Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

19 November 2010

Berdebar...

Sepanjang minggu ini kekalutan menguasai diri. Cuti sehari ketika AidilAdha yang lalu sepertinya tidak membawa erti yang besar kepadaku. Namun aku tetap bersyukur dipanjangkan umur dan diberi peluang sekali lagi untuk merayakan Hari Raya AidilAdha bersama keluarga.
Aku ada menyatakan tentang rasa gusarku terhadap kursus Montessori yang bakal diadakan esok. Gusar kerana tidak dapat menimba ilmu di sana. Namun, aku bersyukur, Allah telah memberi jalan kepadaku. Terima kasih tak terhingga kepada Mamanurin kerana sanggup membiayai aku untuk kursus ini. Ya Allah, tak terhingga ucapan syukur ini kepadaMu. Yang telah memberikan laluan ini kepadaku. Dan kepada Mamanurin juga, hanya Allah saja yang dapat membalas jasa mama kepada Nabila. Sungguh aku rasa terharu dengan kemuliaan hati wanita ini. Walaupun kami tak pernah bersua, hanya mendengar suara melalui telefon, cukup menggambarkan hati ini sayang pada Mamanurin. Terima kasih mama atas support dan semangat yang diberikan kepada diri ini. Ina sentiasa mendoakan agar apa yang mama hajati tercapai...Amin.
Dan harapnya , aku mendapat ilmu agar dapat dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Doakan segalanya berjalan lancar dan niat untuk aku berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain tercapai. Amin....
Untuk Nabila, tiada apa yang ibu harapkan selain mendapatkan ilmu itu untukmu sayang. InsyaAllah, ibu akan cuba apa saja yang terbaik buatmu.

8 comments:

produk ococ said...

alhamdulillah murah rezeki, rezeki yang Allah beri datang dari mana saja tanpa kita duga ye..selamat berkursus dan nnt kongsi ilmunya ye..

Rizziela said...

Alhamdullilah..Ada rezeki untuk Nabila..semoga ALLAH membalas segala jasa-jasa baik mamanurin. Insyallah

Jue-Isteri_Ibu said...

insya allah ina. Nanti syer nyer. Selamat berkursus utk ina dan nabila.. baik2 yer sayang..

Min said...

semoga Allah murahkan rezeki mamanurin... jgn lupa share ngan kitorg ye ilmu yg ina dapat tu...

ummu said...

assalamualaikum Ina
"Doakan segalanya berjalan lancar dan niat untuk aku berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain tercapai. Amin...."
amin
akak tunggu ya
anak akak ada masalah hiperaktif,akak risau sangat bila dia bersekolah tahun depan...

Anonymous said...

Rezeki dikurniakan anak istimewa memang sentiasa ada..alhamdulillah, lepas ni...mama dan ayah nabila kena beringat yg mesti sediakan "tabung" utk nabila bg kegunaan keperluan2 yg penting sebegini. Insyallah, kalau pandai membahagikan rezeki, sentiasa ada bahagian tuk nabila. Mungkin salah satu caranya, mama dan ayah nabila kena kurangkan bajet tuk berjalan2 makan angin kut.....:) (gurau aje ya..)

Mamanurin said...

ekekeke sory ina terpaksa menempek kat sini jap..

ziela and min,

amin amin amin..insyallah..tu la, mama tak sempat nak pesan kat ina jgn mentioned apa2 pasal tu..tapi ina ni baik hati sangat..segan mama, bukannya besar sangat..rezeki nabila sebenarnya ni..mia tentu gembira bila mama dia "beri" jalan untuk ibu dengan adik nabila dia..

Anonymous said...

salaam, berminat juga dengan montessori. boleh kongsi lagi maklumat tentant kursus montessori tu? Terima kasih :-)