11 June 2009

Keputusan tentang sawan Nabila...

Assalamualaikum..hari ini..Nabila,aku dan abg ada appointment lagi..minggu ni sahaja 3 kali apppointment Nabila berlaku serentak..Fisio,OCC dan Pediatrik. Dan hari ini di Pediatrik..

Tujuannya satu..tentang kes Nabila yang berlaku 2 minggu lepas..masuk ke Emergency sebab sawan yang kerap..Perjumpaan kami dengan Dr.Karmini kali ini agak singkat.Aku menunjukkan video yang aku rakam dan kebetulan dalam video tu Nabila diserang sawan.Dan dia terus membawa handphone aku untuk ditunjukkan kepada yang lebih pakar tentang hal ini..Aku dan abg menunggu di bilik doktor dan Nabila pulak baru bangun tido..Tadi masa menunggu giliran tadi..merengek-rengek gak nak tido..agaknya sejuk pasal aircond kat Sg.Buloh ni mmg 'terlampau-lampau' sejuk..Org dewasa pun tak tahan..

Dan keputusannya..matanya yang berkedip-kedip itu memang sawan..Aku dan Abg memang dah bersedia dengan berita ini..Pada endapat doktor..jika Nabila diserang mata kedip-kedip itu dengan diiringi ketawa dan senyum..mungkin itu bukan sawan. Tapi Nabila seolah-olah 'lost' bila diserang..dan pastinya doktor menjangkakan yang itu sawan..Maafkan ibu Nabila..sebab ibu pun tak pasti apakah itu sawan atau tidak..dan ibu lambat bertindak..

Setelah dengar segala penjelasan doktor tadi..aku dan abg diberi satu surat..surat untuk melakukan EEG test..yang sememangnya aku ingin lakukan pada Nabila..dan ujian itu dilakukan pada Jumaat nanti (26 Jun 2009).Aku dan abg terus membawa surat itu ke bahagian klinik pakar di tingkat 2 iaitu klinik neurologi..first time aku ke situ..Dan kelihatan tidak ramai disitu..Kami melangkah masuk ke klinik neurologi dan ada gak mata-mata yang memandang kami..pelik kot..tengok Nabila masuk ke klinik tu..

Dan kami berjumpa dengan juruteknik yang menjaga alatan untuk ujian EEG itu..Dan dia memberi tarikh yang sesuai untuk datang..Tapi keputusannya mungkin lambat.Sebab dekat Sg.Buloh tak ada pakar yang boleh membaca result test itu..Result itu akan dihantar ke HKL untuk di refer ke bahagian neuro disana..aduhai..mesti lama lagi nak tau keputusan dia..Abg bertanya kalau-kalau nak buat terus kat HKL macamana? Budak tu cakap..sama aje kalau nak buat sana..takut lagi lambat lagi sebab kat HKL lagi ramai..emm..nak wat camner..tunggu ajelah..

Apapun..ada berita baik dan buruk yang berlaku pada kami hari ini..Aku berdoa dan berharap agar segalanya berjalan baik dan lancar..Amin...

9 comments:

Jiey^Mien said...

Dear, hopefully everything will turn out to be great for Nabila.. =)

Leen Die said...

auntie leen berdoa semmoga semuanya selamat yer..sayang nabila..

zh-ena said...

semoga semuanyer berjalan ngan lancar..nabila cpt sembuh tau..sayang nabila

Liana said...

Noina...Tabahnya kamu....
Apapun ummi hanya mampu mendoakan yang terbaik buat Nabila

SyahNur said...

insyaallah, semoga segalanya berjalan lancar & dipermudahkan.. semga nabila cpt sembuh!

Hazlina Shahrel Mummy Fia said...

tabahkan hati kuatkan semangat ye nabilah sayang...

rynas said...

semoganya semuanya selamat dan tabah menghadapinya.

Noina said...

untuk semua : harap2 semuanya berjalan lancar dan baik2 sahaja..Amin..terima kasih kawan-kawan..tanpa kalian..mungkin ina sukar untuk hadapi semua ini...

SuRiA said...

erm nak tanye apa punca mata dia berkedip-kedip tu n mcm mana plk dia dikatakan sawan just 4 information...my baby ade kedip2 mata satu hari tu la tp x tahu lah knape mase tu papa dia agah dia may b dia terkejut sampai tido bila we all ckp mengadap muka dia mest dia kedipkan mata..but now dah ok just nak tahu mcm mana erk ur baby

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...