Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

07 June 2010

Alanna, Kau Pergi Jua..

Seperti yang telah semua ketahui.. Alanna telah pun pergi meninggalkan kita semua buat selama-lamanya. Maaf entry agak lambat kerana mencari kekuatan untuk menulis kali ini. Pada sesiapa yang mahu membaca entry-entry tentang Alanna dari blog geng superkids dan bloggers yang lain.. ni link nyer..

http://puteri-nuur.blogspot.com/2010/06/alanna-qish-dia-dihati-saya-selalu.html
http://shahzurahabib.blogspot.com/2010/06/al-fatihah.html
http://umisofie.blogspot.com/2010/06/dia-telah-pergi.html
http://zamieda-lifeline.blogspot.com/2010/06/salam-takziah.html
http://mylife-asz.blogspot.com/2010/06/dia-sudah-tiada-al-fatihah.html
http://itafed.blogspot.com/2010/06/syurga-menanti-mu.html
http://chasingpelangi.blogspot.com/2010/06/terima-kasih-alanna-qish.html
http://ssasliza.blogspot.com/2010/06/al-fatihah-buat-alanna-seorang-bidadari.html
http://kernakasihkita.blogspot.com/2010_06_01_archive.html#7281181703721659968
http://kernakasihkita.blogspot.com/2010_06_01_archive.html#4866399287455200424

Mengenali Ayu & Alanna Qish merupakan satu perkara yang terindah yang berlaku dalam hidup ini. Saban hari Si Ibu ini cuba mengumpul maklumat tentang Cerebral Palsy dari teman-teman senasib. Namun sangkaan doktor Sungai Buloh meleset apabila Alanna bukan Cerebral Palsy.

Pertama kali saya berjumpa dengan keluarga ini, saya dapat rasakan Ayu sedang berusaha demi anak yang dikasihi. Lantas saya perkenalkan Ayu kepada rakan-rakan yang lain demi bersama-sama membina semangat agar tidak 'jatuh' dek penangan dugaan dari Ilahi. Syukur..semua menyayangi Alanna seperti anak sendiri.

Masih segar dalam ingatan ini melihat Alanna senyum apabila bermain dengan mummy. Masih teringat kata-kata Ayu apabila Nadime cuba menyusun mainan di hadapan Alanna dan bermain bersama adiknya. Masih teringat saat mula-mula Alanna di rumah Kak Raw. Dan yang paling saya ingati, saat mula-mula Alanna di masukkan ke Sg. Buloh 2 bulan lepas. Pilu rasa hati, wajah si kecil ini dipenuhi wayar.

Kini nama Alanna Qish tinggal kenangan buat saya dan juga keluarga superkids. Penangan kehilangan anak ini sangat meninggalkan kesan kepada kami semua. Sungguh..saat saya mengetahui berita itu, saya pilu. Kerana ketika itu, saya yakin yang Alanna kembali berjuang untuk hidupnya. Namun..apa yang Alanna lakukan hanyalah untuk memberitahu kami yang dia tidak mahu kami risau tentangnya. Syukur sebab semua superkids member sempat berjumpa dengan anak ini. Kerana sejurus sahaja kami keluar dari rumah Ayu..Alanna telah pergi meninggalkan segalanya di dunia ini. Mungkin juga Alanna ingin mengucapkan terima kasih kepada semua superkids member yang tak putus-putus melawat dan memberi sokongan kepadanya.

Sehingga saat saya menulis entry ini, saya masih terbayang-bayang saat diri ini mencium anak itu untuk kali yang terakhir. Paling meninggalkan kesan adalah saya sempat mengambil gambarnya memakai baju pemberian saya.Itulah hadiah terakhir dari ibu buatmu sayang..

Wajah Alanna 2 jam sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir..Baju pemberian saya..Terima kasih Ayu..menyarungkan pakaian ini untuk Alanna..

p/s : sedih menyelubungi diri sepanjang hari ini. Rakan-rakan di pejabat juga mengucapkan salam takziah buat Ayu sekeluarga.. Hampir semua staff di pejabat mengetahui kisah perjuangan anak ini sehingga ada yang menangis bila mendengar kisah Alanna.Hebat kan penangan anak ini..!

Alanna Qish..
24 Ogos 2009 - 5 June 2010...
Al-Fatihah..

18 comments:

A.I said...

Semoga Alanna tenang di sana..
Alanna, si Ahli Syurga..

Al-Fatihah

Salina@IbuAqil said...

Bidadari syurga ini meninggalkan 1001 kenangan.. Semangat juangnya amat tinggi.. Ina kagum dengannya.. Kalo ibu nabilah berjumpa mummy ayu, sampaikan salam padanya dari ina yg kejauhan ni.. Inapun belum tentu sekuat Alanna & Mummy Ayu..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

mmg hebat,ina...
walau akak sekadar pembaca kisah anak kecil ini, akak turut merasai kehilangannya. semoga dia terus tenang di sana.

