Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

02 May 2011

Majlis Hari Lahir Nabila

Sabtu lepas, majlis kecil-kecilan sempena hari lahir puteri kami yang ke 3 tahun. Walaupun pada awalnya cuaca agak tidak mengizinkan, mujur hujan tidaklah selebat selalu. Hanya renyai-renyai saja dan ramai tetamu datang ke rumah. Lebih-lebih tetamu cilik di sekitar kawasan rumah kami.

Selalu nampak anak-anak itu bermain di hadapan rumah, dan kehadiran mereka memang memeriahkan suasana. Sungguh saya seronok melihat anak-anak ini menyanyikan lagu "Happy Birthday" untuk Nabila. Dan paling saya terharu, mereka datang pada waktu malam pula dan memberikan hadiah untuk Nabila :)

Gambar yang saya letak di dalam entry ini hanyalah gambar dari kamera kami sendiri atas hasil usaha adik ipar saya , Ejah. Ada photographer profesional untuk majlis ini, namun gambar masih belum ada di tangan kami. Jadi, tunggu sahaja gambar di FB yek.. :)

~ibu dan Nabila posing sebelum majlis~

~Birthday cake si Princess~

~Nampaknya ibu dengan ayah juga la yang kena tiup lilin..~

~Nabila terkebil-kebil bila kena potong kek. Last-last tangan dia terkena krim cupcakes..hehe~

~Bila suap kek menangis pulak..Adoiyaii...~

~cheese cake hadiah dari Mak Lang~

~Nabila selepas majlis birthday party. Tersenyum tersengih di pagi Ahad..~

13 comments:

Nonie said...

Cute nyer Nabila sengih mcm tu...rugi ler Auntie,Abg Amir,Kak Pia & Kak Humaira x datang kan..maaf byk2 Ina ...akak x dpt join coz Along ada lawatan sekolah ke KLCC...insyaallah ada umur & rezeki akak akan ke rumah Ina jugak nanti:-)

~ain said...

dah besar dah nabila! semoga nabila jadi anak manis untuk ibu dan ayah ye...

humbledmum said...

Happy birthday Nabila! You've grown so much. Love that cute smile of yours!

Zatil said...

Selamat hari jadi Nabila..Moga murah rezeki dan ceria selalu :)

MelissAziezul said...

maaf kerna x dapek nak datang...
chickenpox datang menyerang...dari seorang ke seorang yang terkena jangkitan...maaf banyak-banyak...

and for Nabila Happy Birthday sayang & have a blessed day ahead...luv ya...

Azrine Razak said...

Happy Belated Birthday Nabila dear! Aunty doakan Nabila sentiasa sihat dan ceria..kuatkan semangat kamu ye sayang!

Bicara hati ibu aisya said...

Tomei2nya besday girl nih.Geram nak cium2 pipi yang gebu tuh.Sori ye ina n nabila..ibu ayu xdapat join besday party nabila.

mama akid said...

comelnyer nabila...

MaMa ArIaNa.. said...

maaf x dpt joint besday party nabila ralat sgt..ariana mood meragam diserang demam.....comie besday girl nie tenyum...maaf ye ina & nabila...(",)

Azma said...

cerianya pas majlis..masa majlis muncung2 ye.. mesti sbb auntie & abg hasif x datang ni..hehe..

Maaf ye ina. Dah 2 jemputan ina akak x dpt join. Akak mmg susah nak bergerak dgn encik hubby yg sibuk sokmo tuh!

Anyway, hepi besday skali lg tuk nabila. Smg sihat ceria slalu ye sayang..

Pnut said...

Cantiknya gambar Nabila yang last sekali tu.. ceria je...

Insya-Allah, lain tahun kalau ada jemputan, lagi, akak nak hadir, teringin nak dukung Nabila.

pstttt emak Nabila dah selimmmm

Mamanurin said...

ekekekeek ala alaaa tomeinya nabila..muahhh

adarnadzmie said...

happy besday to nabila yg comel... moga murah rezeki... moga bertambah sihat...