Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

11 April 2010

Alanna Sayang..

Maaf lama tidak update apa-apa di dalam blog.

Seminggu ini, agak sibuk sebenarnya. Sejak empat hari lepas, aku ke hospital Sg. Buloh melawat Alanna. Mendengar saja perkhabaran yang Alanna di tahan wad, terus buat aku tak sabar-sabar untuk berjumpa dengannya.

Sayu..

Itu yang boleh aku gambarkan ketika pertama kali aku melihat Alanna terbaring lesu di hospital. Jatuh air mataku melihat keadaannya. Pada mulanya niat tidak mahu menangis depan Ayu. Kononnya mahu memberi semangat kepada mummy ini. Namun..hati ini cepat tersentuh. Menurut Ayu, ketika di masukkan ke hospital, Alanna ceria. Senyuman menghiasi bibirnya.

Namun..tengahari Rabu, aku lihat Alanna sedang berehat. Kata Ayu, Alanna letih. Di tolak ke sana kemari untuk pemeriksaan. Dan Alanna ketika itu sedang berpuasa. Sesekali Alanna batuk. Sayu dan sakitnya aku mendengar batuknya.Aduhai..kenapa berat benar dugaan yang Kau berikan pada anak kecil ini..

Dan tengahari itu, berat kaki ini melangkah meninggalkan Ayu dan Alanna. Mohon segala perjalanannya di hospital dipermudahkan..Itu doaku buat anak itu..

Dan petang khamis aku membaca mesej dari Ayu. Katanya, kondisi Alanna masih begitu. Malah di suruh puasa lagi. Aduhai..aku mula sibuk mencari kawan-kawan untuk sama-sama ke hospital. Pada mulanya aku mengajak Ita. Namun dek kerna jauh dan mungkin juga tak sempat ke sana, Ita hanya mengirim salam saja pada Ayu. Dan tiba-tiba Jiey mesej aku. Lantas aku mengajak dia ke hospital untuk melawat Alanna. Cepat sahaja Jiey bersetuju dengan aku untuk bersama-sama melawat Alanna.

Tiba di sana..aku lihat Alanna masih lagi terbaring lesu. Mungkin juga lapar dek kerna ‘dipaksa’ berpuasa. Kasihan anak itu. Aku dapat rasa pasti perutnya berkeroncong lapar. Dan tiba waktu makan ubat, Alanna seperti ingat ubat itu adalah susu. Aduhai.. Air mata hampir saja menitik..Sedihnya.

Otak aku dan Jiey bagai berputar-putar ligat memikirkan cara bagaimana untuk membantu Alanna. Mahu saja kami membawa lari anak itu. Namun akal membataskan kami untuk berbuat demikian. Kaki ini lemah melangkah keluar dari wad. Dan terus kami mencari idea untuk membantu Alanna. Mahu saja aku berikan duit yang hendak ke Teluk Senangin kepada mereka. Kalaulah kami kaya..mahu saja membantu dan bawa Alanna ke private hospital. Tak perlu di tunggu-tunggu lagi. Kalaulah duit jatuh dari langit..kan senang… :(

Dan Jumaat, aku melihat lagi keadaan Alanna di Hospital. Kata Ayu, Alanna dikehendaki menjalani pemeriksaan mata bagi mengesan punca Alanna berkeadaan demikian. Namun jawapan yang diterima negatif. Tiada tanda-tanda yang dapat diperoleh dari pemeriksaan tersebut.

Dan semalam, pulang saja dari Gedangsa, semua rakan-rakan datang dengan tujuan untuk melihat sendiri keadaan Alanna. Agak terkejar-kejar sebenarnya, takut waktu melawat tamat. Kami tak dapat pergi awal kerana anak masing-masing masih lagi dalam keadaan berbalut. Jam 6.45 tiba di hospital..dan meninjau..rupanya waktu melawat belum tamat lagi.

Ita, Kak Noni, Ida, Zura dan Jiey bersama melawat Ayu dan Alanna petang itu. Kata-kata semangat sebagai ubat Ayu dan Alanna. Syarul, suami Ayu pula ke lobi kerana berjumpa semua sang suami yang setia menanti khabar dari Alanna. Pada mulanya kami semua tidak mahu menangis. Namun, naluri ibu, mana mampu untuk menahan sebak pabila ada anak yang sedang bertarung menahan kesakitan.

Alhamdulillah, aku sebenarnya kagum dengan semangat semua ibu-ibu ini. Bertuah dapat berkenalan dengan mereka. Mereka memberi kata semangat tatkala salah seorang adik beradik ditimpa kesusahan. bagi aku mereka bukan sekadar kawan, malah sudah seperti adik beradik. Terima kasih kawan-kawan..

Buat Ayu dan Syarul, Alanna sedang menumpang semangat dari kalian berdua. Tabahkan hati. Fikir yang positif.Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Buat anakku Alanna, Ibu tahu kamu anak yang kuat. Kuatkan semangatmu untuk melawan semua itu yek sayang. Ibu mahu kamu keluar dari hospital cepat-cepat. Nanti leh lepak dengan abang dan kakak Alanna. Ramai tau. Ada Kakak Nabila, Kakak Alisya, Abang Aiman, Abg Irfan, Abang Habib, Abang Idris dan Abang Ian. Nanti leh kita jalan-jalan lagi yek..

p/s : Sori tak amik apa-apa picture. Tak sampai hati nak amik gambar dengan keadaan gitu. Hurm..esok Alanna akan dihantar ke HKL menaiki ambulance. Dia mungkin diperiksa oleh pakar di sana pula. Doakan yang terbaik buat Alanna yek kawan-kawan..

4 comments:

ieda said...

moga alana cepat sembuh..

A.I said...

:( Alahai..tuler, mmg ada baca kat blog jiey. sedeynya..

apa2 pon semoga semua yg terbaik utk alanna. semoga semuanya dipermudahkan utknya..amin.

Anonymous said...

Alana sakit ape ina?care to share?
- haryati yaacob-

Asz said...

salam ina

sedih baca kisah Alanna ... paham sgt perasaan ibunyer ketika ini .. moga ayu terus tabah menghadapi segala dugaan ...

btw, hari khamis nih kami akan ke HKL utk check up Ammar ... kalau boleh nk tau wad Alanna ditmpatkan kat HKL ... saya berniat nk gi ziarah Alanna & mummy nyer ... walaupon saya x kenal, saya harap ayu x keberatan menerima kedatangan saya ...

doa saya moga Alanna cepat sembuh ...Amin!


p/s: kisses & hugs to ur gojes nabila k ... take care!