Mamanurin said...

salam..walaupun tak pernah berjumpa dengan gegirl yang cute ni, tapi bial tengok gambar je dah jatuh sayang kat dia..yeah, satu kehilangan memang berat untuk dihadapi..tak terucap..

nur rabiatul adawiyyah said...

bile mengetahui ttg kehilangan nya di fb atul rase sebak sangat dan teringat anak di kecil di rumah..takziah dr atul sekeluarga buat ayu sekeluarga

Kak Fara (Putrajaya) said...

Ina, kak Fara mengikuti blog Ina & superkids2 yang lain since last week. Dari baca blog u all akak dah mengeluarkan airmata yg x berhenti2 untuk anak2 ini...

Last Saturday inform ngan hubby Alanna tgh nazak... tp x sempat nak tgk blog... Pepagi semalam sampai ofis terus cari berita Alanna....
Tapi x sangka berita Pemergian dia... menyambut akak.......

Dari semalam nak comment tp x kuat nak menaip... airmata laju je mengalir... sehingga kini masih berjujuran... Sampaikan salam takziah pada Ayu & Family...

Semoga kita semua kuat menghadapi pemergiannya dan dapat meneruskan kehidupan mendatang dengan semangatnya....

Yin Areesa said...

Salam. Sucinya melihat wajah Bidadari Syurga ini. Semoga ibu dan bapanya tabah. Percaya, anaknya kita sedang tersenyum manis menanti kehadiran mereka di pintu syurga

nieda said...

salam takziah, dia anak yang istimewa..wahai anak kecil Alanna, tenanglah engkau di SANA..Pasti menanti kedua ibu bapanya di syurga..Alfatihah

Asz said...

salam ina ... ada sedikit rasa terkilan sbb x berpeluang utk bertemu Ayu & Alanna ... sejak dr mula Alanna ditranfer ke HKL dari sg buloh saya dah pasang niat utk melawat Alanna .. tp ada je halangannyer ... mungkin bukan rezeki saya ... saya masih lagi sebak bila melihat pic2 Alanna ...

anw, life goes on ... yg pasti Alanna berada ditmpt yg lebih baik ... Al-Fatihah buat Alanna ... moga damai disana ...

Anonymous said...

assalamualaikum... salam takziah dari saya, saya ibu kepada 2 anak yang masih kecil yang sihat( 6 bulan & 1 thn 4 bln)....selepas membaca kisah alanna saya berasa simpati dan berbangga kerana kecekalan seluruh keluarga dan rakan serta yang paling saya kagumi adalah ketabahan parents alanna menghadapi situasi ini, saya bersyukur anak saya sihat dan saya berjanji pada diri saya untuk tidak mensia-siakan hidup anak saya dan akan memberi yang terbaik pada mereka dan saya akan sentiasa mengingatkan diri saya dan suami supaya tidak sesekali merungut lagi tentang keletihan membesarkan ank2 kami kerana di luar sana ada ramai parents yang lebih letih dari kami....terima kasih kerana blog ini telah menyedarkan saya betapa bernilainya kehadiran anak dalam kehidupan kami...alfatihah buat arwah alanna...

Noor Syafinaz Mohd Hasani said...

salam takziah buat keluarga alanna..walaupun sekadar hanya membaca tapi kesan nya pada hati mmg sedih yang teramat..Tenang lah alanna di sana..menunggu ibu dan ayah mu akan menyusul kemudian..alfatihah..

Noor Syafinaz Mohd Hasani said...

salam takziah buat keluarga alanna..walaupun sekadar hanya membaca tapi kesan nya pada hati mmg sedih yang teramat..Tenang lah alanna di sana..menunggu ibu dan ayah mu akan menyusul kemudian..alfatihah..

mamazahin said...

takziah utk kak ayu sekeluarga

walaupun tak pernah bersua muka, tapi cukup kagum dengan semangan adik alanna dan mummy alanna...

semoga kak ayu terus tabah...

alanna menanti kak ayu di sana...

Sueriani Ali said...

Betapa berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saat mengetahui Alanna telah tiada, tersedu sedan akak kat depan pc. Walau hanya mengenali alanna melalui blog, namun terasa betapa sayangnya akak dengan si comel itu. AlFatihah buat arwah, berbahagialah dikau di sana sayang...

ieda said...

beruntung mummy & daddy alanna kerana ada anak comel yang sudah pasti akan membantu mereka di sana..

SITI AISHAH IBRAHIM said...

salam
akhirnya alanna pergi jua meninggalkan kita.itula penghuni syurga yang akan membantu ibu dan ayahnya di sana.salam takziah buat ayu dan suami.

SURIA AMANDA said...

Alfatihah....tiada kata2 lagi dapat Lisa Luahkan..kepada keluarga arwah..takziah...

Ain said...

Alfatihah kepada keluarga arwah..saya baru saja kehilangan anak saya yang berumur 7 bulan pada Dec lalu..saat ini belum sampai 40 hari lagi..sesungguhnya saya memahami perasaan keluarga arwah..semoga tetap tabah..