Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

08 October 2009

Nabila Dan Rambut Baru..

Tengahari tadi, aku terima panggilan telefon dari adik aku, Ain. Katanya ada wanita cina datang rumah. Dan wanita cina tu dah buat sesuatu pada Nabila.

Aku pelik. Pastu Ain ketawa dalam telefon. Rupanya wanita cina tu datang dari rumah ke rumah..tanya nak potong rambut ke idak. Dan mak pula tak tanya aku dulu. Cadangnya aku nak simpan sket rambut Nabila tu. Kasi panjang sket. Tapi mata orang tua..bukan suka serabut serabai ni.. Abis la kepala Nabila. Rambut yang disimpang bakal di buang..huhu..

Tengahari aku balik..Sebab hari ini ada appointment dengan Puan Siti, bahagian fisioterapi. Terkejut beruk aku tgk rambut Nabila. Pendek yang amat..dan kepala Nabila nampak kecik je..huhu..Mak..sian kat cucu mak ni..Napa mak potong pendek sangat..huhu..Baru je yong nak bagi Nabila ni comel cam bb gurl sket..dah cam bb boy plak..huhu..

Dah tu..takkan nak meraung plak kan..terima jelah..Plak tu bising mulut mak bercerita kata Nabila baik sangat masa potong rambut. Tak macam kat Cheeky Monkey aituh..hehe..pandai pulak tukang gunting tu amik hati Nabila..diam plak tu bila orang pegang kepala dia..hehe..

Adik aku plak tak amik gambar dia masa dia kena potong rambut..ni ada sket gambar sesduah potong rambut..huhuhu..

huwaaaa..Nabila dah berambut pendek balik..huhu..nampak kepala nan kenit tuh..


p/s : aku gi balik Fisio..walaupun tak bawa kesan pada Nabila..aku gi jugak..Nanti doc kat Pediatrik marah pulak kalau jarang pegi..huhu..

07 October 2009

Tiada di rumah & Nabila dah pandai....!

Sabtu Ahad ini, Nabila akan bersama neneknya di Gombak. Aku terpaksa ke Port Dickson atas urusan kerja. Menjadi urusetia untuk Kursus ISP anjuran Seksyen Teknologi Maklumat. Aduii..lama benar tak keluar bekerja pada Sabtu dan Ahad. Seingat aku..kali terakhir aku berkorban kerja hari cuti adalah ketika aku masih bekerja di Jabatan KEMAS. Kerja di situ banyak menuntut aku supaya bekerja lebih masa di hujung minggu. Maklumlah berkhidmat dengan masyarakat..ada sahaja majlis anjuran jabatan yang terpaksa aku hadiri.

Namun kali ni, aku tidak lagi risau meninggalkan Nabila.Mungkin rindu..yelah..setiap malam..Nabila pasti tidur bersama aku..Camner ni Nabila..Camner Ibu nak tido..Tak dapat la Ibu nak peluk Nabila nanti..huhu..

...
..
.


Apapun..bila di fikir-fikirkan , anak dara aku ni dah semakin membesar. Dan SEMAKIN BIJAK! Alhamdulillah..berkat doa setiap hari..usaha yang tanpa jemu..sudah mula membuahkan hasil..walaupun tak banyak mana..cukup buat aku dan abg bahagia.. :)

Nabila dah mula cuba menggunakan tangan untuk posisi merangkak. Walaupun Nabila masih lagi belum boleh merangkak..aku selalu lakukan posisi merangkak untuk dia..Dan tangannya semakin berfungsi. Mula menegakkan tangan bila di letakkan. Namun hanya bertahan sekejap sahaja..Kemudian..dia mula melembikkan diri dan berada di posisi seakan sujud .. huhu .. Takpelah.. janji buatkan!

.

Semalam Nabila marahkan aku..Geram sebab aku sumbatkan vitamin dan ubat lactul pada dia..huhu..Nampak betul kemarahan dia pada aku..Tak baik tau nak..dosa tu..alah..takpe sayang..ibu faham..Nabila tak suka kan..Tapi Nabila kena makan..camner berat tu nak naik.. Nabila tak nak gemuk yek..Nabila kesian kat ibu yek..Takut ibu letih angkat Nabila yek..pagi-pagi nak naik umah nenek..tu ah..umah nenek tinggi sangat..huhu..tak larat Ibu nak naik..Nak belikan umah untuk nenek..ibu tak cukup bajet..huhu..Teringin nak belikan umah bawah untuk mak dan ayah..Kalau gaji besar mesti boleh dah..huhu..

