Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

14 July 2010

Akhirnya mendaftar di PDK juga...

Atas nasihat kawan-kawan tempohari..akhirnya aku mengambil keputusan untuk menghantar Nabila ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Dan tempat yang aku pilih hanya berdekatan dengan rumah mak.Iaitu PDK di Gombak Setia. Dan aku telahpun selamat mendaftar Nabila disitu tadi. Hanya pergi berseorangan dengan perasaan berdebar. Nasib baik pekerja di situ peramah. Alhamdulillah..sekali lagi jalan yang ku lalui dipermudahkan..:)

Aku tahu..agak terlambat juga aku bertindak. Namun..lagi terlambat jika aku langsung tak lakukan apa-apa. Aku akan ke PDK sekerap yang mungkin. Atau sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

Tentang Tasputra? Aku akan cuba ke Tasputra Jumaat ini. Akan aku serahkan surat permohonan pengurangan bayaran kepada Puan Grace. Harap ada sedikit harapan melalui surat ini. Aku sayang meninggalkan Tasputra. Sungguh sayang rasanya hasil usaha aku 3 bulan lepas untuk memasukkan Nabila mati di tengah jalan. Aku harap pihak di sana faham dengan situasi aku sekarang ini.

Tiada apa yang aku mampu luahkan selain dari mengucapkan syukur kepada Allah. Ada jalan untukku dalam membesarkan Nabila. Kepada semua pembaca setia blog Nabila, terima kasih diucapkan atas kata-kata semangat kalian. Tak terbalas segala jasa yang kalian berikan dalam membantu kami untuk membesarkan Nabila. Walaupun kecil..sangat berharga buat kami. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.. TERIMA KASIH.. :)

7 comments:

Unknown said...

gombak setia?kat bt 6 ekk?

Yasmin Nabilah.. said...

depan masjid As-syaqirin.. :)

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

ina, sofie belum ke PDK lagi la...risau jugak akak ni. susahnya nak hantar ke sana. tak de kenderaan nak pergi. pagi suami akak ke sekolah awal...payahnya kan, nak berkorban. tak tahu lah bila sofie boleh masuk PDK...:(

Mamanurin said...

alhamdulillah, moga nabila semakin maju perkembangannya, and mama nabila tak susah hati lagi.insyallah, Allah tak akan membiarkan hambaNya dalam kesusahan.

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Fiza: akak boleh bawak kete tak? mcm ina dulu pun tak pandai bawak kete sendiri. tapi sebab dah terpaksa ina bawak juga. try la kak.mesti sofie seronok dapat jumpe kengkawan.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

mamanurin: Insyaallh..harap2nya ada perkembangan yang baik lagi lepas ni.. :)

MeOriKa said...

pdk kamii, cikgu yer mmg peramah gilo...lbh2 lagi cikyah(fisio). kerap lol antar nabila kesana, mudah2han nabila dapat manfaat dan akak pun dapat ilmu juga cam ne nak handle nabila ti....so kalolah ada mmber atau sedara mara akak yg ada anak OKU nie, pastikan dyerorg daftar ngan JKM dan PDK, hah! lagi 1 akak lom terlmbt lagi, nabila pun baru dua tahun so masih awal dan perlu bertindak sekarang so akak da wat keputusan yg terbaik lol.....so hope nabila sihat sentiasa aminnnnn......