29 November 2009

Aksi sepanjang Cuti Raya Qurban..

Salam semua. Hari ini aku dah pun berada di Rawang. Abg dah start kerja. Kami tak berkesempatan pulang ke Ipoh. Cuti yang agak pendek.

Pagi raya, kami hanya di rumah sahaja. Makan dan makan dan makan..hurm..mmg lazat.. Mak buat rendang daging dan paru, Nasi Impit, Kuah kacang dan kuah lodeh..dan membangkitkan selera. Ayah pula tempah lemang dengan kawan makcik aku. Hurm..terliur rasa..mcm nak makan lagi :) . Tak puas la..

aksi Nabila di pagi raya..

Dan petangnya ..kami lepak-lepak sahaja di rumah dan jam 4 petang kami ke rumah moyang Nabila di Sentul. Menjenguk makcik aku yang akan jadi pengantin minggu hadapan.. :)

Aktiviti petang yang tak seberapa..Nabila dapat mainan baru! Bergambar sama dengan pakcik dan makcik Nabila.

Dan malam hari raya, aku teringin benar nak menonton wayang. Huhu..sangat sedih..sebab dah lama betul tak tengok wayang..Sejak Nabila lahir dulu..hurm..langsung cam takde masa nak bersosial ngan abg..hehe..hurm..lepaskan gian..kitorg gi OU. Tu je yang terdekat..Nabila kena tinggallah..Ibu nak dating ngan Ayah pulak.. :)

Sampai je kat GSC..ramainya orang..semua stail nak tgk midnight nih..Kitorg apa lagi..beratur la..tapi tak tau lagi nak tgk cerita apa..hehe..Tiba-tiba kami di sapa oleh 2 org budak perempuan. Tanya nak tgk cerita apa..Kitorg katalah kitorg tak tau lagi. Budak tu offer tiket cerita ini.. The Twilight Saga : New Moon.

Pikir-punya pikir..hurm..abg pun kata dia tak tengok lagi..hurm..belilah tiket kat budak tu..Seat pun agak depan..tapi still selesa lagi..hehe..cerita mmg best!

Hari Sabtu..Mak aku balik kampung. Nak hantar kad jemputan kawin makcik aku. Dan aku pula..memang nak keluar. Nak beli barang keperluan Nabila yang dah abis. Kat mana lagi klu bukan Sunway! hehe

Jalan-jalan..memang seronok. Sian Nabila..Dah lama tak gi jenjalan..slalu penuh je aktiviti sejak 2-3 minggu lepas. Nabila pantang betul gi shopping mall..melompat gedikss!

Ni la gambar2nya..

Nabila mmg suka betul..hehe..berjalan..sapa tak suka..!


Aku ada beli benda ni.. Murah je..tak sangka plak harga dia..Tapi silap betul la..tak test dulu sebelum beli..huhu..Nak tak nak petang ni kena gi Sunway balik la..Nak tukar..

aku dah excited dah nak pakai benda ni..skali tak leh guna..kecewa aku!


Hurm..pokok-pokok cactus aku dah mula membesar! Abg pun belikan pasu baru untuk pokok aku..hehe..dan dah alih dah ke pasu baru..cian pokok! tak cukup ruang!

barulah pokok aku leh membesar! Cuma ada yang satu tu je dah hampir nak mati..terlebih air kot!

Aku ada order mainan untuk Nabila.Beli kat sini . Alhamdulillah..sampai bungkusannya pada Khamis lepas. Dan mmg menarik mainan ni. Tgk saja gambar dia dah terpikat. Murah pun murah.. Hanya RM39.90 je..


26 November 2009

Sisa yang lama..

Hehe..suspen jer tajuk..Ingat sisa apa erk..huwaaa! Aku merana sepanjang minggu ni. Perut Nabila buat hal lagi..Tak moh 'MEMBUANG'.. (eeeeee...eerrrrrrkkkkk....)

Entah apa yang tak kena pada Nabila. Sejak Sabtu lepas tak 'membuang'. Huh! kita yang tua nih..klu tak 'membuang' pun sakit perut, inikan pulak budak tecik tenot nih!

Hurmm..tunggu punya tunggu punya tunggu..'ia' masih tak berkunjung tiba. Nabila pula..kalau perangai 'elok'nya dah datang..abislah umah aku..Puting beliung jadiknya..Abis semua di haruknya!

Isnin, sebelum ke tempat kerja..aku berpesan pada mak, supaya di beri Lactul pada Nabila. Hurm..masih lagi tak moh keluar gak..Dan dah kelihatan perutnya yang makin mengeras sebab dah 'penuh'..

Ambil sahaja Nabila dari rumah mak, malam itu, aku beri Lactul lagi. Hurm..nampak mcm dah over dos..tapi aku terpaksa. Kalau tak, sampai bila pun susah nak keluar. Kami ke Mc D malam itu, teringin pulak pekena Prosperity..hurm..yummmy..yummy. Sampai je di situ, baru nak melabuhkan punggung..tiba-tiba aku tercium something..Ummmmm bucuknyer..!

Dah agak dah..! aku check..Sahih!..hurm..apasal la Nabila 'membuang' kat sini. Kat umah tadi tak nak pulak..Nabila pun diam je..Agaknya dah lega la kot keluar..Adui..dah la tandas kat Mc D kat Rawang ni problem sket. Nak tak nak kena ajak abg gak masuk skali. mana leh nak handle sorang-sorang..

