Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

04 May 2009

Wajah yang sedih..

Assalamualaikum..Minggu lepas Nabila ke Gedangsa lagi..Dan kali ini aku tak bercerita tentang Nabila..cuma aku nak tunjukkan ekspresi wajah Nabila saat dia selepas di balut..sangat-sangat sedih bagi aku..tapi apakan daya..semuanya untuk kebaikan dia..Selalunya aku tak berkesempatan untuk mengambil foto-fotonya..apatah lagi dengan ragam Nabila di dalam kereta..tapi kali ini..aku biarkan sahaja tangisannya..bukan tiada simpati tapi bagi aku "MENANGIS ITU BAIK"..ye..untuk jantung dan oksigen..tapi biar berpada..jangan sampai ehem..ehem..sawan sudah...!


masa ni kat umah Kak Raw lagi..emm..biasalah..kena ikat mcm tu sebab nak bagi dia berdiri..semua budak pun buat mcm tu..tak kira besar atau kecil..semua kena berdiri kat situ..sedih..mmg sedih..tapi semua untuk anakku jua..!


Masa ni kat dlm kereta..aku letakkan Nabila di car seat..sebab tangan aku naik lenguh sakit sebab dia lentingkan badan dia..dan menangis menangis dan menangis...


huhu..bukak la ibu..Nabila sakit nih...!Sabar yek sayang!



Nabila keletihan..tapi ini sekejap jer diam..pastu nangis balik..sampai dah terbukak pembalut kat kepala dia tu..emm..nak buat camner..tu untuk terapi minda dia..tapi dapat kejap jer..

Puas ibu pujuk..tak nak diam juga..huhu..ibu pun rasa kesakitanmu sayang!

*Pada mereka yang rasa sedih dan tak seronok dengan gambar-gambar ni..tak perlu la tengok dan rasa sedih..ina pun dah puas menangis bila Nabila lakukan terapi ini..tapi ini sahaja harapan ina dan juga harapan ibu bapa yang hantar anak-anak mereka di sini..dan ina akan lakukan yang terbaik untuk Nabila.dan kalian doakan lah segala usaha ina dan kawan2 lain yang senasib dengan Nabila akan terus menampakkan hasil..

*Lupa nak cerita..Kak Raw kata Nabila nampak semakin ok berbanding sebelum ini..aku mungkin tak perasan sebab setiap hari aku berada disamping Nabila.Dan Nabila telah 'kalahkan' ayah dan ibunya dengan tangisannya..Sangat mencabar bagi aku dan abg..Tapi sememangnya kami kalah bila Nabila menangis2 mahu di buka pembalutnya...Terapi ini sepatutnya berlangsung selama 4 jam..tapi kami dah 'kalah' dalam masa 2 jam 'bertarung' dengan Nabila..huhu..macamana nak baik ni sayang..takpelah..janji kita buat..Dan sesudah dibuka pembalutnya Nabila mengeluarkan bunyi 'huuuuuu'..mcm bunyi lepas segala beban padanya..sangat bijak..dan selepas ini dia tersenyum memandangku..lepas tu mula la bising mulutnya..cakap "huuu...huuu.."entah apa lagi tah..tapi bunyinya seolah2 mengomel yang aku dan abg bawak dia jumpa 'Acik Raw' yang suka balut dia..huhu..Nakal sungguh..Dan rasanya kesan dari Nabila mengeluarkan ekspresi bahasa nya adalah dari rawatan minda..Rasa aku lah....!

10 comments:

akuoku said...

iya, takut kalau terlalu tension akan jadi sawan. kalau itu yg terbaik teruskan. dah minta pandangan dari pakar fision tentang standing frame tu?

Eta LaZiM said...

Alalala.. Cian Nabilah!! Dia PANAS dlm balutan tu rasanya! Tak pe..utk kebaikan Nabilah juga..

Kalau MaMa pun mesti cepat KALAH!!

Cayang Nabilah!!

Nur Syazwani Mustafa said...

ololololololhhhhhhh...nangis2 pon nabila ni comeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........pipi merah2....olololohhh....cian dia....

zh-ena said...

kesian sggh..tapi utk kebaikan utk bby nabila..tak salah kita nak mencuba..asalkan ader perubahan pada bby nabila..

Yasmin Nabilah.. said...

Mama Annisa dan Annur : Kak Raw tu therapist kat hospital kat Perak.Tapi tak tau daerah mana..Mungkin dia dah kaji abis2 tentang standing frame tu kot..Ina ada bagitau kat therapist Nabila..pasal bawak Nabila ke situ..Therapist Nabila kata no komen..tapi mmg ramai patient dia gi gedangsa..cuma terpulang pada kita lak nak teruskan atau tidak.

Wani : tu la..menangis tak henti2..bila dah bukak diam pulak..nak buat camner wani tahan jer la.1st dulu akak nak menitik air mata nih..tahan sebak..huhu..



MamaQaypo: mmg panas pun..pasal buat kat luar umah..Umah kak Raw tu tgh under renovation.nanti dah siap sok dok dlm umah..tapi takut membahang la..panas!hehe

Zh-ena : tulah..untuk kebaikan dia kan..tahan ajerlah..huhu...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

sedey tgk nabila.....tharu la....hmm....x tau nk kata apa la ina...smoga ina tabah ye..

Yasmin Nabilah.. said...

zuraiwan : emm..tu ah...mmg sedih..tapi nak buat camner..nak baik punya pasal..

Norly a.k.a MamaLeana said...

sedih nye tgh nabila kna balut camtuh...
nak menitik air mata...

harap kak ina & nabila tabah hadapi dugaan-Nya..

moga nabilah cepat sembuh...

Yasmin Nabilah.. said...

Mamazahra : mmg sedih..tapi nak wat camner..ibu dia kena tahan la..tapi kalah gak pasal nangis tak henti2..huhu

kau di hatiku said...

ya allah..meleh air mata..xsgup ina..aku tgk ank ko mcm ni..xtau lah kalu aku bwk irfan..aku meleh cmne..