Yasmin Nabilah , Alisya Qaireen @ Sarra , Rayyan Ariff @ Ian , Annur dan Annisa , Afiqah , Uwais , Fahry , Syafiah , Muja , Idris , Iman , Nur Imanina Balqis , Humaira , Irdina , Akim dan Arwah Amir Yusuf
IBU,AYAH,UMMI,ABI,MAMA,PAPA,MAK DAN AYAH..KAMI SEMUA BERUSAHA UNTUK PULIHKAN ANAK KAMI..BIAR BERJUTA DUIT HABIS UNTUK ANAK-ANAK INI..NAMUN KAMI TIDAK PERNAH MENGELUH DAN MENYESAL..SANGGUP MENCARI DAN BERTANYA PADA KAWAN-KAWAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG RAWATAN ANAK..
IBU AMAT BERBANGGA DAPAT MENJADI IBU KEPADA ANAK-ANAKKU.WALUPUN IBU TAK MELAHIRKAN KAMU SEMUA..TETAPI IBU KAGUM DENGAN KEKUATAN KAMU SEMUA.IBU KADANGKALA REBAH DAN SEMANGAT HILANG BILA IBU TERDENGAR AYAT-AYAT DARI ORG-ORG YANG TAK YAKIN PADA KAMU DAN CUBA 'MENJATUHKAN' IBU SENDIRI.TETAPI MENGENANGKAN KEKUATAN KAMU SEMUA BUAT IBU BANGUN DAN YAKIN SETIAP ANAK-ANAK IBU MAMPU MELAKUKAN APA SAHAJA YANG DIPINTA OLEH IBU BAPA KAMU..
WAHAI ANAK-ANAKKU..TIADA YANG SEHEBAT DAN SETANDING DENGAN KAMU..KAMU SEMUALAH SUMBER INSPIRASI DAN KEKUATAN KAMI...!IBU SAYANG SANGAT-SANGAT PADA KAMU SEMUA..IBU BERDOA AGAR ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI SEBAGAI IBU BAPA UNTUK MEMBESARKAN KAMU SEMUA..
* ingin saja aku letakkan kesemua gambar anak-anakku di dalam entry ini.Betapa kuatnya mereka..Setiap mereka mempunyai kekuatan 10 kali ganda dari kekuatan kita yang normal..KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN..
7 comments:
org yg punye anak2 istimewa je yg paham situasi mcm kite..tp yg paling kejam bile saudara sendiri menganggap kekurangan akim seperti penyakit berjangkit..sedih rasenye...
Kadang² ibu lebih tewas dalam lautan air mata dari anak sendiri... Perkara yang tidak normal pada pandangan orang lain adalah amat normal pada pandangan kami ibu kepada anak² yang hebat ini. Mereka tidak mengeluh sedikit pun berbanding kita yang ditakdirkan mempunyai kelebihan berbanding dengan mereka... itulah bezanya!
sedey lak rase entry ina nih. bukan sedeh sebab kecundang...tapi sedeh sebab bangga! ya...bangga mempunyai anak-anak setabah ini..dan sememangnya anak-anak ini lebih kuat dari kita. inilah perjanjian nya dengan Allah semasa di dalam kandungan kita..die tahu die akan melalui pancaroba ini...tapi die tetap nak bersama kita! tidak adil jika kita tak berusaha utk anak-anak ini...tabahkan hati wahai sekalian saudara yang senasib dengan ku..dan utk ina, nabila & sarra tetap di hati...
Assalamualaikum Ina
Terima kasih utk entry special kali ini. Sangat indah dan bermakna sekali kata2 Ina.
Semoga kita semua dapat menlaksanakan dengan terbaik amanah yang diberikan oleh Allah melalui anak2 istimewa kita.
Segala kekuatan itu datangnya dari-Nya. Semoga Allah terus memberi kekuatan itu supaya kita tidak lemah dan putus harapan. Amin.
Terima kasih sekali lagi.
Salam peluk, cium untuk Nabila
dari Muja & mama Muja
Noina,
titipan doa dari saya untuk semua anak-anak mu..Amin
untuk semua : apa yang kita lakukan semuanya untuk anak-anak kita..dan setiap usaha kita..kasih sayang kita..pasti Allah akan membalas..kerna kita sedang menolong seorang ahli syurga..dan ina doakan agar setiap kita yang ada anak istimewa..akan sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan untuk membesarkan mereka..Dan juga perasaan kasih sayang yang tidak berbelah bagi padanya..
Nurin masih baru disini..Tapi coretan nie
memang menyedihkan..Nurin semakin sedar dan lebih bersyukur..Nurin tak jadi ibu lagi..hehe InsyaAllah suatu hari nanti...Apepun buat adik -adik nurin yang istimewa...nurin doakan mereka semua akan punyai semanagt kuat...bila besar nanti..Tabahkan hatimu ya dik Nabila n adik 2 yang lain...Moga kamu semua bahagia....
Post a Comment