.

Yang pasti aku aku akan merindui wajah ini bila hujung minggu nanti ..

Tak hengat donia si Nabila nih tido..hehe..mcm surrender cam baru lepas kalah perang..hahaha!


Tah camner gaya tido nih tah..siap tongkat dagu lagi..hehe..


Tgklah ibu..kalau Nabila dah pandai sok..abis la umah kita..hehe..

03 October 2009

Balik Ipoh kejap..dan ke Gedangsa..

Jumaat lepas, aku dan abg pulang sebentar ke Ipoh. On the way dari KL ke Rawang, aku 'stuck' dengan jalan sesak yang teramat teruk. Cadangnya nak ikut Templer Hill. Malangnya bila terkenangkan jalan di hadapan Tesco yang bakal sesak..disebabkan pembinaan jalan di situ, aku berubah angin. Lalu di Sungai Buloh dan niat ingin terus naik highway. Tapi aku dah tersekat di Kepong..Aduhai..dah la bawak kete ayah pulak tu. Kete ayah tu masalahnye pedal clutch yang sgt-sgt ketat..huhu..lenguh gak kaki ni menahan..klu kancil senang je..ringan ..ni bawak kete besau..huhu..tahan je lah..

Nabila pula time tu diam pada mulanya..dan setelah tiba sahaja di highway, Nabila merengek..dan seterusnya menangis kuat. Aku risau jugak..manalah tahu kan Nabila kena gigit ngan binatang ke, atau apa-apa ke..dah la baru pas maghrib time tuh..Sudahnya aku berhenti jugak di R&R Rawang. Dan setelah di periksa..Nabila rupanya 'membuang'..huhu..kelam kabut jugak aku pindahkan Nabila ke seat belakang. Rasanya tak sempat untuk aku ke wash room..salin dalam kereta je la..selesai 'urusan' Nabila, nak minum susu pula. Dan sesudah itu..aku teruskan perjalanan ke rumah.

Nasib baik jugaklah abg dah balik rumah. Abg jugaklah siapkan semua keperluan kami untuk pulang ke Ipoh. Oh ya, lupa nak cerita..kenapa aku dan abg pulang tergesa-gesa ke Ipoh. kami nak bagi kereta kat Ayah mertua. Ayah mertua aku 'accident' dengan lori. Nasib baik tak apa-apa..cuma kereta sahaja yang kemek. Ayah mengantuk bawa kereta sebenarnya. Letih sebab dah 2 hari tak cukup tidur. Kesian ayah. Takut betul bila dengar berita ayah accident. Syukur tak apa-apa..

Selesai kemas semua barang..kami bergegas pulang ke Ipoh. Aku bawak satu kereta, dan abg satu kereta.Mulanya abg suruh aku gerak dulu. Abg nak 'tapau' nasi goreng kat Bukit Sentosa. Aku mulakan perjalanan sendirian. Kereta agak banyak jugak..maklumanlah awal bulan..semua nak balik kampung. Sampai di Bukit Tagar..mata aku dah mengantuk..tu baru je 10 minit perjalanan..Nabila pula lena tidur di sebelah aku..Aduhai mata ni..bertahan lah..entah..mungkin aku letih barangkali.

Entah berapa kali aku telefon abg..untuk segarkan mata. Abg pula tak mengantuk 'drive' sorang-sorang. Selalunya dia yang mengantuk. Ni dah terbalik pulak. Dan aku pulak..berapa kali tah kereta ni terhuyung-hayang...Ya Allah..selamatkanlah perjalanan kami. Nabila sudah bangun ketika itu. Melepasi exit Behrang..memang mata bagai di suruh tutup..Aku telefon abg. Tanya hentian berikutnya. Abg kata jauh lagi..huhu..adui..penatnya. Dan alternatif aku..aku tutup radio..dan berzikir dalam kereta..bukan main kuat lagi aku berzikir..lagu-lagu dalam radio pun mcm dah tak lut dah..sudahnya..zikir la ubatnya..Namun..mata ni memang tak mau dengar kata..mau nak tutup jugak..dan tiba-tiba nampak hentian sebelah. Aku terus telefon abg dan beritahu aku berhenti di mana. Dapat saja parking..terus melabuh mata. Sian Nabila..sori yek nak, ibu tak layan kamu. mata ibu ngantuk sangat..huhu.

