17 September 2009

Nabila Demam dan kembali ke Rawang..

Lama tak update blog..bukan malas..tapi banyak perkara yang terjadi dalam hampir seminggu ini.

Jenguk blog rakan-rakan yang lain..semua dah start dengan ucapan raya..Ingin jugak buat kad raya khas untuk semua bloggers..tapi masih belum berkesempatan..update kali ini pun aku terpaksa menunggu Nabila tidur dulu..

Khabar Nabila..? Isnin lepas, Aku dan Nabila gerak dari Rawang ke Gombak sesudah subuh..kerna tak larat untuk membawa kereta di waktu malam Ahad itu. Mengantuk akibat kekenyangan :) . Dan maklum sahaja parking di rumah mak sudah pasti penuh malam itu..Jika aku balik juga sudah pasti aku akan dapat parking yang agak jauh dari rumah. Dan keputusan di ambil, aku pulang pada pagi Isnin.

Malangnya, kata mak..sebaik sahaja aku ke tempat kerja pagi itu..Nabila diserang demam. Aku ada juga terfikir adakah sebab dia jatuh dari rocker Sabtu lalu menyebabkan dia demam? Namun sangkaan aku melesat pabila difikirkan hari Ahad itu, Nabila masih lagi sihat dan bermain-main seperti biasa. Dan aku mula memikirkan sebab musababnya. Dan jawapannya..

Nabila mungkin kesejukan di dalam kereta sewaktu kami on the way pulang ke rumah mak. Aircond dalam kereta itu memang paling pelahan aku buka. Namun..disebabkan baru di servis..maka kesejukannya agak melampau juga..Dan aku membuka juga sedikit tingkap..supaya udara sejuk itu keluar..namun tidak berhasil..udara disepanjang jalan juga agak sejuk pada pagi subuh itu.

Dan demam Nabila berlarutan sehingga hari ini. Hari ini sepatutnya aku masih lagi bekerja.Aku akan mula bercuti raya pada sabtu nanti. namun..kasihankan Nabila..dan dirumah mak semuanya sedang demam sekarang ini..adalah lebih baik aku 'kuarantinkan' sahaja Nabila di rumah Rawang..Risau juga demam Nabila yang masih tak kebah-kebah..

Dan bermula Selasa lepas, aku berulang alik dari Rawang ke tempat kerja. Aku cuba untuk menyesuaikan diri..walaupun kata Abg, belum masanya lagi untuk aku berulang dari Rawang ke KL. Namun kasihankan abg dan berfikir sampai bila aku mahu duduk di rumah mak, aku nekad. Penat memang penat. Nak buat macamana..Aku rasa Nabila pun nanti akan faham kenapa aku buat macam ni.

Ada juga yang bertanya pada aku..kenapa aku tidak sahaja beli rumah di KL? Jawapan aku singkat sahaja.. Dan rasanya ramai yang tahu..rumah di KL mahal..dan rasanya aku dan abg yang bergaji kecik ni memang tak mampu beli rumah di KL. Aku mahu mencari rumah bawah..dan kiteria tersebut tiada di KL. Faham-faham sahaja rumah di KL semuanya umah-atas-langit. Bukan tak biasa..Sudah jemu kataku. Muak dan jelak..sebab sejak dari kecil duduk di rumah atas!..kali ini ingin juga merasa rumah bawah.. :)

Apapun..doakan sahaja perjalanan aku dan Nabila berulang alik setiap hari selamat.. :) Kali ini bermulalah kehidupan sebenar aku sebagai isteri dan ibu di rumah ini.. :) Dahulu..rasa tak lengkap..sekarang segalanya perlu dilakukan sendiri..Itulah cabaran namanya..!

5 comments:

LYaFRINA said...

akak...harap trus tabah.. kdang2 tu mmg kptusan y kt nk buat ni tlalu ssah.. ape2 pun,, akak buat la ikut kate hati.. mybe itu lg baik.. Lya akn sntiasa doakan kesejahteraan nabila.. dikesempatan ni.. lya ingin ucapkan
" Slamat Hari Raya Aidilfitri"
MAAF ZAHIR & BATIN..

kakcikseroja said...

Salam Noina..

Selamat Hari Raya buat Noina sekeluarga.. Semoga terus bahagia di samping keluarga tercinta.. dan mimpimu tentang Nabila boleh berjalan akan menjadi kenyataan jua nanti, InsyaAllah...

IeYzA said...

semoga nabilah cepat sembuh dari demam....amin

ieda said...

noina..
semoga nabila cepat sembuh.
selamat hari raya aidil fitri
maaf andai pernah tersilap kata.

ibuayu said...

semoga nabila cepat sembuh ye...takpelah ina penat sikit..Semoga ina semakin tabah ye.

Selamat Hari Raya dari akak and Maaf Zahir Batin.Salam sayang untuk nabila.

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...