Mulalah sesi pembersihan di mulakan. Selesai sahaja, cari tempat duduk..dan abg order makanan. Hurm..Aku kata kat abg.."Lega Nabila dah buang". Yelah..susah ati woooo!

Klu nak di ikutkan..anak-anak CP mmg susah nak membuang. Nak wat camner..layankan aje..Tapi sian kat budak2 nih. yelah..terseksa rase! cian Nabila ..

............
........
.....
...
..
.

Hurm..rasanya ramai dah start cuti hari ini..balik ke kampung sempena Hari Raya AidilAdha. Kami sekeluarga beraya di Gombak esok. Turn umah mak aku pulak. Tapi tu ah..agak membosankan sebenarnya. Mungkin kami tak kemana sebab entahlah..tak tau nak gi mana sebenarnya. Mak pulak kena cuci darah petang esok. hurm..bosan..bosan..

Ahad abang kena keje. Bising kata OT dah makin kurang..Huhu..nak wat camner..banyak masalah yang melanda kami sejak sebulan ni. Dengan kesihatan Nabila yang kurang memberangsangkan..dan banyak hal-hal yang tak dapat di elakkan, buat abg jarang-jarang OT dah sekarang ni. Takpelah..sok2 nak wat OT sampai pengsan pun boleh abg!

Apapun..kami sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua kawan-kawan yang mengenali kami. Pada yang nak berjalan jauh tu..hati-hati yek..kereta banyak..jalan pun sibuk.. Kami sekeluarga mendoakan perjalanan kawan-kawan kami baik dan lancar..! SELAMAT HARI RAYA!

22 November 2009

Nabila , Jumperoo & Sawan

Hurm..ada entry lepas-lepas..aku mengatakan yang aku beli Jumperoo buat Nabila..Dan nilah aksi2 nya..

Mulanya sangat-sanghat risau membeli mainan ini. harganya bukan murah.Pernah cuba pada Jumperoo Sarra..sewaktu kami datang ke rumah Ita hari tu. Ketika itu Nabila menangis pabila di letakkan di situ.

Kata abg, dia risau lihat aku, bila aku beria-ia mahu belikan juga untuk Nabila. Takut Nabila tak guna. Aku juga risau sebenarnya dalam hati..Andai pabila aku belikan nanti..adakah Nabila akan guna?

Alhamdulillah..berbaloi jugakla beli..walaupun tak lama Nabila nak duduk dalam tu..janji ada jugak guna..hehe..(nasib baik..fuhhhhh..klu tak kena jual balik la kot Jumperoo nih)

p/s : Aku syukur sangat-sangat..Sawan Nabila dah nampak tidak menyerang dia lagi..Mata Nabila dah tak kedip-kedip laju lagi..Aku sedar perkara ni sejak seminggu lepas..Rasanya macam dah lama dah tak kena..Terima kasih Allah..Kau jauhkanlah penyakit itu dari anakku Nabila. Harap-harap ia berterusan.. :)

21 November 2009

Gedangsa Again?


Hurm...hari seperti biasa rutin kami ke Gedangsa pada hari Sabtu. Hampir 2 minggu kami tak ke sana. Memang selalunya kami akan selang seminggu ke sana kerna memandangkan ayah Nabila yang bekerja syif pada hari Sabtu.

Hari ini kami agak lewat keluar rumah. Sebeb memikirkan, pasti nombor giliran kami jauh lagi. Kalau cepat-cepat pun nak buat apa..pasti giliran Nabila tiba waktu petang juga.

Ketika melintasi susur ke Tanjung Malim..Abg memberhentikan kereta di tepi jalan. Tukar driver. Aku terpaksa membawa kereta kerana abg mengantuk sebab baru balik kerja. Dan aku teruskan perjalanan sehingga tiba di rumah Kak Raw.

Hujan renyai-renyai tatkala kami tiba di rumah Kak Raw. Dan aku, berikan Nabila makan nasi terlebih dahulu. Takut Nabila lapar nanti.

Tak ramai yang datang pada hari ini. Dan aku terus duduk bersama Kak Noni dan Ida. Aiman ketika itu sedang duduk bersama mamanya..dan Irfan pula sedang menyusu.. Rupanya hari ini lain sedikit berbanding hari-hari sebelumnya.

Mereka tak guna sistem nombor giliran seperti biasa. Sebab hari ini ramai yang hadir untuk mandi air masjid. Nabila sepatutnya sudah mula mandi air tersebut..tapi disebabkan ayah Nabila belum lagi ambil air itu, jadi hasrat untuk mandi itu terpaksa di tangguhkan.