Abg sampai je, terus kami berehat dan makan nasi goreng. Bila dah jumpa abg..barulah segar..tengok jam dah pukul 11 malam. Kami teruskan perjalanan. Mulanya perlahan sahaja. Dan mungkin abg mengantuk pula..Abg tanya nak laju ke pelahan? Bila tengok jam dah larut malam..terpaksa la laju sket..Apa lagi..laki bini 'berentap' la kat highway..hehe..Bila abg kat depan..barulah segar mata aku..

Sampai rumah mak mertua aku, borak-borak sebentar..dan kemudian ajak Nabila tidur. Tapi Nabila nak main lagi ngan atuk dan opahnya..huhu..Tido la yek nak..ibu ngantuk ni. Esok nak gi Gedangsa pulak..Dah janji ngan Faizal jumpa kat Balai Polis Behrang, jam 6 pagi.

Aku terlewat bangun.Gerak dari Ipoh jam 5 pagi. Terus mesej kat Faizal..maybe lambat sket..kata kami dari Ipoh. Dan terus Faizal membalas yang dia menunggu kami di Tapah. Jumpa sahaja di R&R Tapah, kami tapau makanan sket dan terus bergerak menuju ke rumah Kak Raw. Alhamdulillah..no. giliran tak jauh sangat..cuma Kak Raw lambat mula, jadi giliran kami sampai tengahari jugak lah..Dan hujan lebat pulak tu di Rumah Kak Raw..Agak sejuk jugak lah situ.

Selesai urusan Nabila dengan Kak Raw..kami pulang ke Rawang semula. Dan Faizal sekeluarga bergerak menuju ke Tapah. Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar..dan Faizal juga sudah dapat petunjuk baru tentang Irfan. Bila di fikirkan kesian pada dua anak ini. Mungkin sudah berjanji dengan Allah..mahu harungi segala dugaan di dunia ini barangakali. Sebagai ibu dan ayah..bantu sedaya upaya..sehabis mungkin untuk anak ini. Sabarlah Nabila dan Irfan..Kamu sememnagnya anak yangh KUAT!


01 October 2009

Terapi mata.

Setiap perkara yang aku kongsikan dalam blog ini adalah keinginan aku untuk lihat Nabila pulih. Dan aku harap setiap apa yang aku lakukan akan dapat mengubah nasib Nabila.

Aku sangat-sangat khuatir dengan mata Nabila. Kadang-kadang hampir buntu memikirkan cara untuk pastikan Nabila sentiasa fokus bila memandang keadaan sekelilingnya. Namun aku tiba-tiba mendapat idea ini. Itupun aku terkenangkan apa yang Ita pernah katakan pada aku dahulu.

Di hospital Serdang, satu bilik khas untuk terapi mata ada disediakan. Malangnya di Sungai Buloh pula tiada. Pernah aku suarakan perkara ini kepada Puan Sally supaya kemudahan ini dapat di nikmati oleh semua anak yang senasib Nabila. Sayangnya Puan Sally kata equipment untuk menyiapkan bilik itu agak mahal kosnya. Sedih..apakan daya..aku perlu lakukan sesuatu.

Dan Ahad lepas, semasa berjalan di OU, kami melintas di hadapan Jusco bahagian household.. Dan ternampak lampu kelip-kelip di 'display' untuk hari raya. Dan tiba-tiba terngiang-ngiang apa yang Ita kata pada aku. Kata Ita, di Serdang, satu bilik khas dipasang pelbagai lampu dan bilik itu di gelapi dengan langsir hitam. Sangat-sangat gelap..dan hanya lampu-lampu sahaja yang menyala. Lampu-lampu itu bertujuan untuk mengajar fokus mata. Dan aku terus menyuarakan hasrat untuk buat bilik seperti itu di rumah. Namun kata abg..tiada bilik yang sesuai digunakan. Lagipun seeloknya buat ketika Nabila sedang berehat atau bermain. Bilik di rumah pula semuanya penuh. Satu dijadikan guest room dan satu lagi bilik solat. Almaklumlah rumah kecil..bilik pun tak banyak.

Nak dijadikan cerita, abg mencadangkan agar lampu itu diletakkan sahaja di dalam bilik tidur kami. Mulanya aku tak bersetuju, namun setelah di fikirkan, apa salahnya kami menggunakan bilik tidur kami. Agak berselirat dan berserabut, namun demi Nabila, aku pejamkan sahajalah mata ini. Dan semalam abg dah memulakan operasinya. dan hasilnya..

gantung macam biasa je..hurmm..nampak serabut..tapi untuk Nabila aku buat apa sahaja.biarlah..buruk pun buruk lah bilik ni..hehehe..terang jugak lampu-lampunya..lupa nak cakap..aku beli lampu yang jenis bentuk bola punya..bola tu mcm kristal..nampak cantik bila cahaya dia kena kat dinding putih..hehe..


