Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

17 February 2010

Ya Allah..Tingkatkan lagi kesabaran aku..!

Ni bukan entry sedih..Tak nak sedih-sedih pun..

Teringatkan kisah semalam. Tentang Nabila..

Semalam Nabila menangis. Merengek. Panas barangkali. Hurm..entah bila nak pasang air cond kat ruang tamu pun tak tau. Bila panas je..kami dua beranak lari ke bilik. Dan bila dah sejuk..kami keluar semula..Macam main nyorok-nyorok pulak.

Memang cuaca agak panas semalam. Dan Nabila mula menunjukkan taringnya. Makan pun tak mahu. Habis di sembur-sembur ke muka aku. Hurm..sapa saja yang tak naik geram. Mula dah naik seh.. namun sabar..!

Bila petang, sesudah mandikan..barulah nampak Nabila tersenyum. Cuaca sudah redup..Namun air di bilik air tetap panas. huhu..Macam pakai hot shower pulak..Dan malam itu..makan agak banyak. Lapar barang kali.

Itu kisah semalam..

Bila difikir-fikir..

Kadangkala baran Nabila tiba-tiba muncul..Entah apa yang tak kena..hangin satu badan. Habis semua di amuk nya. Kadangkala..singgah juga tangan di punggung. Bunyi macam kejam tapi itulah caranya. Mungkin ada yang fikir aku tak patut meletakkan tangan di punggungnya..namun itulah cara mengajar. Ada juga fikir..tak waraskah aku memukul anak sekecil itu? Bagi aku, Nabila normal atau istimewa, dia perlu tahu hukuman yang menanti bila sikap-sikap yang agak keterlaluan di tonjolkan dalam dirinya. Aku tak mahu Nabila menjadi seorang perengus atau pemarah. Mungkin dengan hukuman kecil itu akan buat Nabila belajar tentang kehidupan.

Bagi aku..Hidup ini tidak semudah yang disangkakan. Dan aku tak mahu Nabila hidup dalam kesenangan atas ihsan orang lain. Aku mahu dia berusaha sendiri demi dirinya. Manakan juga jika aku tiada di dunia ini..bagaimana kehidupannya tanpa aku? Adakah Nabila mampu berdikari?

Ada juga yang melihat aku ini seorang yang agak tegas dan garang. Ya..Aku akui, aku sememangnya garang. Namun sejak kelahiran Nabila..panas baran aku bagaikan hilang. Ada hikmah di sebalik kelahiran Nabila. Membuatkan aku lebih sabar dalam mendidiknya.

Bila wajah garang..tak semestinya garang. Terselit juga hati yang lembut dan mudah simpati dengan orang lain. Mudah menitis air mata jika mendengar cerita sedih. Sungguh..Jika ada yang mengenali aku lebih rapat..pasti akan faham dengan sikap aku yang satu ini.

Apapun..Aku berdoa agar Allah beri aku kekuatan dan kesabaran dalam mendidik Nabila. Anak istimewa..mana mungkin kita faham dengan kehendaknya. Tanyalah mana-mana ibu anak istimewa, kadangkala mereka juga tidak mengerti dengan kehendak anak mereka. Namun..demi anak sanggup lakukan apa sahaja..Cuba memahami kehendak anak itu. Nyamuk seekor tak sanggup dibiar mengigit tubuh si kecil..inikan pula memukul. Tak sanggup. Bila Nabila kena hukuman itu, terus saja aku memeluknya. Aku sendiri menangis tatkala melihatkan Nabila menangis sedih di hadapanku. Sedih....

Untuk anakku Nabila..Kasih ibu pada Nabila tiada penghujungnya...Sungguh!! Ibu teramat sayang padamu..

14 comments:

Yin Areesa said...

Assalamualaikum.
kadangkala kita sebagai Ibu tidak dapat menjangka perangai anak kita sendiri. Kadangkala juga ia berlaku di luar jangkaan kita. Malah tindakan kita juga di luar jangkaan. Kita sebagai Ibu, semestinya mahukan hanya YANG TERBAIK untuk anak-anak kita. Kerana anak-anak kita itu adalah sebahagian daripada diri kita.

