Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

17 December 2010

Tiba-tiba hati ini rindu..

Entah kenapa pagi ini, tiba-tiba rindu pada Nabila. Semalam, seperti tidak puas memegangnya. Semalam agak lewat aku pulang dari pejabat. Jam menunjukkan angka 9 malam, baru berkemas untuk pulang ke rumah. Hujung tahun, kerja yang banyak hingga tak terkejar dibuatnya. Tambah pula sistem aplikasi yang agak lembap menambahkan lagi bebanan kerja yang sedia ada. Nak tak nak terpaksa pulang lewat kerna selepas jam 6 petang barulah sistem dapat digunakan dengan lancar.

Setibanya di rumah mak, Nabila kelihatan mengantuk. Lantas aku terus memandu pulang ke rumah. Tak sabar rasanya untuk berehat setelah seharian bergelumang dengan masalah-masalah di pejabat. Selang beberapa minit selepas memulakan perjalanan pulang, kulihat Nabila sudah tertidur di dalam car seat nya. Nampak keletihan. Mungkin sepanjang hari tak tidur. Mujur juga tak bersekolah semalam. Kalau tak mesti Nabila lebih letih.

Sampai sahaja di rumah, Nabila tersedar dan cuba mahu tidur kembali. Namun gagal. Nabila merengek kecil, aku cuba meletakkan Nabila atas katilnya tapi matanya sukar untuk dipejamkan. Dan sudahnya aku memeluknya sambil menggoyang-goyangkan tubuhnya. Rupanya Nabila mahu tidur dalam pelukanku. Abg bertanya kenapa tidak diletakkan Nabila di atas katilnya. Dan aku menjawab, mungkin mahu ibu memeluknya.Mungkin dia menunggu ibu balik kerja dari petang tadi. Kecewa agaknya ibu pulang lewat.

Kesian pun ada bila lihat Nabila. Dan sehingga subuh tidur tak bangun-bangun. Nyenyak barangkali. Dan pagi tadi, sewaktu menghantar Nabila ke sekolah, dia tidur lagi di dalam car seatnya. Hanya sedar bila aku meletakkannya di atas kerusi di sekolahnya. Celik tetapi dengan wajah terpinga-pinga. Aku mengambil tangan kanannya, bersalaman dan meletakkan tanganku di bibirnya. Lembut sekali tangannya. Tanpa rasa paksaan. Agaknya mamai baru sedar dari tidur.. :)

Dan sekarang, rindu pula pada si kecil ini. Dan terasa seperti menyanyi kecil lagu ini......

Cinta Untuk Nabila

Cinta untuk Nabila
Aku ciptakan sepanjang hidupku ini
Telah lama aku mencari
Kemana menghilangnya puteri

Apakan daya
Sudah suratan tertulis kita bertemu
Hingga kini setelah berpisah
Salju yang beku terlerai sudah

( korus )
Oh Nabila...
Lambang cintaku kepadamu
Hingga kini oh Nabila takkan lupa
Mengingatimu

Oh Nabila...
Lambang cinta yang telah layu
Hingga kini oh Nabila
Agar kau dapat mengerti
Kepada mu puteri
Kusanjung tinggi

Lagu untuk Nabila
Aku ciptakan bila mata
Kuterpejam lena
Kuutuskan bayu yang bertiup
Menyatakan cinta untuk Nabila

( ulang korus hingga akhir )
Menyatakan cinta untuk Nabila
Takpe dik..sok kita jalan-jalan yek.. :). Gi PD.. leh gi swimming.. :)

10 comments:

Unknown said...

Wah...bestnyer...abg iman nak ikut blh....

kaminakueh said...

waaaahh..... manjenye nabila..

Anonymous said...

meh2... tengok baju budak2 kecik khas di import dari UK.. murah2... sila copy link ni dan paste.. www.jual.shiperz.com

Mawar said...

Moga akak, nabila & keluarga sentiasa sihat & ceria

Jue-Isteri_Ibu said...

wah...kreatif sggh ina ni..bestnya, sesuai sgt2..

NzA said...

lama xjengah cni.....moga nabila mkn ceria chat...

Azma said...

memang ada masa kita rasa rindu sgt kat anak kita kan.. Akak ni anak 24j depan mata, pegi mana2 skjp pun dah rasa lain.. Mesti nabila hepi kalu tau ibu rindu kat dia slalu.. :)

Min said...

rindu adalah satu anugerah indah untuk mereka yang berhati halus... miss u all too!

nanie said...

hi ina, actually sy dh lama follow blog ni..dh lupa cmner sy bleh t'jmpa ngn blog ina ni tp dr mula hingga skrg mmg sy follow..sy suka baca stiap entry yg ina luahkan kt dlm blog..bg sy ina adalah seorang ibu yg kuat, tabah n sabar.. teruskn usaha utk nabila k..pasti suatu hari segala pengorbanan dan kesabaran ina akan terbalas...amin..

Azma said...

Salam..
Akak nak tulis pesanan ni kat shoutbox ina tp byk kali akak ke sini shoutbox ina x kluar2. So, akak pesan kat sini je la ye.. Akak tag ina utkkempen tutup aurat. Sila ke sini kay!

http://yang-teristimewa.blogspot.com/2010/12/cover-your-aurat-campaign-show-your.html