Dan nombor giliran sudah berselang seli dengan anak yang tak mandi air masjid. Akibatnya, Faizal yang datang terlebih dahulu dari kami, terpaksa menunggu giliran lebih lama lagi berbanding kami yang baru datang..Aduhai..rasa bersalah sangat pada Faizal dan kak Noni..Yelah..mereka datang sejak subuh lagi..untuk dapatkan nombor yang terawal..tapi kami yang datang lambat, telah dapat rawatan terlebih dahulu..kepada Faizal dan kak Noni..Kami minta maaf sangat-sangat..Rasa ralat kurang enak di hati kami..Dan ucapan terima kasih pada Faizal dan kak Noni..sebab ambilkan nombor untuk kami.Maaf dah susahkan semua orang sebenarnya.. :(

Dan ada berita yang best aku dengar dari Faizal dan Zali..Rancangan untuk ke Langkawi.. Insyaallah bakal terlaksana..Dan makanya..kenalah kumpul duit dari sekarang..Wow..bestnya..Tak sabar..sebab kami bertiga belum lagi pernah menjejakkan kaki ke sana.. :)

Dan planning untuk bermain bowling..masih dalam perancangan.. :) Tunggu Incik Zali punya plan..hehe..lama sungguh tak main nih..Sungguh!! Sejak kehadiran Nabila..time bersosial bersama itu agak kurang..Kami hanya memilih tempat yang sesuai sahaja ketika membawa Nabila..Untuk berjalan sendiri bersama Abg..agak kekok. Aku rasa janggal bila keluar tanpa Nabila. Sian jika aku tinggalkan dia bersama nenek sedangkan aku berseronok di luar..Tak sampai hati.. :(

P/s : Ita kata semalam Sarra mengamuk malam tadi..hurm..kata kembar..Nabila juga berperangai begitu malam tadi..Tapi bila berjauhan, perangai mereka ni sama je..Bila sorang demam..yang sorang lagi mesti demam gak. Dan bila dua-dua dekat..klu yang sorang nangis..mesti yang sorang tu diam..hehe..

20 November 2009

Nabila batuk..tapi baik jer..

Hehe..Tak sangka gak aku..Nabila batuk leh baik jer perangai dia..hehe
.....
..
.

Sabtu aituh kan aku ada cerita yang kami balik kampung tergesa-gesa sebab nak amik kereta abg kan..hurm..Mulanya aku tanya aje kat abg..bila nak amik kereta dia..sebab memikirkan kereta Kancil yang dah macam TAK CUKUP NAFAS tu..(memang dah nak kena tukar enjin tu)

Abg terus je kata ok..jam 8.30 malam..siap-siap je..terus gerak. Cuasa malam itu agak sejuk pula..Tambah-tambah kereta Kancil yang baru di servis aircondnya..Dah tolak paling minimum pun terasa sejuknya sampai ke tulang temulang..huhu..

Dan abg pula tak leh nak tutup aircond..Hujan pulak tu..mana nak nampak kete lain..nak tak nak, terpaksa la aku dan Nabila menahan kesejukan yang amat di dalam kereta..Dan tiba-tiba.. Nabila terbersin..Alamak..aku dah tau dah..klu bersin nih, sah Nabila nak demam..Alamak..tak bawak ubat pulak..

Lupa nak cerita..kami bawak Kancil pulang ke Ipoh pasal kereta ayah..adik aku guna..lagipun balik tergesa-gesa..adik aku pun tak tau aku nak guna kereta ke idak..nak tak nak..dengan keadaan kereta yang kena pegang gear 5 sepanjang jalan..mampukah abg nak bawak Kancil tu..huhu..pening gak memikirkan..dan kata abg dia sanggup..jadik dia layankan jelah..cuma tak leh nak bawak laju la..

Berbalik pada keadaan Nabila..hurm..sampai je umah mak mertua aku..Nabila dah mula bersin-bersin..hurm..tapi nampak cam ceria lagi..Dan aku terus bawak Nabila tidur..Dah ngantuk sangat dia tu..Pukul 1 pagi tak tidur-tidur lagi..huhu..

Dan pagi itu..jam 4.. Nabila menangis..Tak selesa barangkali sebab hidung tersumbat..Pada mulanya aku letakkan dia tidur di sebelah aku..terus bertukar arah..tidur di dalam rocker..Nasib baik diam..dan sambung tidur semula..

Esoknya..suh abg gi kat belakang umah..amik ibu kunyit..hurm..apalagi tonyoh la kat hidung dia..abis kuning hidung anak aku..Nak wat camner..Nak kasi kering hingus punya pasal..

Dan balik sahaja dari Ipoh..Aku terus bagi Nabila ubat..Dan malam tu..mulalah standby dari segi fizikal dan mental (wah cam nak gi berperang jer)..Yelah..Anak aku ni special sket..klu demam tuh..takde yang diam-diam..terpekik-pekik..huhu..

Tapi tunggu punya tunggu punya tunggu.. Nabila tak nangis pun..siap sengih-sengih kat aku ajak main..hehe..tak leh camni..kena kasi dia tidur..Ade la dia merengek sekejap..dan lepas tu terus tidur..

