Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

24 February 2010

Tak cukup 24 jam!

Huh..entry ini saja buat tergesa-gesa. Kalau boleh tak nak la bersawang aje. Kadang-kadang ada je benda aku nak cerita..tapi bila depan komputer je terus takde idea..huhu..

Tapi bukan itu perkara utama yang aku nak cerita. Kali ini cerita tentang kehidupan kami.

Bila memikirkan..aku seperti tak cukup masa. Berilah 24 jam satu hari. Masih tak cukup juga. Mungkin juga aku tak pandai nak membahagikan masa dengan betul. Tapi bila difikirkan..kalau ditanya semua orang pun..pasti ada yang menyokong aku. TAK CUKUP MASA. Lebih-lebih lagi sang isteri yang bekerja. Tujuan membantu sang suami. Tapi sang isteri dah buat kerja yang berganda. Rumah dan Pejabat. Belum campur anak lagi.

Bukan nak merungut..tapi itulah hakikatnya. Rutin aku di rumah tak seperti yang orang lain sangkakan. Melihat Facebook yang sentiasa online..tu tak bermakna aku sentiasa mengadap komputer. Sengaja aku membiarkan ia terpasang.

Dulu masih teringat sewaktu aku dan Nabila masih duduk di rumah mak, ringan sedikit rasa beban. Jika penat pulang dari tempat kerja, ada saja yang melayan Nabila. Adik-adik, mak dan ayah rajin benar melayan Nabila. Cuma bila dah duduk di Rawang, penatnya hingga ke malam. Kadang-kadang kalau terlalu letih, aku tak buat langsung terapi untuk Nabila.Sian Nabila.

Mungkin juga perjalanan yang jauh buat aku letih. Dipadankan lagi dengan jalan sesak dari KL ke Rawang (sapa-sapa yang dok Rawang..mesti paham). Balik saja dari rumah, jam sudah menunjukkan angka 6. Mandikan Nabila, beri susu, bermain, exercise dan menemani Nabila menonton video pembelajaran. Tu antara rutin aku buat untuk Nabila. Kalau untuk kerja rumah pula, memasak, membasuh, menyidai kain, melipat baju, mengemas beg Nabila untuk esoknya..huh..banyak lagi. Mujur juga Abg banyak membantu aku. Mungkin juga kasihan aku yang pulang dari tempat kerja dalam keadaan keletihan.

Mujur juga Abg tak kisah andai aku tak sempat memasak untuknya. Lagi-lagi jika abg masuk shift malam. Hanya sempat jumpa abg selama 2 jam saja. Sedih..tapi itulah yang kami lalui.

Kalau ada yang berkata " Alah..Nabila baring je..bukan buat apa pun, senang la kau nak buat kerja" atau "Anak sorang..apa ada kisah. Rumah tak bersepah pun".. memang cari nahas la orang tuh. Datang dulu rumah..baru tau camner !

Menjadi ibu kepada anak istimewa..bukan mudah. Segala masa , tenaga kerahan dicurah pada anak. Beri segala yang terbaik. Namun..Aku hanyalah insan biasa. Yang belajar dari kesalahan diri dan pengalaman orang lain. Tekanan-tekanan yang sering aku hadapai buat aku semakin matang. Senyum itulah pengubat hati aku. Mungkin tak nampak senyuman dari luaran..namun dalam hati aku..Ada sapa yang tahu?


p/s : Esok last day kawan se'opis' dengan aku. Akan di transfer ke tempat lain. Mungkin juga beban kerja akan bertambah. Ani..seronok dapat berkenalan dengan ko. Apapun yang terjadi, sabar lah. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi dalam kehidupan ko. Seperti yang aku katakan dulu..Dugaan dari Allah untuk kita berbeza.. Ko dengan masalah ko. Aku dengan masalah aku. Ko doakan Nabila sentiasa sihat k. Doakan aku sentiasa diberi ketabahan buat Nabila. Mungkin jugak nanti kita jumpe..Nabila dah leh jalan ke..doakan untuk aku yek.. :) Aku doakan agar ko dapat jodoh yang baik..dan segala apa nasihat yang aku berikan amik la yang baik je..yang buruk2 tu jangan. Moga hidup ko akan lebih ceria dan bahagia, lepas keluar dari Arkib nanti. :)

5 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

betul tu ina, dugaan kita berbeza. yang penting kena redha dgn tiap dugaan. lihat betapa istimewanya kita...Allah sayangkan kita, kan?

Ummu Sofea said...

Salam
Memang sentiasan dan tak akan cukup masa 24 jam tu.Belum sempat sampai umah, sudah ada yang meng'order' itu ini.Sampai umah, harus peluk+cium+layan anak dulu.Kemudian bapanya pula.Kemudian umah pula.Tapi, insyaAllah ...Akan diberikan kekuatan utk kita membahagi2kan masa itu.

*memahami tugas super mommies yg bekerja di umah dan di pejabat.Very salute to them. Go Go Mummy

ieda said...

betul ina..24 jam mcm sekejap sgt..masa belum kawen dulu rasa relax jer.balik keja boleh lepak2 tgk tv.weekend kemas2 rumah.bila dah kawen jadi havoc.tambah2 mcm akak dpt anak instant..2 org plk tu..then tambah si nabila yg kalut tu..mujur hbby jenis tak kisah.rumah bersepah mcm tongkang pecah pun takpe.kain tak berlipat pun takpe...hihi..berani komplen??nanti dia yg kena buat..wakaka..bab makan pun dia tak kisah jg.makan kt luar pun ok jer.tp kami pastikan walau makan di luar ttp pegi sama2.
well...as long as kita happy kan..hugs & kisses to nabila..

Noina said...

Kak Fiza: Betul.. Allah sayang sanagt kat kita dan anak2 kita kan.. :)

Ummusofea: betul..hehe..yang meng'order' tu yang tak tahan tuh..hehe..yang si ayah pun sama gak..hehe..Nabila pun tak besar lagi..klu dah besar sok tak tau la plak ragam dia camner.. Ina pun kagum gak..semua ibu2 yang keluar cari rezeki bantu suami..balik umah dah sibuk hal2 umah pulak :)

ieda: hehe..tu ah..Ina pun sama..nasib baik dorang tak kisah kan..hehe..klu tak tak taulah..mau asyik bergaduh je setiap ari..

kem salam peluk cium kat nabila juga tau.. :)

fajar said...

kreative