



Majalah InTrend? Saya sendiri jarang membaca majalah ini. Entah bagaimana seorang pelajar praktikal majalah memberi email kepada saya. Ingin tahu serba sedikit tentang blog ini. Saya bertanya sebabnya. Dan rupanya blog ini terpilih untuk antara blog terbaik pilihan majalah itu. Hurm.. pada awalnya saya memang malas nak layan. Tapi bila difikirkan saya kesian pula. Lantas terus saya menjawab beberapa soalan yang mereka emailkan beserta gambar. Dan menurutnya artikel itu akan di siarkan pada bulan Mac nanti.
Semasa di kedai buku di hospital tadi, saya ternampak majalah InTrend. Terus saja saya mencapainya. Saya lihat cover depan. Dan ternampak tulisan tentang 50 blog terbaik! Hati saya berdebar. Mana lah tau ada pulak wajah saya. Sekali betul sangkaan saya. Alamak..Malunya!!. Ingatkan ada budak main-main.Rupanya betul.
Alahai, blog Nabila ni biasa saja jika nak dibandingkan dengan blog orang lain yang lebih cantik dan menarik. Isi-isi yang padat. Blog Nabila ni berkisar tentang anak Cerebral Palsy. Sapa nak baca..!
Dah.. tutup pasal Intrend..
Tentang Paediatrik..
Tadi Nabila ada appointment dengan peadiatrik. Agak terlewat juga sebab saya yang terbangun lewat. Nabila terjaga malam.Kemudian dia tak boleh nak tidur. Huhu..mengantuk betul.
Sampai saje, seperti biasalah orang ramai. Dan selesai pendaftaran saja saya terus masuk klinik peadiatrik. Ramai sungguh di dalam klinik.
Berat Nabila di timbang dan ketinggiannya diambil serta ukur lilit kepala turut di ambil. Saya tahu Nabila mengalami masalah untuk duduk pada penimbang tersebut.Kemudian Nabila di suruh baring pula. Dan kemudian barulah dapat mengukur namun tak dapat ukuran yang tepat. Hanya 7.6kg. Naik beberapa titik perpuluhan kg je. Ukur lilit kepala juga baru naik 1 cm berbanding dengan 3 bulan lepas.Takpelah, janji naik sket.
Dan sementara menunggu sempat jugasaya berbual dengan seorang kakak ini. Sedih dengar kisah dia. Dia ada mengambil seorang anak angkat. Anak yangtelah dibuang oleh ibu bapanya. Wajahnya comel dan tembam. Geram betul melihat tubuhnya. Kakak itu tidak menyangka anak angkatnya itu mempunyai masalah sedari kecil lagi. Dan menurut doktor yang menyambut anak itu, keadaanya baik. Tiada masalah. Rupanya ibu anak itu mengalami sawan sewaktu melahirkan anak itu. Dan kesannya pada anak itu.
Dan ketika ini,kakak itu ke peadiatrik untuk mengambil result MRI nya. Dan kemungkinan akan menjalani sesi fisioterapi. Sempat juga saya memberi kata-kata semangat untuk kakak itu. Mungkin juga dia tak sangka jadi begini.
Melihatkan anak itu, mengingatkan saya kepada Nabila. Ya, kami juga pernah melalui perasaan itu. Sedih, pilu, serba tidak kena dibuatnya. Namun kini kami sudah bisa melalui apa jua yang mendatang. Mungkin juga dah lali barangkali..
Dan giliran Nabila di panggil. Berjumpa dengan doktor ini yang saya tak pasti namanya, membuatkan saya tergelak. Entahlah. Mungkin saja niat doktor ini baik. Mahu menambah ilmu pengetahuannya. Bermacam juga ditanya tentang Nabila.
Pada mulanya bertanya tentang kasut yang Nabila pakai. Saya memakaikan Nabila special shoes yang telahb saya tempah di Chow Kit tempohari. Dan dia bertanyakan di mana saya tempah kasut tersebut. Dia ingin mencadangkan pada ibu bapa yang punya anak Cerebral Palsy untuk menempah kasut itu. Dan saya memberi segala info-info yang diperlukan. Dia menyalahkan Jabatan Rehab kerana tiada insiatif untuk membantu ibu bapa membeli kasut itu. Entahlah. Saya sendiri juga berusaha untuk dapatkan kasut ini. Mungkin juga mereka di Rehab tak ambil berat!
Begitu juga dengan maklumat tentang Tasputra. Bermacam yang ditanya tentang pusat jagaan itu. Dan saya memberikan segala apa yang saya tahu tentang Tasputra. Dan diselangi dengan kata-kata semangat. Kata-kata yang sudah biasa telinga ini mendengarnya.
Tadi doktor juga menyarankan agar Nabila ke Jabatan Dietetik. Mana yang tak tahu kisah saya ke dietetik, ini
entrynya.. Saya terus saja mengatakan KETIDAKSETUJUAN saya untuk ke situ. Terus terang saya katakan saya sudah tawar hati. Saya berterus terang dengan doktor mengenai apa yang telah berlaku pada kami. Ada sedikit kekesalan di wajah doktor itu.
Maafkan saya doktor. Bukan saya degil tetapi saya sudah tawar hati. Noktah.Teringat saya dengan kata Kak Raw, tak mengapa jika Nabila kurus. Mudah untuk dia memusingkan badan. Mudah untuk memegang dan dukung. Janji Nabila mahu makan nasi dan minum susu itu pun sudah cukup bagus.
Dan bermacam-macam perkara yang kami bincangkan. Agak lama juga di bilik doktor.Sehingga bila keluar semua sudah selesai urusan temujanji. Doktor cuba memegang dan mendukung Nabila. Doktor mengakui Nabila nampak ok berbanding dengan anak-anak CP yang pernah dia jumpa. Mungkin juga dia pernah jumpa lagi teruk. Namun tak pula beri harapan pada kami. .
Apapun, hidup ini ada onak dan ranjaunya. Dulu hidup saya mendatar. Bosan. Bila Nabila lahir, barulah saya tahu rasa cabaran untuk hidup. Benar. Hidup ini bukan mudah. Lagi-lagi demi satu nyawa yang lahir dari perut ini. Segala nasibnya bergantung pada kita.
Doktor bertanya soalan cepu mas pada saya. Adakah kami akan menambah ahli keluarga lagi? Seperti entry lepas-lepas..saya tidak berani untuk mengakuinya. Jika ada rezeki adalah adik untuk Nabila. Cuma kini , Nabila masih memerlukan saya. Saya tidak mahu menyesal kerana sibuk mengejarkan anak lagi dan mula mengabaikan Nabila.
Banyak perkara yang berlaku hari ini. Macam-macam ragam. Itulah lumrah kehidupan kami.. :)
p/s: esok dah mula kerja, hurm, rasa lama-lama cuti dah naik lemak lak badan nih..hehe