Rizziela said...

cuaca sekarang memang amat panaslah kan

Yasmin Nabilah.. said...

Ummu sofea: huhu..mmg nak yang terbaik..semua yang terbaik untuk anak. betul..kadang2 tindakan anak2 ni di luar jangkaan kita.

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

blog ina berwajah baru....
kdg2 akak pun hilang sabar dgn perangai sofie yang tiba2 datang. mmg kena sabar, ina. akak faham.

ieda said...

salam ina..biasalah tu sekali sekala kena tunjuk jg yg kita marahkan dia.akak pun pernah jg tampar nabila..sb geram dgn angin dia yg kadang2 jd tak betul..lg satu..mmg sedap tampar kt peha dia tu..isi penuh..hihihi..biasanya dia tak nangis pun sb tak sakit.dia buat muka monyok jer..
mmg kena banyak sabar dgn budak2 ni..dgn anak2 yg dah besar laaaagilah kena bnyk sabar.kdg2 rasa mcm boleh sakit jantung dgn perangai depa.

Asz said...

dear ... hampir saya menitis air mata baca entry nih ... i can feel u, i really do ... sometimes saya juga rasa begitu, kita bkn malaikat pon, ada masanyer susah nk kwal emosi kita nih .. apa2pon, kita kena kuat semangat, demi yg terbaik utk anak2 kita .. Insyaallah ... kisses to nabila ya ..

Yasmin Nabilah.. said...

Rizziela: betul2..takut la..sebab klu panas sgt takut Nabila demam..huhu Risau jadik cam aituh..demam tak kebah2..

Kak Fiza; Dah jelak dengan blog lama..hehe..
Hurm..tu ah kak..mmg kena banyak sabar..huhu..kdg2 sian..tapi degil sgt..perangai sebijik cam ibu dia..degil dan baran..hehe

Yasmin Nabilah.. said...

kak ieda: hehe..tu ah..lagi2 kat punggung tuh..tapi Nabila takde isi sgt dah..sakit gak klu pelepuk kena tangan kita nih..huhu..hurm..budak yang sihat pun mcm2 perangai..ni kan pulak budak cam Nabila tuh..huhu

Asz: huhu..hurm..demi anak kan..nak mengajar tu terpaksa la kena ada rasa skit sakitnya tuh..huhu..cian nabila..

QIQA said...

dia pun sayang nabilah...semoga cepat sembuh..sayang ku

Liana Manjaku said...

Noina...

Memang kadang2 kita kena bertindak seperti itu. Bukan nak mendera tapi nak mengajar. Ummi pun kadang2 terpaksa buat cam tu. Bukan suka buat cam tu! tp, terpaksa!
Cuaca sekarang memang panas...mungkin Nabila tak selesa kot. Tu yang nak mengamuk jer tu.

Naura said...

banyakkan sabar..mmg kadang2 perangai anak2 susah sgt nak paham..maybe nabila panas tu..kalau siang2 tu jangan bagi pakai baju sgt..pakaikan singlet ngan seluar kecit jer..cuaca mmg panas skang ni.

naura pun,kalau siang hari,4 kali gak bg mandi damia..panas betul..

Yasmin Nabilah.. said...

Qiqa: hehe..Amin.. :)

Manjakusayang: betul tu kak..panas sgt sekarang nih..huhu..hurm..tu ah..anak baru sorang suara tuh dah macam bini tarzan..huhu

naura: huh..baju mmg yang nipis ina pakai..entahlah..arae umah ina nih mmg panas..hurm..susah nak jangka kan cuaca skrg ni..

SJNathaniel said...

hi..
baru singah blog u,tersentuh baca entri ni.
apa apa pun harap u sentiaasaaa tabah k.u r not alone..

Yasmin Nabilah.. said...

mommyyen: salam perkenalan..yeke..ni entry tak sedih la..huhu..
Terima kasih sudi singgah blog nabila.. :)