Serabut dengan rumah..
Serabut dengan keadaan demam Nabila yang tak kebah-kebah..
Serabut tengok ruang tamu yang bersepah..
Serabut tgk diri sendiri yang tak terurus..
Serabut esok nak exam..
Mak aii..tolong aku..!
huhu..
Sejak Khamis lepas, tidur aku tak lena. Dek kerana Nabila yang merengek dan menangis tak henti-henti. DEMAM..itulah puncanya.
Semenjak Isnin lepas, Nabila sudah menunjukkan tanda-tanda selsema. Maaf pada Jiey..Ian demam maybe berjangkit dengan Nabila tempohari..huhu..Sorry yek Ian.. Nabila asyik bersin je masa jumpe aituh!
Dan hari Khamis adalah kemuncaknya. Bantai menangis malam tu..sehingga aku sendiri nak menangis. Abg pulak takde time tuh. Keje. Kebetulan aku duduk rumah mak ketika itu kerana majlis ulang tahun mak yang ke 49 tahun. (Buat kecil-kecilan je..)
Aku tak boleh tidur malam tu. Dan esoknya aku ada kursus di BERNAMA lagi. Jam 11 pagi, adik aku telefon. Katanya sudah tidak tahan melihat Nabila menangis tak henti-henti. Mak aku pun begitu juga. Memaksa aku memberitahu pada urusetia untuk pulang lebih awal. Adui..rugi betul!
Dan ketika itu..bawak kereta pun dah macam tak jejak jalan tar dah.. Pecut sehabis mungkin. Dan sampai di rumah, mak kata Nabila baru sahaja tidur.Aku mengeluh juga..tapi bila mendengar cerita mak, aku jadi takut. Takut sawannya datang lagi. Kata mak, tangisannya sudah lain. Meneran-neran seperti marah dan sakit. Macamana nih.. Aku kemas barang dan terus pulang ke Rawang.
Dan petang tu, abg agak terkejut melihat kami pulang. Dan terus aku mengajak abg ke klinik. Nabila menangis lagi ketika itu. Dan doktor hanya memberi ubat pada Nabila. Katanya, demamnya sudah surut.
Namun sampai di rumah, Nabila tak boleh tidur. Dan suara mula serak. Sian..Tekak perit barangkali.
Aku tak keruan. Melihatkan Nabila yang menangis buat aku rasa hilang sabar. Dan sudahnya kami ke klinik sekali lagi, dan Nabila terus diperiksa sekali lagi. Kali ini doktor lain. Sebab doktor yang pertama tadi sudah balik. Dan kali ini kami menyarankan doktor untuk memberikan surat untuk kami rujukkan Nabila ke Emergency. Tak tahan melihatkan Nabila menangis seperti kesakitan lah yang buat aku terdesak untuk ke situ.
Setibanya di hospital, Nabila terus diperiksa dan darah di ambil. Tapi seperti biasa juga, urat pada tangan Nabila sukar dicari. Sudahnya terpekik pekik Nabila apabila dipaksa memberikan lengannya untuk dicucuk.
Selesai saja, aku dipanggil (sebab kena dok disebalik tirai..tak bagi tengok konon)..Aku lihat Nabila sudah berbogel. Tinggal pampers saja. Sejuk..dan kata nurse..biarkan Nabila berkeadaan begitu. Dan ditepeknya air pada badan Nabila. Menjerit-jerit Nabila..!
Dan kami menunggu sehingga suhu badan Nabila turun. Jam 9 kami terus bergerak pulang ke rumah kerana Nabila dikatakan stabil. Itu kata mereka...
Sampai rumah, Nabila menangis lagi. Kali ini lebih kuat lagi. Dan sudahnya kami berjaga malam . Bergilir-gilir. Tak larat betul. Esok paginya juga masih begitu. Dan petangnya Sabtu itu, aku mengambil keputusan untuk ke rumah mak. Manalah tau Nabila ok nanti di sana.
Diberi air badak, air kelapa, tuam dengan air asam jawa..semuanya tak mendatangkan kesan pada Nabila. Dan malam Sabtu itu, aku masih lagi keletihan. Tidak tidur malam. Dan pagi Ahad, jam 5, aku mengejutkan emak. Sudah tak larat badan ini. Dan mak terus membantu aku . Kasihankan melihat aku yang berjaga sepanjang malam.