Alhamdulillah..Allah telah beri aku satu jalan untuk Nabila..Dan thanks to Ita, sudi share tentang kaedah tu pada Ina..Mungkin nampak pelik..tapi itu untuk kebaikan juga kan..?takpe..kita cuba mana yang terbaik..

Tu sahaja yang aku nak cerita tentang terapi mata Nabila.. :)

30 September 2009

Kuatkah aku?..Tersinggungkah aku?

Ahad lepas, kami ke OU..Tujuan hanya satu..membeli puting botol susu Nabila yang semakin 'nazak'. Puas jugak mencari di kedai-kedai lain sebelum ini..juga mencari di area Rawang..Namun tak berhasil..Entah kenapa susah benar mencari hingga terpaksa ke OU Ahad itu.

Sambil menyelam minum air..kami membawa Nabila berjalan-jalan di sekitar mall..suka benar dia..Suka nampak lampu-lampu kedai barangkali. Kami masuk sebentar ke Jusco kerna ingin membasuh botol susu Nabila dan ada satu barang yang perlu kami cari. Selesai di baby room, kami keluar dan cadang untuk terus melangkah keluar dari Jusco, kami di sapa oleh seorang wanita agak berumur. Mungkin geram melihatkan Nabila yang sedang baring di dalam stoller sambil tersenyum-senyum, maka wanita itu menegur kami. Dan bertanyakan umur Nabila. Namun kata abg (sebab abg je yang tengah layan wanita tu) bila dia mengetahui umur Nabila sudah 1 tahun 5 bulan, dari riak muka jelas kelihatan yang dia mahu bertanya lanjut.. namun..mungkin soalan tu tersekat di kerongkongnya dan dia senyum pada kami dan terus berlalu. Pelik baginya..

Secara fizikal..Nabila nampak seperti ok, namun bila di lihatkan betul-betul..jelas kekurangan Nabila di situ. Bagi aku..Nabila memang sempurna..walaupun tidak pada orang lain. Namun..kadang-kadang..segelintir sikap orang kita seolah-olah tidak boleh menerima anak seperti Nabila. Apa yang nak dipelikkan..dia juga manusia. Cuma kadang-kadang mata orang-orang yang memandang..buat kami sekeluarga tidak selesa untuk ke mana-mana. Bukan tak boleh menerima hakikat..tetapi orang di sekeliling dia lah yang patut menerima hakikat ada orang lain yang kurang bernasib baik. Orang seperti Nabila lah patut di lindungi dan di kasihi..Besar pahalanya jika berbuat baik pada anak-anak ini. Tak perlu lihat contoh-contoh jauh..lihat sahaja pada diri aku.. dahulunya sebelum kelahiran Nabila, begitu sukar untuk dapat kerja tetap..Namun melahirkan Nabila..membesarkan dia dengan penuh kasih sayang..buat rezeki aku bertambah-tambah.. Cuba tanya juga pada rakan-rakan aku yang punya anak senasib dengan Nabila. Pasti mereka juga akan berkata perkara yang sama.. :)

Selepas insiden di Jusco, masih ada juga yang memandang..Namun..aku tak ambil peduli. Bak kata sepupu abg.. NABILA ADALAH 'MAIN ATTRACTION'. Kemana sahaja aku dan abg bawa dia, ada sahaja yang menyapa..Wajahnya yang comel buat semua sejuk hati melihatnya..tambah pula..dengan senyuman..lagi ramai yang suka padanya..Namun pabila mengetahui kisah dia..semua sayu hati. Betul..inilah pengalaman aku sepanjang membesarkan Nabila.

Tersinggung atau terasa dan jadi sebati dalam hati aku..Rasa sudah lali dengan apa orang kata tentang Nabila..atau beri pendapat tentang Nabila..APA SAHAJA.. macam dah kebal..tapi kebalkah aku?Usah di katakan lagi..air mata terlalu banyak yang tumpah dek kerna Nabila. Kasih sayang Aku dan Abg pada Nabila teramat tebal. Biarlah Nabila macamana keadaanya sekalipun..hati tetap utuh dan terasa semangat untuk besarkan Nabila.

