Sejak adik lahir, barulah mulut ibu panggil Nabila dengan panggilan kakak. Entah kenapa bila adik Naufal dalam perut, berat pulak mulut nak sebut kakak. Agaknya tak mau beria-ia sangat menyambut kegembiraan berita adik Naufal dalam perut ibu. Orang tua-tua kata tak baik... Buat biasa-biasa saja sudah. Janji doa agar Naufal sentiasa sihat dalam perut ibu ketika itu..
Sebenarnya lama tak update tentang Nabila. Perkembangan terkini? Rasanya dari segi fizikal tetap sama. Masih dalam proses untuk meniarap sendiri. Masih cuba untuk bangun sendiri apabila badan sudah penat berbaring di tilam. Ya..ibu terlupa, berat badan dan ketinggian saja yang sudah berubah. Sejak duduk rumah nenek, badan semakin berisi dan kaki semakin panjang... :)
Sejak saya balik dari hospital, belum lagi Nabila diserang sakit demam. Cumanya serangan sawan kerap berlaku. Memang risau dibuatnya kalau Nabila diserang sawan. Lagi-lagi selepas serangan, saya terpaksa menghadap amukan menggila Nabila..Aduhai..sakit jiwa rasa.. Kalaulah Encik Sawan tu ada pipi..dah lama ibu tampar sawan tu..huhu...
Mulut semakin bising. Kadang-kadang si adik sedang sedap lena tidur mulalah suara si kakak kedengaran. Membebel seorang diri di dalam buai. Padahal sebelum tu, kemain lagi bagi signal melentik badan, buat gaya-gaya mengantuk sebab nak suruh ibu letak dia dalam buai. Ingatkan nak tido..rupanya nak menggedik dalam buai..hehe.. Si adik pun tak boleh kalah gak. Buat teran-teran suara macam orang kata meneran isi sebab nak besar lagi..Uiiii makkkk..riuh rendah jadinya...
Apa yang saya khuatir sekarang ini tentang ini..
Bila dah lama tak buat terapi, kaki Nabila pun beginilah..
Minggu ni merupakan minggu terakhir saya berpantang. Dan tak tahu bila nak balik Rawang untuk start sesi terapi Nabila di rumah sana. Kompem busy melayan budak berdua ni lebih-lebih lagi si Naufal yang susah nak 'let go' ibu dia buat kerja rumah..Aduhai...
6 comments:
Salam, akak harap tolong jangan putus2 buat terapi untuk Nabila. Kanak2 begini kita x boleh terleka or terlepas pandang sikit. Sayu akak tengok kaki Nabila. Dik, ada x pernah cuba produk SNE untuk Nabila? Akak bukan penjualnya tapi pernah terbaca satu blog 2, bagaimana seorang ibu yang mengalami nasib macam Nabila beriktiar menggunakan produk ini. Produk ni ada macam2 kegunaannya.
SALAM INA. SAYA KAGUM DGN KETABAHAN INA MEMBESARKAN NABILA. SAYA FAHAM MCM MANA PERASAAN SEORG IBU YG DIANUGERAHKAN ANAK ISTIMEWA. ACTUALLY SAYA MASIH DLM PANTANG. BARU 23 HARI SAYA MELAHIRKAN THAQIF, ANAK KETIGA SAYA.MASA MENGANDUNGKANNYA SAYA DH MERASAKAN KELAINAN KERANA TIDAK AKTIF SEPERTI ABG DAN KAKAKNYA. BETAPA SEDIHNYA HATI SAYA BILA MENDAPAT TAHU THAQIF LAHIR DGN MASALAH CLEFT LIP AND CLEFT PALATE.DLM LINANGAN AIR MATA SAYA MENCIUM THAQIF DAN BERHARAP DIA SIHAT. ALHAMDULILLAH DOKTOR SAHKAN THAQIF SIHAT. NAMUN SEBELUM KELUAR DR WAD DOKTOR SUSPECT THAQIF MENGHIDAP SINDROM DOWN. MASA TU HANYA ALLAH YG TAHU MCM MANA PERASAAN SAYA. HAMPIR2 SAYA TAK MENGAKUI BAYI ITU ANAK SAYA. TAPI BILA MELIHAT WAJAH THAQIF SAYA TAHU DIA TAK MINTA DILAHIRKAN BEGITU. HARI DEMI HARI SAYA MENGUMPUL KEKUATAN UTK MENERIMA TAKDIR NI. SAYA SENTIASA BERDOA AGAR KEPUTUSAN DARAH NANTI MENGATAKAN THAQIF BKN PENGHIDAP SINDROME DOWN. DAN SAYA MENDOAKAN KITA SEMUA AKAN SENTIASA TABAH.
semoga terus tabah dan putus berusaha.. aminn...
salam kak, kaki nabila tu masa lahir ke dalam ke? orang panggil clubfoot kan? anak saya pun macam tu, start dari lahir simenkan then pakai kasut khas tu. alhamdulillah memang nampak perubahan tapi sejak dah pandai berjalan ni tak nak langsung dia pakai, sedikit sebanyak bahagian ibu jari tu bengkok ke dalam semula. saya pun tak tahu apa patut buat lagi. produk SNE tu apa ye? boleh membantu ke.
Umie aiz: kaki nabila ok masa lahir. Tu jadi gitu sbb muscle tarik bila dia excited masa bermain buat urat dan otot jadi pendek. Cara paling berkesan untuk kanak2 cerebral palsy ni adalah streaching. Kdg2 kaki jadi gitu sbb serangan sawan. Bila sawan abis semua urat otot sendi jadi kejang. Huhu
Umie aiz: kaki nabila ok masa lahir. Tu jadi gitu sbb muscle tarik bila dia excited masa bermain buat urat dan otot jadi pendek. Cara paling berkesan untuk kanak2 cerebral palsy ni adalah streaching. Kdg2 kaki jadi gitu sbb serangan sawan. Bila sawan abis semua urat otot sendi jadi kejang. Huhu
Post a Comment