12 September 2009

Pelbagai perasaan!

Hari ini, rasa bercampur-aduk perasaan aku. Gembira ada, sedih ada, cemas ada.Penat tapi puas (tapi ini bukan perasaan tau)..kenapa? Banyak perkara yang berlaku hari ini.

Sepanjang hari ini, aku dan abg agak sibuk. Pagi-pagi sesudah abg pulang dari kerja, aku menyatakan ingin memasak sahaja di rumah. Dan menu pertama yang terlintas di fikiran aku adalah chicken chop..(hahaha!)..macam lah pandai masak!..

Dan terus sahaja aku aku terfikir untuk menjemput kawan-kawan aku semasa belajar di Adtec dulu. Namun..menu chicken chop tu tak dapat dilaksanakan kerna tak dapat resipi yang sesuai dan rasa macam tak sesuai pulak nak makan ketika berbuka.

Lantas, terfikir untuk masak ikan siakap 3 rasa, tomyam dan telur dadar. Cukup! dan ditambah dengan jus tembikai yang dibuat oleh abg..buat semua berselera.

Tengahari..sesudah selesai membasuh baju, aku dan abg terus ke NSK Rawang. Mak aii..ramai tul orang membeli barang dapur. Naik lenguh juga memegang Nabila sebab malas nak bawak stroller di tempat yang sesak larat tu! Dan akhirnya Nabila terlena juga di bahu aku..letih barangkali sebab asyik di dukung dan badan di kepit erat sebab suka sangat tolak badan ke belakang. Sori yek Nabila.. Kamu tu yang suka sangat melonjak!

Selesai membeli barang dapur, terus naik highway balik ke rumah. Sebelum tu, kami singgah ke Grand Union dulu, sebab ada barang yang takde di NSK tadi. Dan sewaktu nak melangkah keluar, aku singgah untuk melihat tudung. Wanita yang menjual tudung itu, menegur Nabila. Katanya Nabila comel. Dan bertanyakan Nabila berumur brapa? Aku jawab seperti biasa..1 tahun 5 bulan. Dan dia bertanya lagi. Nabila dah pandai apa? Bab ni lah yang paling aku malas nak jawab bila siapa-siapa yang bertanya kat aku. Namun bila fikirkan akak tu pun bukan kenal aku sangat. Aku pun cakap la yang Nabila ada masalah. Aku ingatkan dengan jawapan tu, boleh la aku blah dari tempat tu..namun sangkaan aku meleset. Akak tu bertanya lagi tentang Nabila..

Aku bukanlah seorang yang berat mulut dan malu bila orang lain bertanyakan tentang Nabila pada aku. Bahkan aku memang suka kalau aku bercerita tentang Nabila pada orang lain. Bukan sebab nak mintak simpati..Suka nak tengaok pandangan orang lain tentang Nabila. namun..bertanya itu perlulah ada batas-batasnya.. Nabila juga bukan mahu dilahirkan begini.

Apa yang akak itu tanyakan pada aku, sikit pun aku tak rasa tersinggung. Malah dia memberi semangat pada aku dan abg untuk terus membesarkan Nabila seperti anak-anak yang lain. Aku bersyukur sangat sebab ramai yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Nabila. Walaupun pada hakikatnya ada sahaja yang tak suka pada anak istimewa..namun AKU PEDULI APA! mereka tidak melalui apa yang aku dan abg rasa dalam membesarkan Nabila. NABILA BUKAN BEBAN BUAT KAMI!

Selesai dengan akak tu, naik sahaja dalam kereta, aku terkenang apa yang dinasihatkan akak tadi tu. Air mata aku hampir sahaja menitis bila melihatkan Nabila. Apakan daya..semua ditakdirkan dan aku tak patut pandang kebelakang lagi.