Isnin..Aku hantar Nabila ke rumah mak..aku bekalkan sekali ubat..Mak kata Nabila ok..Tak banyak ragam..Tidur dan diam je..Tak merengek pulak..hehe...bagus..bagus..Dan malamnya aku bawak Nabila ke Klinik..Amik ubat sekali..sebab bekalan ubat Nabila hampir habis. Dan bila Dr. Aniza check dada Nabila..bunyi kahak mmg kuat..dan dia suggest kepada kami untuk sedut kahak Nabila..

hurm..lama gak menunggu..Almaklumlah..ramai yang semput time-time sejuk nih..sian betul..banyak pun budak-budak yang sakit..semuanya masuk emergency pulak tu..Sabar menunggu akhirnya Nabila di panggil..Hurm..tak pernah ada pengalaman tentang sedut kahak..Dan bila MA sediakan alatan..dan cuba memanggil Dr. Aniza sendiri..Tapi sebab patient yang ramai dan Dr. sakit kepala ..terpaksalah MA yang buat..hurm..seram gak..tapi bila tgk kahak tu disedut..aku rasa lega sangat..Hampir sejam jugaklah dia sedut.. Nabila pula ketika itu..faham-faham sajalah..Mana ada budak yang suka di sedut-sedut nih! Dan menangis tak henti-henti..Takpe..senang sket nak bukak mulut..Ada bnerapa kali tah Nabila nak muntah..Tapi malangnya Nabila mmg tak nak muntah..huhu..Mmg tak pandai kuarkan kahak..di telan balik adalah..!
Ayah Nabila nampak resah menunggu di hadapan bilik emergency di Klinik Aniza..
Kahak Nabila mula dicairkan..dan di sedut kemudiannya..Nabila menangis bila di pakaikan benda alah tuh!..Pantang dia letak apa2 kat muka..huhu..jenuh jugak tahan badan dia..kuat betul Nabila meronta.. Dan gambar yang terakhir itu, aku sedang memujuknya..akibat dari kesan sedut kahak itu :(


Dan hari ini , Selasa (aku wat auto publish..so lambat sket cerita nih kuar) Nabila ada appointment dengan Puan Suhana..Apalagi klu bukan Fisioterapinya..hehe..Puan Suhana dah kembali bertugas setelah 2 bulan cuti bersalin hari itu. Dan Nabila pula mood dia bila nampak Puan Suhana..teramat baiklah sekali..hehe..bagus..Puan Suhana pun pelik gak..yolah..pantang tgk Puan Su..huhu..Nangis je kejenya..huwaaaaa!

Puan Su ingat aku tak datang terapi sepanjang ketiadaan dia..huhu..Saya datang la Puan Su..hurm..rupanya Puan Siti tak tulis report tentang Nabila sepanjang dia mengambil alih tugas Puan Su ketika bercuti bersalin aituh..huhu..

p/s : Nabila besday ainih tau..(aku buat entry ni pada 17/11/09). Yang ke 1 tahun 7 bulan..tunggu gak ni apa lagi yang dia akan cuba buat sepanjang bulan ni..hehe..

19 November 2009

Kisah di Pediatrik Sg. Buloh..

Hari ini..aku ke Klinik Pediatrik. Bersama Nabila dan Ayahnya..Tiba di Hospital Sg. Buloh jam 9.10 pagi. Terlewat 10 minit..sebab aku yang leka tidak menyiapkan barang-barang keperluan Nabila semalam.

Menunggu giliran untuk pendaftaran tak lama. Mungkin tak ramai lagi barangkali. Selesai urusan pendaftaran, kami terus menuju ke klinik. Dan kelihatan 5-6 orang bersama anak-anak mereka menanti giliran. Cuaca yang agak sejuk di luar ditambah pula dengan aircond yang agak kuat..membuatkan Nabila tak selesa. Mujur abg pesan bawa sweater Nabila. Dan lantas aku sarungkan ke badan Nabila.

Dan aku lihat keadaan sekeliling. Ramai juga yang bawa baby kecil..tak silap mcm baru lahir. Sian anak-anak itu..Ada yang merengek..huhu..sejuk barangkali. Nabila pula aku dah tak letakkan dia di stroller..Nangis minta di peluk..huhu..Dan kemudian Nabila terlena dalam pelukan aku.

Lama juga menanti giliran kami. Dan jam 11 barulah giliran kami di panggil. Dan agak terkejut juga lah..Ingatkan bilik no.2 atau 3..sebab kebanyakan orang -orang sebelum kami ke bilik-bilik itu. Tapi Nabila di suruh ke bilik 8. Dan kaki kami terus melangkah masuk ke bilik itu. Dan rupanya yang sedang menanti kami bukanlah doktor biasa.Salah seorangnya adalah doktor pakar. Yang sorang lagi aku tak pernah nampak sebelum ini.Dan rasanya doktor yang pertama tadi adalah bos kepada sorang lagi tu barangkali.

Dan seperti biasa..mereka meneliti report-report lepas..dan bertanya tentang keadaan Nabila sekarang. Bagi aku dan Abg..takde apa yang penting untuk dibincangkan mengenai perkembangan Nabila..cuma kami mahu lihat keputusan EEG nya yang lalu. Lama betul kami menanti keputusan itu. Sejak dari bulan 7 lagi..Kerna result yang diambil akan di hantar ke HKL dahulu. Sebab apa? Hospital Sg. Buloh tiada pakar dalam bab test EEG ni.

Dan apa keputusannya? Apa yang dilihat sememangnya sawan..dan doktor telah memberi kata putus untuk tidak membekalkan ubat sawan padanya. Kerana masih dalam ketegori ok dan tidak memerlukan Nabila untuk makan ubat sawan setiap hari. Cuma doktor ada mencadangkan beri ubat untuk muscle Nabila.

