Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

12 June 2010

Terlalu Istimewa..



Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

(Ulang korus)

Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…

(Ulang korus)

Lagu yang sangat mengusik jiwa aku ketika ini. Teringatkan arwah Alanna..
Sudah seminggu anak ini pergi meninggalkan semua yang dikasihi. Semalam aku tersentuh dengan entry Ayu. Dan lantas aku ke surau..di pejabat menangis di situ semahu-mahunya. Membelek wajah anak itu di dalam telefonku.

Sakit dan pedih hati ini..sakit lagi hati sang ibu. Mahu hati ini berbicara dengan Ayu..namun akal ini menghalang. Mahu memberikan Ayu masa untuk memulihkan semangat diri.Tidak mahu menggangu masa 'privasi' nya bersama keluarga tercinta.

Duhai hati..cepat benar engkau tersentuh. Naluri ibu membuatkan hati ini pantas sekali membuai rasa. Pantas menyelami hati-hati ibu yang lain.

Mohon saja kepada- Nya memberi kekuatan pada Ayu. Dan juga pada ibu-ibu yang pernah kehilangan anak tersayang. Aku cuba membayangkan andai aku juga berada di situasi itu. Pastinya hidup ini tidak keruan mengenangkan nasib anak.

Tabahnya kamu semua. Kekuatan seorang ibu yang tiada tolok bandingannya.....

10 comments:

mas said...

slm perkenalan noi...

setiap yg terjd pasti ada hikmahNYA...kehilangan pastinya menyakitkan...dan kita harus redha dgn apa yg ditentukan olehNYA...

tp...dugaan setiap insan berbeda kan...

yg pergi pasti akan setiap saat dirindui...sekalipun kita sudah punya pengganti...

Yasmin Nabilah.. said...

Mas : salam perkenalan.. :)
betul..pasti ada hikmahnya..bila terjadinya perkara-perkara ini , hubungan sesama insan lebih rapat lagi..

Mayyonnizz said...

salam,
tq ina...sayang ina.

Yasmin Nabilah.. said...

Ayu..ina terlalu rindukan Alanna..terkenangkan Alanna dan saat-saat tangan ini memegang dia buat kali yang terakhir..sedih dan sayu..

produk ococ said...

salam perkenalan,

baru jumpa blog ni. kita sama, anak sayapun ada masalah mcm yasmin nabilah..jenguk blog saya di http://nuyin2u.blogspot.com

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

kdg tu, bila kenangkan balik, kalau la terjadi pada kita....kan ina. akak pun tak sekuat mummy alanna.

kella said...

tetiba teremosi dengan sendiri! walaupun tak tahu pucuk pangkalnya cerita, tapi bila membaca entri ini, tetiba hati terhambat pilu.. sebak..
apapun ia, harap mendapat ketabahan jiwa..

salam perkenalan.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

JYM : kita dah link dah blog awak.. thanks yek.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Fiza: kak..kata mummy Alanna, klu jadi kat kita, secara automatik kita juga akan kuat seperti dia.. mudah-mudahan kita sentiasa kuat kak..Amin.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

kella: salam perkenalan..terima kasih sudi singgah sini..entry ini khas untuk seoarng nak yang berjuang dan punya semangat yang kuat untuk terus hidup. Anak kawan baik saya. Arwah dah seperti anak saya sendiri..