Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

20 April 2009

Kenduri Doa Selamat Sempena Kelahiran yang Pertama!

Assalamualaikum..Maaf kerana entry kali ini agak lewat sedikit.Semalam baru tiba dari Ipoh,masih terasa lagi penatnya.Pagi sabtu pula aku bawa Nabila ke rumah Kak Raw.Dan ngamuknya hanya tuhan sahaja yang tahu.Nabila menangis sepanjang jalan dari Behrang hingga ke Tol Jelapang.Aku terpaksa kuatkan hati, demi anakku.

Tentang kakinya yang biru selepas Kak Raw balut 2 minggu lepas,ada kami suarakan pada kak Raw.Rupanya itu mmg perkara normal.Dan Nabila menangis di sebabkan kebas.Marah pada aku bila aku menyentuh ibu jari kakinya.Seperti kita juga,Nabila mempunyai deria rasa yang kuat.Dan derianya lebih kuat dari kita yang normal.Itulah keistimewaan Nabila!

Berbalik pada kisah majlis kenduri doa selamat..pada mulanya aku hanya bercadang untuk makan sekeluarga.Kerana ibu mertuaku kini tidak lagi duduk di Ipoh.Hanya balik bila hujung minggu sahaja.Aku tak mahu menyusahkannya.Namun mak mertuaku bersetuju.Dan akhirnya majlis dilakukan juga.

Dan Nabila pada waktu itu,sangat-sangat baik apabila doa dibacakan.Selalunya anakku tidak mahu duduk diam.Tapi duduk dengan ayahnya dan doa dibacakan,Nabila seolah-olah mahu 'Amin'kan.Ya! Anak ibu dah pandai sekarang ni.

Dan sewaktu tetamu makan,Nabila langsung tidak menangis.Alhamdulillah.Dia tau yang orang semua datang ke rumah Opahnya semata-mata untuk mendoakan kesejahteraannya.Nabila seakan pandai membawa diri ketika di majlis.Dan aku sempat mengambil beberapa keping gambar bersama Nabila memotong kek.Aku tak sempat menempah kek,jadi aku dan abg beli kek'ready made' sahaja. Cukuplah sebagai syarat untuk Nabila merasa memotong kek pada hari lahirnya yang pertama.Comel sekali gambar itu...!

Dan pada kawan-kawan yang telah mengucapkan selamat pada Nabila,kami sekeluarga mengucapkan terima kasih banyak-banyak.Kerana doa-doa dan semangat yang kalian berikan, kami terasa kami bukan keseorangan.Dan ia menjadi pembakar semangat kami berdua untuk mencari ikhtiar untuk memulihkan Nabila.Terima kasih kerana memberi dorongan dan petunjuk dan aku rasa semakin ramai sahabat-sahabat istimewa aku walaupun kita semua berada di alam siber.Terima kasih sekali lagi atas doa kalian dan hanya Allah sahaja yang membalas segala kebaikan yang telah kawan-kawan berikan kepada kami.

*layan lah yek gambar-gambar semasa majlis itu diadakan... :)





Baru pas mandi.Lega pasal balik dari umah Kak Raw tak mandi-mandi.Asyik sgt dengan tidonyer!









Jiran tetangga yang sudi menjayakan majlis Doa Selamat Nabila

Makcik Zul a.k.a Mak Yang a.k.a kakak mak mertua aku yang bertungkus lumus memasak ayam masak merah

"Saper punya besday nih angkat tangan?"..Ayat tu mmg aku ckp betul2 tau..bila aku suh Nabila angkat tangan, dia angkat..haha! bijak betul!

Antara kawan-kawan abg yang dtg.Yang baju belang-belang merah tu abg ckp siap dtg dari Rawang lagi..huhu..jauh tuh..semata2 dtg untuk besday Nabila..terima kasih Pakcik..(tak tau nama dia sapa)

Muka besday girl yang ceria

Nilah kek nya.Simple jer pasal tak tempah pun.Beli ready made jer..apapun kek ni mmg sedap.aku mmg suka kek nih!Sori yek Nabila..Nabila tak leh makan lagi..nanti dah leh makan baru ibu bagi!

