Assalamualaikum..
Cepat benar masa berlalu. Sudah 7 bulan saya menjadi surirumah tangga. Hanya tinggal 5 bulan sahaja lagi untuk saya menjejakkan kaki ke pejabat semula. Malas usah cerita lah. Memang seronok di rumah. Tapi yang tak seronoknya, tak bergaji. Hihi..
Lama tak cerita tentang dak demok sorang ni. Sape lagi klu bukan si Naufal. Fuh fuh fuh!! Ibu sekarang dok melayab jelah kerenah budak sorang ni. Lagi-lagi sekarang sudah mula nak duduk. Mengesot kemain laju lagi. Abis dah satu rumah dia jelajah. Bontot pun angkat-angkat. Merangkak dapat la 2-3 step pastu mengesot balik. Sangat aktif.
Jatuh, terhantuk usah cerita la. Banyak kali sampai lebam-lebam pun ada. Orang ingat macam tak jaga anak. Padahal dah terlebih jaga pun iya. Dah nama pun budak. Payah nak halang-halang. Kang halang lebih-lebih jadi lain pulak. Huhu..
Gigi dah tumbuh 4 batang. Pada saya as a normal baby, nampak macam luar biasa sikit. Sebab si kakak dulu pun tumbuh gigi atas bila nak masuk 8 bln. Hurm!! Naufal kira champion la ek? Hihi..
Panjat atas badan ibu, badan kakak dah lama dah buat. Menyusu pun sambil meniarap. Tah hape punya style la budak sorang ni. Layankan jelah tembam!!!
Last check up berat Naufal pun dah cecah 9.3kg. Rasa dah sebulan ni mau-mau 10kg kut. Tambah plak dah start solid food. Kejenya asik lapo jelah. Tengok ibu makan,mulut pun chupp chapp.. Macam anak burung. Hihi. Tapi makan-makan pun, bila dah keje asik menyarap panjat sana sini, badan tu dah mula la cam panjang sikit. Takdelah demok sgt dah!! Tapi still sedap peluk dia. Hihi..
Apapun ibu harap Naufal sentiasa diberikan kesihatan baik. Aritu ada demam sekejap. Panas giler kepala dia. Pastu dok lap ngan air asam jawa. Semalaman tido tak pakai baju. Ibu sangat risau bila demam panas ni. Tak nak jadi macam kakak ye sayang. Adik mesti kena sihat sebab adik nanti kena jaga kakak..
Moga terus membesar bagai juara ek nak!!
7 comments:
salam ina,
akak ni silent reader blog ina. dah lama akak ikuti perkembangan nabila. begitu juga dgn blog2 supermum yg lain. tanpa disangka, akak juga diuji walaupun tidak seberat kalian. akak lahirkan babay prem lebih kurang ina lahirkan naufal. prem 33wks dan baby HIE stage 1. masa lahir berat 1.6kg dan sekarang 7 bln n start solid food ms 6 bulan. agak2 berat dah 7kg++. bila byk baca ttg HIE akak jadi risau la ina. rasa mcm takde tempat nak mengadu. tapi bila tgk perkembangan baby mcm biasa tp agak lambat sbb dia prem. kalo ikut corrected age baby baru 5 bulan setengah.meniarap masa nak masuk 6 bln.. ina, boleh bg pandangan dan pengalaman serta ilmu ina tak?
moga2 ina sekeluarga sentiasa dilindungi dan di berkati Allah SWT
Salam kak, pandangan ina maybe akk boleh start dgn sesi terapi bagi mengelakkan lebih lambat perkembangan dia. Akak boleh mintak dirujuk pada hospital bahagian fisioterapi untuk belajar cara dan kaedah untuk membantu anak akak. Tapi pada saya akak tak perlu risau sebab kebanyakan baby prem mmg gitu. Dan mereka juga sbnrnya sangat bijak. Selagi tiada masalah pendengaran atau penglihatan saya rasa lebih mudah tugas akak untuk lakukan aktiviti bersamanya. Mungkin bleh google aktiviti yang sesuai untuk anak seusianya. Sori kena balas kat sini gak kak sebab saya pun tak tau camne nak hubungi akak. Harapnyq qkak baca komen saya ni. :)
Salam kak, pandangan ina maybe akk boleh start dgn sesi terapi bagi mengelakkan lebih lambat perkembangan dia. Akak boleh mintak dirujuk pada hospital bahagian fisioterapi untuk belajar cara dan kaedah untuk membantu anak akak. Tapi pada saya akak tak perlu risau sebab kebanyakan baby prem mmg gitu. Dan mereka juga sbnrnya sangat bijak. Selagi tiada masalah pendengaran atau penglihatan saya rasa lebih mudah tugas akak untuk lakukan aktiviti bersamanya. Mungkin bleh google aktiviti yang sesuai untuk anak seusianya. Sori kena balas kat sini gak kak sebab saya pun tak tau camne nak hubungi akak. Harapnyq qkak baca komen saya ni. :)
salam dear
sama la kita. ambil unpaid leave lps maternity haritu. buat bisnes online & ambil part time job kat rumah je. may be noina blh try link ni. byk juga kerja2 yg blh buat kat rumah je.
Pekerja Sambilan Dirumah Diperlukan.
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan
Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
Lain-lain
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
- Boleh mengikut arahan
- Sanggup bekerja keras
- Berfikiran positif
- Bermotivasi tinggi
- Berdisiplin diri
Maklumat lanjut sila ke website di bawah:
==> http://partner.jobdirumah.com/jdr.php?uid=emay910_1_eaid_1
salam ina,
skrg baby akak hanya fpllow up pakar 3 bln sekali utk pantau perkembangan dia. mata dan telinga semua normal. scan cranium juga normal.. akak byk bc dan maklumat hanya dan pengalaman baby HIE stage 2 dan 3 aje yg byk dikongsikan..
Sha singgah baca.
Baby Sha baru nak masuk 4 bulan tapi dah suka menyusu secara menirap. Normal ke?
Post a Comment