Nabila di kategorikan sebagai Spastic Quadriplegia yang mana keadaaan tangan dan kaki yang tegang. Tapi ini tak bermakna Nabila sentiasa menegangkan kaki dan tangannya..ada kalanya muscle Nabila nampak rileks..Namun ubat untuk 'muscle relaxing' itu hanyalah cadangan. Belum diputuskan akan digunakan atau tidak.

Dan Doktor itu memasihatkan aku..agar lebih menumpukan perhatian pada Nabila. Biarpun Nabila ada adik lagi satu hari nanti..namun..perhatian pada Nabila tetap menjadi utama dalam segala hal. Ya, aku akui semua itu. Sebab itu..dalam masa 3 tahun ini..aku perlu tumpu pada Nabila dahulu. Untuk adiknya..mungkin kemudian saja..Doktor itu terus menerus memberi sokongan pada aku dan abg dalam menempuh apa yang telah berlaku dalam hidup Nabila.. Aku hargai apa yang doktor itu katakan pada kami.. :)

Dan dia menasihatkan aku agar sentiasa mencari maklumat tentang Cerebral Palsy..Done..sememangnya itulah yang aku lakukan tatkala aku musykil tentang apa yang berkaitan dengan Cerebral Palsy.

Dan selesai di Pediatrik..kami mengambil ubat di Farmasi. Dibekalkan ubat lactul dan multivitamin..beserta ubat demam dan batuk Nabila. Ada tadi doktor memeriksa peparu Nabila. Alhamdulillah..ok.. :)

Dan sesudah itu, kami pulang. di sepanjang jalan menuju ke tempat letak kereta, masih ada juga mata-mata yang memandang Nabila..Pulak tu anak dara aku tengah tersenyum tersengih di dalam stroller..ada yang siap berpaling kepala sambil menjenguk melihat Nabila . hurm..tahlah..Tak paham aku..! Mungkin mereka-mereka ni pelik barangkali.. (ahh..biarlah..pedulik hapa aku!)

Apapun aku agak lega sekarang. Sememangnya aku tahu yang Nabila punya sawan..dan tahapnya alhamdulillah..masih dalam kawalan. Dan ini tidak bermakna aku boleh goyang kaki dan biarkan Nabila sahaja. Aku perlu mengawal dari setiap sudut..untuk mengelakkan Nabila diserang sawan yang lebih teruk lagi..

1- Nabila tengah tidur..sejuk tuh.. :)
2- keadaan di klinik Pediatrik ketika itu..makin ramai yang datang..
3- Ayah Nabila yang mengantuk akibat bekerja syif malam tadi..katanya tak tidur malam tadi..sibuk menyiapkan mesin yang dah rosak selama 3 hari.. :(
4-Sambil menunggu tu..baca ni..Bagus sangat..Ada info tentang bersalin c-searan dan tentang cara pemakanan anak.. :)

p/s : tadi kami ke klinik ENT (ear,nose & throat). Set temujanji semula. Sepatutnya dah 2 kali Nabila ke swollowing therapy tapi sebab ada hal yang tak leh di elakkan..tak dapat nak gi yang 2nd appointment haritu.. :(

Kancilku rosak!

Sabtu lepas..aku dan abg pulang ke rumah mertua aku di Ipoh. Tujuannya satu..Nak amik kereta abg.Kereta ayah mertua yang eksiden aituh dah pun ok semula. Pada mulanya aku takdelah terasa nak amik sangat kereta abg tu. Sebab Kancil aku masih lagi ok..

Namun..aku dah mula mengesan kerosakan kereta itu. Sehari sebelum kami ke Hot Spring..Aku drive seperti biasa untuk pulang dari tempat kerja. Dan tengah-tengah bawak tu..(rasanya kat area Selayang..) tiba-tiba gear 5 dia seakan kembali ke gear neutral..dan mula bunyi macam tak masuk gear betul-betul..Aduh..Penyakit apa pulak kereta nih..!

Aku terus menelefon abg. Bertanyakan masalah kereta..Dan abg pernah kata yang gear box kereta tu bakal di tukar..hurm..tahlah aku pun bukan pandai benar bab kereta nih..Memang 'fail'. Tau bawak jer..hehe..

Dan jawapan yang abg beri tu buat aku tak senang hati..Dah la Nabila mengamuk time tu dalam kereta..kebetulan kawan aku tumpang kereta aku..Pulak mereka-mereka ni bleh dok usik Nabila yang tgh nak tido tu..Apa lagi..anak dara aku nih PANTANG orang kacau dia tido..meraung sakan la..tah berapa kali tah aku berenti kat Templer tu sebab nak tenteramkan dia..huhu..

Berbalik pada kereta yang tengah rosak tu..hurm..nak tak nak aku kena bawak jugak kereta tu..Mulalah main eksperimen ngan kereta ni..Rupanya nak elak dari gear tu tendang semula ke gear N , terpaksa la aku pegang je kepala gear tu bila masuk gear 5..huwaaaa! tak pernah di buat orang..!

Bahaya gak bila bawak kereta camni..Tapi takde pilihan..nak repair duit pulak..dah la tak gaji lagi..sadis betul..sudahnya..layankan aje kereta kancil sampai kereta ayah mertua aku siap..