Kuikui..Eksyen lagi nak potong kek..tapi nampak cam real jer dia potong.tak tau aku dok pegang badan ngan control tangan Nabila..Silap2 leh tersembam muka ke kek tuh..haha!

Ni lak kek lagi satu..napa beli? pasal takut tak cukup.dan satu lagi sebab pasal besday aku nak dekat..haha!pow ayah Bila! yang ni pun sedap gak..perisa coffee..mcm ala2 secret recipe!

Aksi memanjat badan ayah yang sedang tido..Abaikan gambar ayah Nabila tak pakai baju tuh.comel tul Nabila..!Gambar ni diambil ari ahad pagi..ayah Nabila ngantuk..ibu suruh bangun,tapi liat nak bangun!Almaklumlah semalam sehari tak dapat tido!

Aksi bermanja-manjaan dengan ibu..lentok la konon!

11 comments:

ibu_Arifa said...

amboi cerianya birthday girl ni.. semua gambar Nabila cantik..tp paling suka(ulang2 tgk) gambar yg angkat tgn tu.. best jer dok bayangkan Nabila bg respond mcm tu..time potong kek tu pun best gak..mmg nampak real..tekun jer gaya nak potong..lagi2 pipi bam..bam.tu..geram!!

leadleedeea said...

tomey laaaa nabila...hehe

AiYa said...

alah comelnya Nabila nih. pandai jeling2 kamera lg. rambut Nabila lebat sgguh. apa agak nya rahsianya?

bru auntie perasan, tgn Nabila pn ada ketak2 mcm najwa.

Anonymous said...

cutenye nabila...dah setahun dah..makin chomel & bijak!!...

bonda safia said...

heppy besday sayang nabila.

Yasmin Nabilah.. said...

ibu_arifa :mmg dia suka tul angkat tangan bila ckp mcm tuh..tapi tak tau la secara spontan atau tidak.masa potong kek la sebenarnya mata nabila terkelip2..takut kot..hehe..nasib baik dok diam..

Leadleedeea : trima kasih auntie lead..dah kembang semangkuk dah Nabila nih!

Aiya : Rahsia lambut hitam dan lebat..yang pertama..TAKDE RAHSIA..yang kedua..TAKDE RAHSIA GAK..hehe..mmg rambut dia dah cam gitu sejak lahir lagi..cuma tinggal nak potong jer..pasal lebat sgt..hehe..panas dan rimas..ketak2 kat tangan tuh dah semakin susut..Nabila makin kurus dan panjang badan dia..no more ketak2..tapi tak tau la sejak tukar susu ni..makin berselera lak!

cmba:trima kasih acik shima..hehe..doakan Nabila cepat2 meniarap yek..

Bonda safia : terima kasih bonda safia..

Eta LaZiM said...

Happy Belated Birthday buat Nabila!!

Nur Syazwani Mustafa said...

akak...mmg cntik n comelll la nabila ni.....pndai dia..mood dia baik je waktu besday yek...dia tau ibu ngn ayah dia bwk dia jln jauh2 semata2 nk smbut bsday dia kan...good girl my dear!!!wani wish pda nabila...smlt hari lahit yg pertama...smoga d pnjg kan umo n sihat sentiasa....mmuahh!!!

MelissAziezul said...

Happy Befday Nabila sayang...semoga kamu mendapat keberkatan d dunia & akhirat...lot's of luv from acik Liss...(^_^)

akuoku said...

SELAMAT HARI JADI NABILA. SEMOGA SIHAT SELALU. DAN CEPAT SEMBUH (merujuk entry di terbaru). kasihan ibunda mu. untuk ibu "be strong" ada yg manis untuk dikenang.

drp mama annisa & annur

Yasmin Nabilah.. said...

terima kasih mama annisa & annur , acik lis, acik wani dan mamaqaypo.. :)