Kawan-kawan yang senasib..kita di landasan yang sama.Mungkin ada yang kena lebih teruk lagi berbanding pengalaman aku dan abg dalam membesarkan Nabila. Bagi aku..kalian adalah ibu dan ayah yang hebat..Masakan tidak, Kenapa ALLAH berikan semua ini kepada kita.. :)

p/s : ada projek baru untuk Nabila..dah siap pun..cuma mungkin agak kelakar la klu sesapa yang tengok apa yang kitaorg buat tentang mata Nabila..hehe..nantilah aku ceritakan yek :)

28 September 2009

Pulang ke Sarang..

Bermula hari ini..bermulalah kisah aku dan Nabila berulang alik dari Rawang ke Gombak..dan juga ke tempat kerja..Aku pernah lakukan perkara ini dulu..semasa Nabila berumur 5 bulan tetapi aku tinggalkan dia di nursery berdekatan dengan rumah Rawang. Namun kali ini keadaan agak berbeza..Keluar awal pagi untuk ke rumah mak kerna masuk kerja jam 7.30 pagi. Bukan tak boleh masuk WP2 atau WP3, bagi aku, adalah lebih baik aku pergi awal..dan pulang awal..Tidaklah aku bersesak-sesak di jalanan. Sekurang-kurangnya kurang la satu kereta di jalan kalau aku pulang awal..hehe..

Apapun percubaan tadi agak baik juga..Nabila yang tadi di jaga oleh Atuknya, hanya sempat memberi Nabila susu yang aku kira sedikit kuantitinya. Aku agak risau Nabila menangis..merengek..Alhamdulillah..nampak ok..dia main-main sahaja. Kemudian menyebut perkataan "buuuuuu' dalam nada yang panjang..huhu...Sabar jelah..Nasib baik tengah bawak kereta..kalau tak..mau aku 'gomol' si Nabila nih..hehehe..

Harapnya segalanya baik-baik sahaja. Aku siap berpesan pada Nabila agar duduk baik-baik..dan jangan banyak kerenah..menangis buat aku hilang tumpuan ketika memandu..huhuhu..

Apapun doakan kami sentiasa dalam keadaan selamat pergi dan balik yek.. :)

p/s : kami sememangnya sudah lama ingin 'pulang ke sarang'.Masih ada juga yang tak faham kenapa aku duduk di rumah mak dulu..dengan meninggalkan abg keseorangan.Agak kasar juga kata-kata itu..namun ku telan juga..Kata Abg, orang itu tak paham masalah kita!

23 September 2009

Wajah-Wajah di Hari Raya..

Alhamdulillah..Kami selamat sampai ke Rawang petang semalam. Bertolak dari Ipoh tengahari dan singgah sebentar ke rumah untuk letak beg dulu. Sebabnya nak amik barang-barang di rumah mak di Gombak pula selepas itu.

Di kampung abg memang meriah dengan suasana hari raya..terutama bersama mak ayah mertua..dan adik-adik..Tahun ni..lengkap semua adik beradik ada di rumah..tidak seperti tahun-tahun lepas..raya cuma ada adik yang ke 3 dan ke 4, disebabkan adik yang ke 2 dan ke 3 masing-masing masih lagi belajar..Yang ke 2 di U.K dan yang ke 3 di Bintulu.

Dan banyak perkara-perkara menarik sepanjang beraya di Bota..makan beramai-ramai..beraya..memang meriah..tak lupa juga di rumah makcik abg di Ipoh..sangat-sangat meriah dengan telatah anak-anak buah dan sepupu-sepupu yang ramai..

Ada juga rumah yang tak dapat kami kunjungi seperti di sebelah ayah mertua aku..tak berkesempatan nak berjumpa sebab terpaksa pulang awal..Abg dah mula keje hari ini. Memang tak best!..Kalau tak, boleh duduk lama lagi di Ipoh. Yelah bukan selalu dapat duduk lama kat rumah mak mertua..Pulak tu kesian kat mak ngan adik-adik..tak puas bermain dengan Nabila.. Apa nak di buatkan..abg sibuk nak keje..huhu..

Apapun..layanlah gambar-gambar Nabila ni yek..hehe..

Inilah family abg a.k.a family mertua aku..hurmm..baru lengkap..semua ada..Thanks yek mak ngan adik2..sanggup cari baju warna ungu semata-mata nak sama ngan baju Nabila.. :)


Ni on the way nak balik Ipoh..Abg agak mengantuk malam tu sebab siangnya sibuk tolong aku memasak di dapur. Amik adik di KLIA dulu..dan terus gerak ke Ipoh..



Wajah-wajah di raya pertama

Wajah-wajah di raya kedua