Dan Jumaat lepas..nampak dah NAZAK betul kereta tu..Dah berbunyi lain macam..tu yang sabtu tu aku ajak abg balik kampung..amik gak Iswara abg tu..huhu..nak wat camner..aku mmg tak suka pakai Iswara tu..Dah la stereng kecik..berat lak tu..hehe..demi isteri tersayang..terus abg tukar tayar baru dan tukar stereng baru (walaupun tak power stereng :( ! ) Jadiklah..dari takde kereta nak gi keje..susah pulak..huhu..

Sekarang ni tgh nak serasikan diri bawak Iswara tu..Tapi 2 hari ni..nampak mcm best jer..(hahaha..ketawa jahat)..leh bawak lelaju..huhu..boleh ker? alah bawak kancil pun dah macam pelesit..(huhu..nak bangga diri ker..Tak insaf-insaf lagi..padahal selalu dok tgk gambar orang eksiden kat dalam blog sapa tah)..

Apapun doakan aku dan Nabila selamat pergi dan balik sepanjang ulang alik nih..AMIN.. :)

15 November 2009

HotSpring & Cameron Highland

Salam semua..hampir seminggu aku tak dapat nak update cerita tentang Nabila..Modem internet kami disambar petir Sabtu lepas...ketika kami semua tiada di rumah. Tau-tau sahaja bila nak buka internet..modem tak bleh nak on..huhu..ni pun ihsan dari adik ipar aku..guna broadband..abgnya 'rembat' sekejap..bawak balik Rawang..huhu..

Jumaat hingga Ahad lepas..kami sekeluarga bercuti sakan di dua tempat ini..HotSpring di Sg. Klah dan Cameron Highland..hehe..Tidak bertiga..tetapi beramai-ramai dengan anak-anakku yang lain..Sarra, Aiman dan Irfan..memang best betul bila dapat bersama mereka-mereka ni..terasa nak gi lagi :)

Mulanya kami memang telah merancang untuk ke HotSpring sejak bulan puasa hari tu..Dan ayah Irfan iaitu Faizal..menjadi tuan rumah untuk percutian kali ini..(wah-wah mcm dah banyak kali jer..padahal baru 1st time nih). Dan tiba hari Jumaat ..aku berjanji temu dengan Ita dan Farid di hentian sebelah Tanjung Malim..Setibanya di situ..kami terus gerak bersama sehingga ke R&R Tapah. Dah sana..kami berhenti sebentar untuk temankan Farid makan..Almaklumlah..Farid baru sahaja balik keje time tuh..dan belum sempat menjamah apa2 makanan lagi.

Dan kami tiba di R&R..jam sudah 11.30 malam. Kami berborak dan berehat sebentar..dan Ita menyuarakan hasrat untuk ke Cameron selepas mandi manda di HotSpring. Aku dan Abg pula memang tak kisah..Dah lama benar tidak ke situ..dan pula abg bercuti pada Ahad..Dapatla berehat lama sedikit..

Selesai makan, kami menelefon Faizal..dan mengatakan kami akan menunggu dia di Plaza Tol Tapah. Tepat pukul 12.00 malam..kami semua bertemu dan Faizal yang menaiki motor terus menunjukkan kami jalan ke rumah penginapan kami. Menurut Faizal..rumah itu adalah rumah sewa untuk mereka buat sebagai rumah persinggahan. Hurmmm..sangat selesa..Mudah lah bagi aku menguruskan Nabila ni..(faham-faham jelah..Nabila yang mmg banyak ragam).

Kami memilih bilik masing-masing dan pada mulanya berkeras juga ingin tidur di ruang tamu..Memandangkan keadaan ruang tamu yang agak sejuk..jadi kami memilih untuk tidur di bilik sahaja. Ita di bilik hadapan dan aku pula di bilik belakang.Selesai semua..masuk tidur..untuk kumpul tenaga esok pagi..Dan pagi itu..kami bersarapan dahulu bersama-sama..sedap betul nasi lemak yang dibuat oleh mak kat Noni..Alhamdulillah..Kata aku..klu berniaga nasi lemak kat KL ni..mesti laku..sedap sambalnya.. :)


Sabtu : Jam 9..Kami terus bergerak menuju ke Sungkai..dan Zali sedia menunggu kami di sana..Kami semua terus ke tempat yang di tuju dan sampai sahaja, cik-cik abe terus beli tiket untuk masuk..


Siap barang keperluan yang perlu di bawa, kami terus menuju ke tempat air panas dahulu..Dan mulalah aksi-aksi anak-anak kami semua berendam dalam kolam air panas. Nabila pula..pada mulanya memang asyik menangis..dek kerna tak sihat dan sakit perut..tetapi bila aku tukar sahaja pakaian dia..dan rendamkan dalam air panas..terus senyap..Siap senyum-senyum lagi..heh..nakal anak ibu ni..rupanya nak mandi air panas.. huhu..


Dan sesudah itu..kami berjalan-jalan di sekitarnya..Dan kemudian ke tempat air sejuk pula..Memang rezeki budak-budak ni..senang betul dapat wakaf..dekat pulak dengan kolam..hurm..apalagi..mula2 sesi ayah-ayah berendam..dan kemudian sesi ibu pula..tapi yang ibu-ibu yang berendam..hanya aku dan Ita sahaja..hehe..

Nabila pula..bila dah dalam air sejuk..apalagi..terpekik gak la..dan aku terus naikkan dia dan bawak dia ke bilik air..untuk bilas badan..takut demam pula..


