Assalamualaikum..dari tadi sebenarnya aku cuba upload video khas yang aku buat untuk Nabila.Tapi..tak dapat2 lagi...emm..nanti aku try lagi..
Dan entry kali ini..aku nak luahkan kekesalan hati aku..sejak Isnin lepas..aku meluahkan rasa keinginan aku untuk melakukan satu test pada Nabila..dan aku suarakan ini pada therapistnya di OCC. Jawapan yang agak menghampakan aku kerana aku terpaksa menunggu sehingga appointment Nabila dengan Paediatrik pada bulan 8 nanti..untuk request test EGG pada Nabila..mengapa aku tak buat dulu?entahlah..mungkin kejahilan aku dan abg..atau kami tak mahu Nabila di uji lagi..dan entahlah..Tapi yang pasti semua ini membuak-buak rasa keinginan aku untuk Nabila lakukan test ini.Yang membuatkan aku tersedar tentang test ini dan sawannya adalah kembar Nabila..iaitu Sarra.Ita dan Farid telah pun melakukan ujian tersebut di SJMC..dan dari situ banyak yang telah mereka ketahui tentang sawan Sarra..dan aku juga ingin mengetahui keadaan Nabila juga..Adakah sawannya semakin teruk atau sebaliknya?Segalanya buat aku bercelaru..dan pening memikirkan kerana..aku seolah2 tak sabar2 untuk mengetahui keadaan Nabila sebenarnya..
Dan yang baiknya bila aku mengetahui tahap sawan Nabila..aku akan sentiasa berjaga-jaga dan bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku..ahhhhh..kesalnya..sebab apa aku kesal sangat..sebab setiap kali aku ada appointment dengan Paediatrik..doktor akan bertanya pada aku dan abg samaada Nabila diserang sawan atau tidak..DAN KAMI MENYATAKAN TIDAK! Aduhai...kenapalah mulut ini..kenapalah aku tidak menggunakan akal aku untuk menjawab semua pertanyaan doktor dengan baik? Tetapi..aku sendiri tidak pasti bilakah sawan Nabila akan menyerang.Bagaimanakah bentuknya? Dan aku pernah bertanya pada Pakar kanak-kanak di Sg.Buloh..Dia sendiri pun tak boleh menjangka bila sawan berlaku dan bagaimana bentuknya..
Ingin sekali aku belajar dalam bidang perubatan..dan mengkaji bahagian saraf otak..Alamak aiiii..Kalau result masa SPM ok takpe gak..atau aku belajar tentang Fisioterapi..Kekangan masa dan Nabila masih memerlukan perhatian aku..Kalaulah boleh di belah badan ni kepada 3 kan bagus.. :) nonsense! ..Aku berharap adik ipar aku, Ejah, dapat menyambung pelajaran dalam bidang fisioterapi..Dan aku boleh belajar dari dia..Harap2nya..Amin..
Dan harapnya ada yang memberi jawapan pada kekusutan aku..Dan aku memerlukan Mu Ya Allah..Tenangkan jiwa yang bergelora ini..
5 comments:
Salam ina..Akak faham apa yg Ina rasa..EEG tu biasanya dr pakar kanak-kanak yg request, itupun stlh anak kita didapati ada serangan sawan..Pakar terapi biasanya tak de kuasa nak buat keputusan..Biasanya serangan sawan tu apabila anak kita mengalami kekejangan dan di akhir kejang tu dia menangis dgn kuat..Nabila ada tak kena mcm tu?
Tp ada juga anak kwn akak, masa pantang dia kena sawan teruk..skrg langsung tak de serangan tapi masa EEG dr kata gelombang sawannya msh ada..
Nasihat akak, Ina doalah byk2, agar Nabilah tak de serangan sawan..Kalau dia berkelakuan pelik ke..terus bawak jumpa dr..Ada akak jumpa masa buat terapi, anak dia sawan dgn mata tak berkedip dlm tempoh yg lama..Sbb bdk sawan ni bahaya..Lagi kerap dia kena sawan, lagi cedera otak dia..
kak nanie : nanti ina cerita condition Nabila tentang sawan dia..
akak...lead tatau sgt pasal benda2 ni..tp lead sentiasa doakan kesihatan nabila n akak skali..be strong ye kak..
lead : terima kasih..emm..takpe..kira tambah pengetahuan lead gak..hehe..!
salam noina..
ttg sawan ni, akim pun penah alami jugek..1st time akim wat EEG mase die dlm ICU..cuak jugek hati ni tkut2 dlm x sedar tu sawan die aktif,tp alhmdulilah x de..syukur sgt2..pehtu lps 2-3 minggu, wat lagi satu EEG..dan mmg komfirm akim ok..alhamdilah..kuasa tuhan..sehinggalah skrg & harap2nye dimasa2 akan dtg akim terus sihat..jadi akak pun harap noina be strong demi utk nabila..dan ommy harap nabila sihat & bole jumpe abg akim..:)
Post a Comment