Dan petang, kami keluar sebentar ke Sunway. Ingatkan suhu badan Nabila dah stabil ketika itu..malangnya tidak. Kami terus bergegas pulang. Kali ini kami ke Klinik Kita di Wangsa Maju. Kebetulan orang takde..Alhamdulillah, tak lama menunggu..terus saja di panggil masuk. Dan aku menceritakan segalanya kepada doktor. Dan aku mintak ubat yang dosnya agak tinggi sedikit banding ubat sebelum ini. Aku sedia maklum tubuh Nabila memang tak lut ubat. Kalau setakat ubat demam 120 mg je memang tak jalan. Dan aku mintak 250 mg. Begitu juga dengan ubat antibiotik dan selsema. Bukan apa..aku mahu Nabila tidur. Peti suara Nabila perlu rehat. Aku begitu takut mendengar suaranya. Perit..dan tatkala Nabila menangis..suaranya hilang. Aduhai..sakitnya hanya tuhan saja yang tahu.
Dan hari ini, Nabila lebih bertenaga berbanding semalam. Suara masih lagi belum pulih, namun demamnya sudah hilang. Alhamdulillah..
p/s: Untung orang demam ni..macam-macam dapat. Stroller dan buai baru. Nabila punya peel baru dah sekarang ni..Dah pandai nak berbuai pulak..huhu..jenuh la nak gi memana ni..!
Kasut dah siap..nanti cerita pada next entry yek.
11 comments:
banyakkan bersabar..serabut tu biasa lah...
Dia nak berubah perangai baru kot... Risau jugak kalau anak nangis je kan.. Saya cukup risau kalau anak nangis, yelah budak kecik macam mana nak cakap depa sakit..nangis jelah. Kelam kabut lah jugak ibu dengan baba ni.
alhamdullillah.. nabilah dah sihat ye..? mama nabilah.. take care juga ye.. kalau mama jatuh sakit.. siapa pula nak jaga nabilah..? hope 2-2 sihat senantiasa. insyaallah
comelnya Nabila...
kasihan dia demam..musim budak demam sekarang ni.....
salam...memang ibu2 perlu banyak sabar ada anak kecik nih..ibu nabila try bawak nabila gi kat homeopaty mana tahu boleh serasi ngan demam batuk semua nih...saya pun ada bawak anas kat homeopaty nih...alhamdulillah berkesan
kesian pada ina. akak faham apa yg ina rasakan. pergi hospital, emergency, ambik darah, cucuk sana sini, susah nak dpt line...semua akak dah rasa. tapi apa yg boleh akak katakan sabar byk2. ni semua ujian menguji tahap keimanan kita.
ijad: huhu..
Ummu sofea: agaknye la kot.Bukan apa risau nanes2..baut nyer sawan datang balik..menangis tak berlagu..huwaaa..Klu dia tau ckp kan senang..hehe..
zaza: tu ah..hamper2 gak la cam tak sihat..huhu..Nabila dah ckp..dia kena jaga ibu klu tak sihat..kah kah kah..boleh ker.. :)
Rizziela: betul2..tany7a semua anak2 rakan bloggers yang lain pun ramai yang demam..cuaca panas sgt skrg nih..
ibu anas: dah banyak kali rasanya nak gi homeopathy..tapi tak gi gak..huhu..bz kemain lagi..nurse kat hospital aituh pun suruh gak..huhu..
Kak Fiza; tu ah..akak tau tak nurse tu sorokkan darah Nabila bawah blanket..konon2 kasi tak nampak lah..padahala banyak giler darah tumpah atas katil..mau tak sedih..
huhuhuhu..
ian pun dok nangis2 tak semena-mena skrg neh..
takde sebab.. mmg susah nk pujuk..
takde la ina.. dh mmg nk demam..
nk wat camner..
=)
harap2 ian n nabila cepat2 sembuh..
Jiey: entah napa la anak2 kita nih..agaknya nak membesar kot..hurm..sensitif sangat. Pastu takleh la nak tinggal kejap buat keje umah..asyik kena ngadap je..huhu...
Post a Comment