Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

04 June 2009

Maafkan Daku..!

Assalamualaikum..Entry malam tadi sememangnya panas.Aku ingin meminta maaf atas apa yang aku luahkan pada semua pembaca dan yang mengikuti perkembangan Nabila.Mungkin juga aku terlalu mengikutkan perasaan.Syaitan seolah-olah berbisik pada aku untuk menyakiti hati orang.Maafkan aku ,wahai empunya diri yang 'mengomen' Aku sedar aku adalah insan yang lemah..Aku sendiri tidak kuat sebenarnya dlm menempuh segala dugaan yang telah diberikan oleh-Nya.Namun demi anak,suami dan keluarga, serta dorongan kawan-kawan lah..aku bangun. Cuba untuk menjadi kuat seperti orang yang punya anak istimewa.

Pada kawan-kawan semua yang mengikuti kisah Nabila, aku ucapkan terima kasih..Atas dorongan kalian dan pendapat kawan-kawanlah..aku boleh berdiri semula dan cuba berusaha ntuk memulihkan Nabila.Dan pada 'sahabat' baru aku..kenalkanlah diri anda.Dan mungkin kita boleh berkongsi rasa..kerna kita di landasan yang sama.

Maafkan aku sekali lagi atas keterlanjuran kata.Aku menyesal kerna mengeluarkan entry itu malam tadi.Hati ku terdetik untuk tidak menyiarkan entry itu..dan malangnya..ahhh..entahlah..Aku minta maaf sekali lagi pada semua!

6 comments:

Sue.Aleen said...

Bukan ibu Nabila je kekadang rasa nak privatekan blog, ibu Syafiah pun serupa. Tapi atas dasar ilmu dan sedikit pengalaman ini saya tak jadi privatekan. Kekadang ramai antara kita terlepas kata, maafkanlah mereka kerana mungkin adakalanya kita juga bersikap seperti mereka.

Sabar ye... beristighfar banyak²... meh kita sesama menguatkan!

Sue.Aleen said...

Satu cara lagi untuk elak fitnah, sebarang komen yang dianggap sensitif bolehlah tidak disiarkan. Lagi pun kan ada comment moderation tu.. sekadar memberi pandangan...

Ummi Alisya said...

hmm...xperlah na. dah name kite pun manusia. cume care en anonymous tuh cepat buat kite, ibu-ibu istimewa nih tersentuh hati. ita pun kadg2 rase nak private jer...kdg tuh rase nak stop terus! sebabnya pernah ade org bace blog ita, dan terus tny kat seseorang, "anak die cacat ker?"... pilu x????

AiYa said...

sabar ya. biarkan mrk terus mberi pahala free pd ibu nabila. :)

xoxo

zh-ena said...

terus sabar mengahadapi ujian dr Allah..besar ganjarannya di sana

Natt_Alias said...

sabar la ena..kdg2 org pndi ckp je..tp bile kene btg idung sndr br tau kan..Allah tu maha kuasa..Dia lebih tau ape yg ade dlm hati kte..sbg sahabat nat tumpang simpati..apepun kuatk' semangat nabila msh perluk' ena..pedulik' ape org nk ckp k..