku tinggalkan saja. Tak tau macamana nak kemas sebab kerja abg masih lagi belum siap. Dan kami menuju ke Wangsa Maju dengan keadaan hati aku yang kurang selesa.

Hati aku terdetik sesuatu akan berlaku pada kami. Namun aku mendiamkan diri dan menyuruh abg berhati-hati. Sebab malam Krismas. Kereta banyak dan semua seakan tergesa-gesa menuju destinasi masing-masing. Seperti juga kami, mengejarkan kedai yang bakal tutup jam 10 nanti. Dan sesuatu telah berlaku pada kami.

Sampai di satu trafik ligt di Rawang (berdepan dengan simpang ke Taman Tun Teja) lampu isyarat menunjukkan warna merah. Dan kami berhenti. Di hadapan kami kereta jenis Proton Waja. Tak lama selepas itu, lampu bertukar hijau dan Abg mula bergerak. Namun kereta Waja di hadapan kami sibuk melihat kedai di sebelah kirinya. Abg hon kereta itu..dan sudahnya...

Kereta dari belakang menghentam kami. Aduiii..Abg terus gerak kereta ketepi dan berhenti untuk melihat apa yang terjadi. Rupanya kereta jenis Datsun lama hentam belakang kereta. Calar sedikit..namun rasa geram pada Waja itu masih berbekas. Seorang pakcik tua bersama isteri keluar dari kereta. Dan melihatkan kereta kami calar sedikit dan abg pula malas nak panjangkan kes..kami maaafkan saja pakcik itu dan terus berlalu.

Namun dalam kereta..abg seakan berang. mahu mengejar Waja tadi. Aku kata tak de gunanya. Benda dah jadi. Dan kami meneruskan perjalanan ke Wangsa Maju dengan hati yang tersangatlah geram!


kesan-kesan pelanggaran..


Abis kereta..nampak buruk dari belakang. Sudahlah dulu pun abg penah langgar pili bomba kat rumah Kak raw dulu..


Langgar Pili bomba..

6 comments:

MIA said...

malang x berbau... yg penting Noina sekeluarga selamat... alhamdulillah

LiAnA said...

ni nama malang tak berbau..kdg2 kesalahan orng lain tp kita pulak yg kena akibatnya.. tp takpelah asalkan kita selamat sudah walaupun geramkan..anggap je keter tu bermekap pakai lipstik & blusher hihi..

Yasmin Nabilah.. said...

Mia : tu ah..kata hati nih kuat tuh..nak accident nak wat camner..nasib baik tak tercabut bumper belakang tuh!

Yasmin Nabilah.. said...

Liana : tu ah..huhu..geram jer ghase..nak wat camner..benda dah jadi..nak marah org belakang tu pun tak leh gak..dia ingat kitorg jalan..

Jiey^Mien said...

Sayangnya.. Ni nak membaiki sure amik plak.. *sigh*

P/s - Kancil Ina sama kaler ngan Kancil Jiey..
=)

Yasmin Nabilah.. said...

Jiey : tu ah..huhu..nak wat camner..kete merajuk kot..huhu..(konon nak ushar alza)

yeke sama kaler...hehe..kancil dah tak jalan dah jiey..kena tukar enjin..