Kami terus pulang dan bersedia untuk masak. Kawan-kawan aku juga telah beri persetujuan untuk berbuka bersama. Lama betul tak buat makan-makan kat rumah. Alhamdulillah, kehadiran Eawan, Kak Milia, Midah, Ayie dan si kecik comel..Aisyah..meriah sekejap la umah aku nih. Belum pernah lagi jemput sesapa datang ke rumah untuk makan nih..hahaha!

Dan semua lauk-lauk juga hampir selesai..Alhamdulillah..nasib baik tak termasin sgt ke, atau kurang gula ke..yelah..pose..bukan leh rasa-rasa masakan yang kita masak. Pulak ajak orang datang..hehe..klu makan berdua je..masin ke keras ke..telan je..ni ajak orang..hehe..malu skit.. :)

Lupa nak cerita ..sewaktu aku sibuk-sibuk dengan abg kat dapur, aku letakkan Nabila di dalam rocker nya. Dia main-main sorang diri di ruang tamu. Entah macamana, bila aku ke ruang tamu semula..aku menjerit.. ! NABILA DAH JATUH DARI ROCKER! Dan paling buat aku terkejut sekali ialah..Nabila langsung tak menangis. Aku tanya pada abg sama ada dia meletakkan Nabila di atas tikar. Kata abg, tidak. Macamana Nabila boleh jatuh dari rocker. Pulak tu tak nangis plak tu..hurm..musykil nih..sampai sekarang ni aku dan abg masih pikirkan camner Nabila boleh jatuh. Check jugak kepala dia..tgk ok je..huhu..Takutnya ibu, Nabila..rasa menggeletar angkat Nabila tadi..


p/s : Malam tadi aku dan abg dapat mimpi yang hampir serupa. Nabila yang semakin cerdik dan tak disangka-sangka boleh berjalan :) Bila di ceritakan pada abg pagi tadi, dia pun dapat mimpi yang hampir sama seperti aku.. Alangkah bahagianya hati bila mimpi itu menjadi kenyataan :)

14 comments:

ibuayu said...

Alhamdulilah.Semoga mimpi itu menjadi kenyataan.Macamana ye nabila tu jatuh tak nangis.akak pun ikut musykil

Rofaizal Jaafar said...

Sedap kan siakap masak 3 rasa tu.. Ada tomyam lak tu.. Ala.. kalau tak malu ajak la Irfan ngan family dia datang makan.. Tak tolak rezeki punya.. Hehe..

Abis tu Nabila takde apa2 ke lepas jatuh dari rocker tuh.. Tak nangis pulak tu.. Yea.. Good gurl.. Nabila mmg kuat..

Moga mimpi2 korang dimakbul Allah.. Kami pun harap Nabila cepat2 sembuh tau.. Nanti leh main2 ngan Irfan.. InsyaAllah..

cd said...

Salam,
Semoga Puan dan suami tabah hadapi ujian.
Amatlah besar ganjaran dari Allah.
insyaAllah

Noina said...

ibuayu : Amin :) . tu lah pasal..sampai sekarang ni kitorg tak tau lagi camner dia leh jatuh..tak nangis pulak tu..elok je mainnya pas jatuh tu..sikit pun tak bunyi apa..huhu..

faizal : hehe..sodap sampai menjilat jari..hahaha..Insyaallah klu ada rezeki lebih nak wat makan2 gak..ajak kengkawan..hehe..
Tahlah..camner leh jatuh tah..dia ni mmg lasak klu kat rocker..dia baring sambil tu mengesot nak keluar..tah camner jatuh ina pun tak pasti..

cd : salam perkenalan..terima kasih.. :)

Jiey^Mien said...

InsyaAllah Ina.. Nabila mesti dpt capai apa yang Ina & hubby impikan..

JIey lagi best hari tu.. Dlm cab nk gi SOGO, pakcik cab tu bleh plak tanya, Cacat apanya anak kamu ni? Dah bleh berjalan ke?

Bila Jiey jawab belom, dia sound balik, "Oohh.. Lembab la neh.."