Nabila mmg banyak ragam sepanjang berjalan..huhu..penat rasanya..dan selesai di HotSpring tak silap aku dalam kul 3 lebih..kami gerak pulang ke Tapah. Sebab dah mula nak hujan..huhu..Sepanjang jalan hujan..dan sebelum pulang ke rumah..kami singgah sebentar di kedai makan..makan nasi dulu..

Sampai sahaja di rumah..Faizal, Abg, Farid dan Zali sibuk menyiapkan tempat untuk BBQ malam itu..Wow..syoknya!..kawan-kawan Faizal yang buat makan-makan ni..sempena apa..aku pun tak pasti..

Sempat jugak la Faizal buat suprise party untuk Farid..hehehe..besday Farid jatuh pada Sabtu hari itu. Bukan Farid jer suprise..hampir semua kat dalam umah tu pun 'terkujat' gak la..tiba-tiba jer lampu padam..Skali suh tiup lilin daa...Besday boy lah katakan..Nasib baik tak kena 'lauk'..hehe..

Selesai majlis BBQ..kami mengemas dan tidur..Kerna besoknya masih ada lagi perjalanan yang perlu kami tempuh..Wow..mmg best..Tapi apakan daya..aku dan abg boleh terlajak tidur..sedar-sedar semua dah siap dah..Apalagi..kelam kabut la aku..Nabila pulak meragam je sepanjang pagi tu.. :(


Ahad : Perjalanan tetap di teruskan..Kami bergerak dari rumah dalam pukul 10 pagi dan tiba di Tanah Rata lebih kurang dalam pukul 12 lebih..Aku pun tak berapa pasti berapa kali Faizal mengajak kami turun dan menikmati udara yang segar di atas sana..Memang nyaman..Dan Nabila pula..Nasib baik diam ketika itu. Sejuk barangkali dan udara yang segar..Buat dia ceria. Begitu juga Sarra, Irfan dan Aiman..hurm..semua kaki jalan yek.. :) Kalau berjalan semua mata meliar..hehe..

Sempat jugak la Aku, Ita , Ida dan Faizal sambar pokok kaktus..hurm..membebel gak la abg..kata, nanti dia yang jaga, bukannya aku..huh! belum cuba belum tau !.. (hehe..Ita,klu mati pokok tu..abis la kita..membebel la cik abg kita nih..)

Hampir jam 4, kami turun semula dan sempat jugak menyinggah di Rose Valley.. Aku cakap ngan Abg..nak beli 100 kuntum bunga ros..hehe..Kata bawak RM7000.. Kalau setakat 100 kuntum tu apalah sangat..hehe..(merepek dah aku nih). Nyaris juga Abg nak beli sepasu bunga ros..hish..mana nak letak..! Walaupun umah aku umah bawah..takde maknenya aku nak jaga pokok bunga ros tuh..hurm..buat mati je nanti kang..huhu..

Selesai di Rose Valley..kami teruskan perjalanan ke Simpang Pulai..hurm..agak jauh juga..dan agak memenatkan..Kereta semua laju-laju pulak tu bila turun..Seriau rasa..

Dan kami singgah ke Hentian Sebelah Simpang Pulai sebelum berpisah negan Faizal dan Kak Noni..Dan sesudah itu, kami singgah sebentar di R&R Tapah kerna cik-cik abg semua nak mandi..Badan dah melekit..dan rasa pening kepala nak bawak kereta..Aku dan Ita pula macam biasalah..mengerjakan budak berdua tu..Nabila ngan Sarra..Mandi dan salinkan pakaian mereka..

Kami bergerak semula dalam jam 9.00 malam..dan aku tiba di rumah pada jam 10.30 malam..huhu..sangat memenatkan..dan tak tengok apa dah..terus mandi dan tidur..ZZZzzzzZZZzz

p/s : rasa macam nak buat lagi..gi jenjalan lagi ngan 'mika-mika' nih..seronok sebab 'no heart feeling'..Aku berkata demikian sebab anak kami semua sama..bila berjalan tidak terasa keseorangan..Sampai ada cina tu terkejut tgk kami..Yelah semua pegang anak istimewa..Kepada Ita+Farid , Faizal+Kak Noni , Zali+Ida.. Terima kasih yek sudi jalan-jalan ngan kami..Dan kami sekeluarga minta maaf klu-klu andai ada yang tak selesa sebab Nabila mmg banyak ragam sepanjang hari kita bersama..hurm..tak syok betul..tensen jadiknya..Dan yang jadik mangsa adalah Abg..hehe..Sori yek Abg..penat betul melayan Nabila nih..yelah baru nak baik demam..huwaaa..Apapun terima kasih yek..sudi kuar duit beli mcm2..hehe..seronok sangat!

06 November 2009

Nabila sakit lagi..

hurm..lama tul tak bukak blog..tak dapat nak update..banyak perkara yang berlaku dalam seminggu ni..aku tak sempat nak masukkan apa-apa cerita sebab Nabila sakit lagi..sejak hari isnin haritu..

Dan entry ni , aku bersiaran dari Grand Seasons Hotel..Aku ditugaskan untuk menjadi urusetia Bengkel ISP lagi..hurm..nak wat camner..tuntutan kerja.. ni pun curi-curi masa nak update..hehe..(boleh ke gitu?)

