"Nabila..ari ahad ni Hari Ibu tau.Sebagai hadiahnya Nabila kena kiss ibu"
.........
sunyi.
"Cepatla..cium ibu..ibu teringin sgt nak Nabila cium ibu.."
Nabila tolak muka aku.."uhhh..uhhh..".Nabila bersuara..Rimas barangkali.
"Cium la ibu sayang.Sian kat ibu nih.."
Aku menyorong pipi aku pada bibir Nabila..Yang kelakarnya..dia nak kulum pipi aku..macam nak minum susu..
"Ala ala siannya dia..nak minum susu yek.Jap ibu gi buat yek..Nabila dok diam2 tau".Aku terus mencapai botol susu Nabila dan membancuh susu baru...
"Ok..ni susu Nabila.Haus yek..". Aku terus memangku Nabila dan berikan susu padanya.
Bila di lihat wajahnya yang mulus..terus aku mencium dahinya.Mencium pipinya..
"uhhh..uhh.." Puting terlepas dari mulut Nabila..Aku beri lagi susunya..dan Nabila menyambung kembali..
Aku cium lagi pipi dan dahinya..geram pulak aku tgk budak demukss ni..Marah agaknya..terus Nabila berhenti minum dan cuba mengangkatkan kepalanya..
"hehe..ibu saje je kaco Nabila minum.."
"Nabila nak lagi tak?ke nak minum air kosong..?". Aku berikan Nabila air kosong sebagai pembersih mulut..membuang sisa2 susu dalam mulutnya..
"Sayang Nabila sgt2"..Aku cium lagi...Puas!
Ciuman itu sempena Hari Ibu yang akan disambut oleh ibu-ibu Ahad ini..Selalunya anak yang akan menghadiah ciuman buat ibu..tapi bagi aku..cukuplah sekadar aku mencium Nabila..dan Nabila 'menghisap' pipi aku.Dia belum mengerti.Dan hari ini..aku asyik mendengar pendengar2 HOTFM..beri ucapan Hari Ibu pada ibu masing2.Bagi aku menjadi seorang ibu adalah sesuatu yang terindah buat aku..Lagi2 dikurniakan anak seistimewa Nabila..Dan aku pasti Nabila akan faham apa itu Hari Ibu suatu hari nanti.Dan mungkin juga dia kan cium pipi aku dan menyatakan "Terima Kasih Ibu kerna telah melahirkan dan membesarkan Nabila!"
7 comments:
Tersentuh akak baca kisah ina...akak faham apa yg ina rasa...nabila pun faham perasaan mamanya, cuma dia tak mampu nak luahkannya...akak mungkin tak terasa sgt, sebab akak ada anak yg normal..blk sek td k.long terus nyanyikan lagu ibu buat akak...teacher suruh katanya...sabarlah ina...moga ada bahagia buat ina dan nabila di hujung sana...itulah juga harapan akak buat iman...
selamat hari ibu
Selamat Hari Ibu..
Selamat hari ibu ya... Bertuah dapat baby secomel Nabila... Bertuah lagi Nabila punya ibu yang begitu kental semangatnya...
kak, SELAMAT HARI IBU ya kak. x pe kak, sy tau akak kuat, sbr byk2. ucapkan Alhamdulillah dgn setiap pemberian Allah. Nabila adlh kurniaan terhebat utk akak. lots of love from me to you and Nabila. MMMMUUAAHH
to semua...kerikil kehidupan,zh-ena,QQ,Chimera, misz_nierah...selamat hari ibu juga...
emm..rasanya yang kuat tu..mgkin tak kuat sebenarnya..banyak kali juga air mata ni menitis dek kerna mengenangkan Nabila..dan rasanya ibu2 kat luar sana pun kuat2 jugak..bukan sebab anak normal atau tidak..sebab kita semua dapat melahirkan dan membesarkan anak2 dengan tangan kita sendiri.Dan pasti setiap apa yang baik yang kita buat pada anak kita akan dapat balasan yang baik juga.Insyaallah..
Dan bagi ina..Nabila adalah kurniaan yang terhebat dan yang terbaik yang pernah hadir dlm hidup ina..!
salam kenal noina..
sama la ngan aku pon ada anak special. dah 6 thn umur dia (anak ke2). cerdik + bijak yg amat! syukur..
Angah aku tu takde cuping + lobang tinga belah kanan..tp syukur, dia anak yg baik.. :P
Post a Comment