Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

17 April 2010

Sekali lagi aku terkenang kisah itu..

2 tahun lalu..tarikh inilah menjadi saksi kesusahan dan kepayahan seorang ibu bertarung nyawa untuk melahirkan anak ini..

YASMIN NABILAH..........

Sungguh..saat Nabila di dalam kandungan..adalah perkara yang terindah yang pernah berlaku dalam hidup aku. Merasa tendangan kaki kecil itu memberi isyarat bahawa dia seorang bayi yang sihat dan cergas di dalam rahimku..

Namun..hari itu..ia telah meragut segala kebahagiaan yang pernah aku rasakan dulu.

Pahit atau tidak ..aku dan abg terpaksa menelannya. Menerima sahaja apa yang telah ditakdirkan untuk anakku. Aku pasti Dia tahu apa yang terbaik buat Nabila. Dan Dia juga tahu Nabila anak yang kuat. Itu perjanjian Nabila dengan Dia sebelum lahir ke bumi ini.

Sedih..memang sedih. Dalam kesedihan ini..rupanya sudah 2 tahun anak ini membesar dengan penuh kasih sayang dari keluarga kami. Alhamdulillah..Aku bersyukur..keluarga menerima Nabila seadanya. Walau kekurangan di 'situ'..namun aku pasti Nabila punya kelebihan yang pastinya boleh menggegarkan dunia ini.

Anak kecil ini tidak pernah menyerah kalah. Hidupnya sentiasa dalam perjuangan. Bukan di medan perang..tetapi berjuang demi diri sendiri. Berjuang untuk meningkatkan diri agar tidak ketinggalan. Mampukah Nabila? Insyaallah..berkat doa dan usaha setiap hari pasti akan membuahkan hasil.

2 tahun.. terlalu banyak yang berlaku pada Nabila. Kenangan pahit dan manis sememangnya sukar untuk aku lupakan sepanjang aku membesarkan Nabila. Anak ini punya karisma yang tersendiri. Yang pasti kekuatannya adalah sumber kepada aku untuk terus berjuang untuknya.

Dan diwaktu ini aku dapat rasakan anak ini semakin bijak. Sangat pandai mengatur strategi untuk mendapatkan perhatian dari orang sekelilingnya. Aku berharap agar ia berterusan. Malah lebih maju lagi ke hadapan. Dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

Buat Nabila, tiada harta yang dapat ibu berikan kepada kamu selain belajar. Kita bukanlah orang kaya atau berada..namun apa yang ibu sumbangkan untuk pembelajaran kamu sedikit sebanyak membantu kamu dalam usaha untuk memajukan diri. Ibu tak mahu orang di luar sana memandang rendah kepadamu. Ibu mahu Nabila terus berusaha supaya mampu berdikari sendiri dan TIDAK menyusahkan orang lain. Ibu akan pastikan Nabila mendapat apa yang terbaik buat dirimu. ITU JANJI IBU PADA NABILA. Kasih ibu dan ayah tiada hujungnya dan tiada nokhtah buatmu sayang. Sentiasa mengalir dalam jiwa ini dan sentiasa subur mewangi. Hadirmu tidak sedikit pun mengubah hidup kita. Malah kehadiran mu membuatkan hidup ibu lebih bererti lagi. Ibu dapat belajar perkara yang selama ini ibu anggap enteng sahaja. Maafkan ibu sayang. Andai diberi peluang..mahu saja ibu melahirkan kamu semula dan menjadikan kamu puteri yang cantik dan baik yang pernah ada di dalam dunia ini.

kedua yang terchenta.. Ibu sayang pada ayah dan Nabila. Kamu berdua adalah jantung ibu..Tiada jantung..tidak bernyawalah ibu..

8 comments:

Naura said...

comelnya..hope nabila semakin sihat,dan dapat menggembirakan hati kedua orang tuamu..amin

Puteri Nuur At-Terawis said...

happy birthday Nabila :) x sabar nak jumpa ni.

Unknown said...

noina..
slmt ulang tahun & hari lahir nabila..
smoge keluarga noina bahgia selame2nye,sihat2, dimurah rezki dan ank2 yg sihat.. begitu jua utk nabila.. smoge pjg umo, mmbesar dgn sihat dan bijak.smoge nabila akn mencipta keajaiban pd ibu ayah serta semua yg syg nabila..
auntie zai luv u mmuahh cup cup cup ;)

ibuayu said...

Happy birthday to Nabila.Semoga menjadi anak yang baik dan kuat berusaha ye..Sayang nabila. Ciumkan nabila untuk akak ye ina..

zaza said...

Slmt ulang thn untuk nabila.. moga pjg umur.. dan bhgia selamanya.. amin

A.I said...

HAPPY BESTDAY NABILA CAYUNK....

Semoga segala yg terbaek utk Nabila. Semoga Dipanjangkan umur + dimurahkan rezeki + hepi2 disamping ibu + ayah (^_^)

muahhhhhhhhh

Rizziela said...

Insyallah Nabila akan jadi anak yg amat berguna.

Doa sentiasa mengiringi mu. Amin

Anonymous said...

Nabilah sgt2 sweeeeeettt dgn senyuman itu....happy bday nabilah...semoga menjadi anak yg solehah!
ibu nabilah kena kuat semangat jugak tau!;)
-yati yaacob-