Isnin lepas..Nabila menangis saja..Mulanya aku mengagak Nabila nak demam..Tapi bila diperiksa suhunya..tak pula panas badannya..Dan aku mengangak perutnya sakit..di tambah pula gigi geraham di bahagian bawah pula membengkak di kedua-dua belah..huhu..

Tak tahan dengan tangisan Nabila, aku dan abg terus membawa dia ke klinik..Dan kata Dr. Aniza..Nabila kembung perut..disebabkan perutnya yang tak 'membuang' dan angin yang banyak dalam perutnya.

Selesai urusan di klinik, kami terus pulang. Namun tangisan Nabila masih lagi kedengaran..Dan rasanya semakin kuat. Pada mulanya abg menemani kami sehingga jam 10.30..kerna abg kerja syif malam minggu ini. Aku menyuruh abg masuk kerja. Dan sesudah abg ke tempat keje..aku masih lagi memujuk Nabila untuk tidak menangis..Aku letakkan minyak..peluk dia..dan cuba tidurkan dia..Namun tidak berjaya..Entah jam berapa Nabila terlelap..

Kemudian..Nabila terjaga semula..mungkin sakit barangkali..dan kali ini..semakin kuat teriaknya..Aduhai..macamana ni..Dah la aku keseorangan di rumah..Sudahnya aku cuba menelefon abg sekali lagi. Dan kali ini, kata abg nak bawak Nabila ke hospital. Aku dah mula menangis. Tak mau sebab takut Nabila kena cucuk lagi..huhu..

Sampai sahaja abg di rumah..tangisan Nabila sudah mula berkurangan. Abg terus mengambil Nabila dan cuba menidurkannya. Alhamdulillah..Nabila tertidur juga..

Namun keesokan harinya.. Nabila masih lagi meragam..Kali ini, aku dapat kesan yang Nabila demam..sebab pagi itu semasa kami keluar untuk ke rumah nenek Nabila, Nabila bersin 2-3 kali. Sejuk barangkali..Dan aku dapat agak yang Nabila akan demam nanti..

Dan betul jangkaan aku..Aku menelefon mak tengahari itu dan mak mengatakan Nabila demam.. Sudahnya aku minta kebenaran dengan Pegawai aku untuk pulang awal pada hari itu. Dan cadangnya untuk membawa Nabila ke klinik.

Dalam kereta, Nabila menangis lagi..sehingga ke malam..Dan aku pula seakan hilang sabar.. (aku yang menangis dek melihat Nabila meraung2 kesakitan)..aku beri Nabila ubat demam..namun tidak berkesan padanya.

Dah tak tau nak buat apa sebenarnya..dan hari Rabu..masih lagi berlanjutan..petang, semasa aku pulang dari kerja..Badan Nabila panas lagi..Kebetulan pula mak aku dah ke Dylisis..hurm..aku tuam badan Nabila dengan air sejuk..dan bogelkan dia..hanya tinggalkan pampers sahaja..Barulah Nabila dia..dan mula senyum sedikit..

Tapi ia masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk baik..Aku terpaksa pulang ke Rawang malam itu, ditemani adik aku,kerana untuk mengemas barang keperluan ke bengkel nanti. Aku pada mulanya ingin mengambil jalan Templer-Rawang untuk pulang namun..sangkaan aku yang jalan ok ketika itu ternyata meleset. Rupanya jalan sesak bermula dari kolam air panas sehingga ke kawasan tanah runtuh. Adui..aku terpaksa berpatah balik..masuk ke jalan menuju ke Kepong..dan terus keluar ke Sg. Buloh..Menuju ke highway..Dalam perjalanan..mak aku telefon.. Nabila menangis tak henti-henti..dan mereka bercadang untuk membawa Nabila ke klinik. Aku pada mulanya ingin berpatah balik..tapi kata ayah..biar mereka yang bawak Nabila sendiri..

Selesai urusan aku di rumah Rawang.. Aku terus bergegas pulang ke Gombak. Dan ketika aku sampai..Nabila sudahpun lena di sebelah mak. Kata mak, ketika di klinik tadi , Nabila kelihatan seronok ketika di klinik tadi..hurm..Nabila memang suka berjalan..Naik kereta sahaja bukan main seronok lagi dia..

Dan semalam..Nabila masih lagi lemah..dan petang semalam, barang mainan Nabila dah sampai.. Aku ada order Fisher-Price Jumperoo untuk Nabila.. Thanks to Jiey.. dia yang suggestkan aku ke blog ini . terima kasih kat Ninie..macam-macam tau barang kat blog dia..geram je..tapi duit tak berapa nak ada sejak akhir2 ni..kenalah berjimat cermat. Dan aku terus order untuk Nabila..Nampak condition dia baik lagi..takpelah..Nak beli baru..kena tunggu bonus la..hurm..tu pun kalau dapat..ni kira rezeki Nabila la..hehe..

Hari ini, selesai sahaja bengkel ini, aku akan pulang ke rumah dan terus bersiap-siap untuk ke Sungkai..Kami sekeluarga bercuti nanti..bersama-sama Ita, Zali dan Faizal..hurm..tak sabar betul.! Harap-harap Nabila tak banyak ragam la di sana..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...