Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

20 September 2010

Analisis yang kurasakan tepat..

Petang tadi Nabila ada temujanji bersama OCCT. Dan hari ini aku ditemani oleh Abg.. :)

Masuk-masuk saja..aku lihat ada seorang pelajar praktikal yang akan dinilai. Pengajarnya sudah berada di hadapan. Agak lemah sebenarnya aku..sebab aku ingatkan di unit fisio saja yang lakukan perkara ini. Rupanya di OCC pun sama gak. Hurm..layankan sajalah..

Pelbagai soalan diajukan.Dan mereka menilai tahap pencapaian Nabila sebenarnya. Dengan usia 2 tahun 5 bulan, dan membandingkan apa yang telah mereka lihat pada Nabila..memang menampakkan Nabila sudah ketinggalan jauh. Kata mereka, gross motor Nabila sepertinya berusia 6 bulan. Fine motor kurang dari 3 bulan. Communication pun sama. Lebih kurang 2 bulan.

Sememangnya hatiku sayu bila mendengar kata pelatih dan pengajar tersebut. Namun, aku akui Nabila memang banyak ketinggalan. Beberapa siri sawan yang berlaku padanya menambahkan lagi masalah 'lambat'nya. Serius, aku tak dapat mengesan saat dan tika Nabila diserang. Kerna ia berlaku dengan pantas.

Tak mengapa. Aku sudah tahu dan sudah boleh menerima semua ini. Sudah pastinya anak ini akan 'delay' . Nasihat pengajar itu..mahukan aku bekerja lebih keras lagi. Menampakkan Nabila boleh berpusing, maka dia mahukan aku mempergiatkan usaha untuk menggalakan Nabila meniarap lebih kerap lagi. Dan juga merangsang bahagian head control.

Dan pabila dia meletakkan Nabila dalam posisi meniarap , Nabila dengan mudah mengangkat kepalanya. Dan katanya, Nabila tampak bagus, namun perlu usaha lagi. Aku tahu kerana sejak 2-3 minggu lepas, Nabila mula mengangkat kepala tatkala berada di posisi meniarap. Kurang menggeselkan hidungnya di tilam saja. Mungkin sudah tahu fungsi-fungsi sebahagian anggota tubuhnya.

Meraka mahu aku lakukan Home Based Programs. Aku tak pasti apa yang aku lakukan selama 4 hari ini adalah perkara yang mereka maksudkan. Dan mereka mahu aku mencatat kiraan saat Nabila menegakkan kepalanya dalam posisi meniarap.

Aku akan cuba mencari maklumat tentang perkara ini.

10 comments:

Azma said...

Good luck ye ina... cari maklumat banyak2 then try parktikkan mana yg sesuai utk nabila. memang betul..utk anak istimewa kita ni, kita mesti kerja keras skit, kumpul byk2 ilmu utk melihat hasil yg lebih baik...

Min said...

nabila sayang...

kasih sayang Allah sentiasa bersamaMu. Ina, kuatkanlah hati demi anakanda tersayang...

Unknown said...

Ina..jangan sikit pon penah rase down k....last time ade na bace pasal graduates dari U overseas yg mengidap CP....die grads lambat sket dari org satu batch ngan die...tapi Insyaallah dengan usaha dan doa sume org...walaupon delay sket,better ade kemajuan..tabah hati k...

Aunty love u Nabila...

Anonymous said...

Salam ziarah..saya sgt kagum dgn puan apabila sy baca blog ini dan scara tidak langsung memberi sy smgt untk terus tabah dlm kehidupan..tidak mampu diucapkan dgn kata2 lg..sy doakan puan mnjadi lebih kuat dan tabah dalam mengharungi hidup ini.

Anonymous said...

ina..trskan usaha.manfaatkan sebulan ni utk trs ransang nabila.insyaallah ina dan nabila blh.ayu doakan semoga segalanya dipermudahkan..

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Azma: betul kak..kerja keras dan usaha..:) itu sahajalah yang dapat memabntu Nabila nanti..:)

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Min: InsyaAllah..ina akan cuba keuatkan hati ini..:) Thanks kak..

Yasmin Nabilah.. said...

nana: kadangkala aku jatuh..dan kadangkala aku bangun kembali..nak ditangiskan nasib Nabila takkan dapat merubah segalanya..yang pasti usaha dan terima kasih atas doa dan semangat nana buat Nabila :)

Yasmin Nabilah.. said...

Anony: salam..saya hanya insan biasa yang cuba membantu anak saya untuk terus hidup..:) terima kasih sudi singgah blog Nabila..:)

Yasmin Nabilah.. said...

ayu: terima kasih ayu..insyaAllah.ina akan manfaatkan masa yang ada..:)