Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

18 April 2011

Birthday Girl tersenyum sepanjang hari...

Semalam, tiada apa yang kami lakukan di rumah. Kerna ayah Nabila bekerja. Jadi yang tinggal hanya kami berdua tanpa sambutan istimewa..

Cumanya, saya sibuk mengemas rumah setelah sekian lama tidak pulang ke Rawang. Habuk bukan main banyak lagi. Jangan harap lah ayah Nabila nak sapu-sapu sampah. Mengemas apatah lagi. huhu...

Tiada gambar birthday girl di hari ulangtahunnya. Saya sedang merangka-rangka untuk melakukan party di rumah kami pada hujung bulan ini. InsyaAllah..Andai ada rezeki, kami akan jemput semua.. :)

Semalam juga, Nabila nampak ceria. Asyik dengan tawanya bilamana saya sibuk mengemas sana-sini. Saya biarkan dia bermain sendirian, dan kadangkala saya terdengar hilai tawanya. Amboi..kemain lagi. Pulak tu saya dah janji dengannya untuk membeli kek dan membuat goodies pack untuk Nabila bawa ke sekolah hari ini. Dan sejurus ayah Nabila pulang dari kerja, terus kami keluar membeli barang-barang yang patut termasuk menempah kek untuk hari istimewanya nanti.

Sewaktu saya sibuk menyiapkan gooodies pack untuk kawan-kawan sekolah Nabila malam tadi, Nabila bukan main seronok. Agaknya dia tahu esok kawan-kawannya nak nyanyi lagu Birthday untuknya. Tadi pun sewaktu saya sampai ke sekolah, saya terus menyerahkan semuanya kepada staf di situ. Kata mereka, tidak mahukah saya menunggu untuk sama-sama menyambutnya. Saya tak dapat nak turut serta memandangkan saya tidak bercuti. Tak sedap pula kalau saya lama-lama di sekolahnya. Itupun sesudah saya mencium Nabila, saya terus bergegas ke pejabat. Takpe kan Nabila. Nabila nyanyi kan kawan-kawan ek..

p/s: Semalam Nabila tidur lewat. 4 pagi baru tidur. Huh! Dah besar umur tidur pun dah lewat ek.. Mana taknyer..asik ketawa mengekek jer..huhu..Nasib baik tak mengigau..hehe

11 comments:

CT said...

Eppy besday

Yana@Noni said...

So sweet...siap ader goodies pack wat kawan2 lg:-)

Pnut said...

Happy Birthday Nabila.... muaahssss kiss dari auntie..

Mama Q said...

happy besday nabila....Mama Q doakan nabila dikurniakan kesihatan yg baik, dan yg terbaik utk nabila dr suma segi

Bicara hati ibu aisya said...

Tengok tu na..dia tahulah birthday dia.Tu yang dia seronok sangat tuh.Hihihi...so cute nabila nih.
Kiss n hug tuk nabila yang tomeii.

Nanti nak buat besday party jemput ibu, kakak aireen ngan aisya tau.

Qaseh Aishah said...

Allah selamatkan kamu,Allah selamatkan kamu,Allah selamatkan Nabilah, Allah selamatkan kamu. Selamat ulang tahun nabilah.

Farah Shamsudin said...

Happy Birthday Nabila..:)

Azma said...

hepi besday nabila.. anak2 ni tau hari special diaorg agaknya. Samala ngan hasif br2 ni..senyum memanjang di hari ulangtahun kelahiran dia..

Smg nabila gembira, sihat, ceria selalu ye..

Azma said...

hepi besday nabila.. anak2 ni tau hari special diaorg agaknya. Samala ngan hasif br2 ni..senyum memanjang di hari ulangtahun kelahiran dia..

Smg nabila gembira, sihat, ceria selalu ye..

ieda said...

happy birthday nabilah...same month with auntie but different zodiac..grow up & be a good healthy beautiful girl ok...

Azrine Razak said...

Happy Birthday Nabila! Semoga dirimu terus maju sayang.. caiyok! caiyok!