Amazingly, tak terasa pulak hati ni.. Kalo tak mesti syahdu jer.. Muahhahah.. Lantak ko la pakcik.. Ni mesti ko tak brp nk educated nih.. Oopss.. Hover plak.. :P

Noina said...

Jiey : Amin..hurm..betul..skrg nih apa org ckp dah malas nak amik port..lantak dorang lah..kita nih kira dah kebal la gak yek Jiey..Tahan dah apa org kata kat anak kita..hahaha!

Hot Mummy said...

comelnye nabila!! putih melepak mcm ibunye. saya pun ade sorang sepupu n anak buah yang mcm nabila. tapi, dorang sumenye bijak2!!!

LYaFRINA said...

askum kak... ntah2 nabila dh blh jln... manatau kan... dia nk buat suprise utuk ibu n ayah dia... mcmane dgn psiapan raye utk nabila???
dh beres k???

Rose Nieza said...

hai noina, saye br je bace post awak ni.saje nak share.my fren anak die pernah gak jatuh katil, pastu bile bwk g jumpe doc, doc ade tanye, baby nangis x after jatuh.doc ckp, kalo jatuh, baby mesti kena nangis. just for precaution, awak jumpe la doc, and bgtau ur case yer.
Sharing Is Caring. :)

nur rabiatul adawiyyah said...

insyaallah one day mesti nabila akan wat mama dan ayahnye ceria...

LYaFRINA said...

akak...
dkesempatan ni... lya nk mohon ampun maaf kalu ade tsalah bhs atau ape2 y myinggung perasaan akak.. n
slamat myambut hari raya aidilfitri..
maaf zahir n batin..

Drp:
Fain, Alya & Asya

Noina said...

Hot Mummy : hurm..betul..semua bijak2..budak2 camni walaupun dornag camnih..tapi dorang masih punya hati dan perasaaan..sangat bijak dan sangat alert jika sesuatu berlaku pada dorang :)

LyaFrina : alhamdulilah..baju Nabila dah siap dah semuannya..ayah dan ibu pun siap gak..haha!..tinggal nak raya je..kuih je mcm kurang sket kat umah nih..hehe..semua kuih tunjuk je..huhu..hurm..klu bleh jalan tu alhamdulillah sangat2..banyak kali dah dapat mimpi camtu.. :)

Rose Nieza : betul..memang risau sesangat nih..tapi isnin lepas dia demam..takut gak demam pasal jauth ke..rupanya kena aircond..sejuk barangkali..terima kasih yek..pas awak bagitau..terngiang-ngiang juga..terpikir2..takut la kan..Abg ckp..mungkin malaikat sambut dia..kan ahli syurga ..wallahualam..

Atul : Amin :) harapnya lah kan..sekarang pun gembira..cuma mahu lebih gembira lagi :)

LyaFrina : selamat hari Raya Aidilfitri..sama lah akak..akak mintak maaf klu terkasar bahasa ke dalam blog ni..mintak ampun dah maaf yek.. :)

MaMaQaYPo FaMiLy said...

Salam Syawal 1430H buat Noina sekeluarga..

Semoga terus TABAH menghadapi hari2 mendatang bersama Nabila tersayang...

Nana said...

asslamualikum...
saya terpanggil untuk berkongsi apa yang anda rasa...saya juga ada anak yang mengalami cerebral palsy..dan saya benar2 mengerti perasaan anda..saya yakin Allah maha Mengetahui dan disebaliknya ini pasti ada kebahgiaan serta kerahmatan lain untuk kita ibu-ibu yang membersarkan anak-anak sebegini yang kita sendiri tak tau apa dia dan bila ,dimana kerahmatan tersebut...wallahuallam .Semoga kita terus sabar dan gembira membesarkan mereka...bagi saya anak-anak sebegini sebagai angel yang suci bersih hatinya...dan merupakan amanah Allah yang paling bernilai untuk kita jaga dengan sempurna.Salam Perkenalan

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...