Featured Post
Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..
Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...
02 August 2010
Yeah... bilik sudah bertukar!
Akhirnya berjaya juga aku menyiapkan bilik untuk Nabila. Bukan apa..bilik ini akan menjadi tempat Nabila untuk bermain dan melakukan terapi di situ. Selama ini aku hanya melakukannya di ruang tamu. Kerap kali juga kaki ini tersepak mainan Nabila. Dan nampak ruang tamu kami agak tidak teratur dek kerna barang mainan Nabila.
Tak kisahlah andai bilik ini digunakan. Dan yang pastinya rumah aku kini tiada lagi guest room. Rumah kecil..lagipun jarang benar yang menumpang tidur. Kebanyakan yang datang semuanya mahu tidur di ruang tamu. Sejuk kerna ada air cond. Di bilik sememangnya panas...!
Apapun..aku mahu manfaatkan sepenuhnya bilik ini. Ingin memasukkan TV sekali untuk memudahkan aku menayangkan video-video education untuk Nabila. Bila difikirkan..melihatkan barang-barang banyak ini..perlbagai perkara yang boleh kulakukan dengan Nabila. Kini ku nampak apa yang boleh Nabila bermain.Selama ini..apa saja mainan di depan mata.. ku sambar. Sudahnya ada saja mainan yang tak dapat dimain oleh Nabila.
Kebanyakan mainan adalah sumbangan dari orang-orang tertentu. Dan aku sangat berterima kasih pada mereka. Semuanya jauh-jauh belaka. Dan pastinya aku amat berterima kasih pada seorang insan ini. Dia telah banyak membantu aku. Jauh beribu batu dari Malaysia. Namun hati luhurnya buat aku tersentuh. Tak terbalas jasanya kepada kami sekeluarga. Moga segala dipermudahkan untukmu wahai sahabatku.
Untuk yang lain..andai berkunjung ke rumah kami..bolehlah menggunakan bilik ini untuk anak kalian. Terutama anak yang senasib dengan Nabila. Akan dimanfaatkan untuk semua anak-anak ini. :)InsyaAllah andai di murahkan rezeki Nabila, akan bertambah lagi alat-alat terapi untuk Nabila.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Wah..bestnya..Nabila dah ada bilik mainan sendiri
seronoknya nabila...ada bilik menan dan terapi. kalaulah sofie pon ada bilik mcm ni, tentu sofie pun seronok jugak. tapi, yg paling seronok, umisofie juga...hehe...
rizziela: huhu..terpaksa kumpulkan satu tempat..umah bersepah2 ngan mainan..hehe..
Kak Fiza : hehe...jom la sofie dtg umah Nabila..leh sofie ajar Nabila main mainan tuh..Nabila tgk je..nak main tak reti..
ina...tv nanti lekat je kat dinding..jimat ruang..
slm jengah...
mmm..adam buleh tumpang main ke...
msti nabila hepy bila menan byk kn..
comelnya nabila...:)
salam kak...
sy mmg follow blog akak ni..
comel betul lah nabila ni..;)
cantik bilik nabila...mesti nabila suka sgt...pandai ibu deco bilik menan dan terapi nabila...:)
sukala tgk mainan yg mcm walker tu ? berapa rm? beli kat mana ? berbaloi tak utk exercise berdiri ?
Post a Comment