Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

20 October 2009

Ku tersentuh hati...

Tadi masa di office..aku agak kebosanan.Dengan sistem yang macam hampeh..buat aku malas nak buat kerja. Dan aku 'berjalan-jalan' mencari maklumat tentang Cerebral Palsy di internet.

Mula-mula ke Yahoo search..hurm..tak best..dan beralih ke Google search..dari mencari teknik terapi, beralih ke wajah-wajah anak-anak CP, dan terus ke sini. (kak sue, pinjam yek..)

Topik yang memang menarik bagi aku untuk terus membaca sehingga habis. Aku bukanlah nak mengulas apa yang telah diperkatakan oleh mereka.. Aku rasa terharu dan hatiku tersentuh pada mereka-mereka ini. Pada mereka yang punya anak istimewa seperti aku..sudi berkongsi rasa dan pengalaman pada mereka yang tidak punya anak istimewa. Seolah-olah aku juga turut belajar..tatkala bila berhadapan dengan ibu-ibu yang istimewa juga. Walaupun di landasan yang sama..ini tak bermakna satu bonus bagi aku untuk berkata apa sahaja sehingga mengguris perasaan ibu-ibu lain yang punya anak istimewa.

Panduan yang diberi oleh Kak Sue dan yang lain-lain akan ku kutip dan dan ku jadikan panduan untuk aku. Harap pada yang lain juga boleh ikut panduan ini. Betul kata mereka..anak itu anugerah. Bukan salah sesiapa jika anak itu dilahirkan begitu. Tetapi mentaliti sesetangah orang yang mengatakan ibu bapa yang buat banyak buat dosa, dapat anak itu..Aku fikir orang itu SANGAT-SANGAT SINGKAT FIKIRANNYA. Bagi aku Allah itu sayang pada hambanya. Masakan tidak, mengapa di beri anak itu sebagai ujian. Ujian itu tandanya sayang.

Tidak di nafikan, aku juga punya perasaan sensitif. Lebih-lebih lagi bercerita tentang Nabila. Mungkin terpamer senyum di wajah aku , namun hatiku..hanya Allah sahaja yang tahu. Bila di tanya, Nabila sudah pandai apa..aku kadang-kadang serba salah untuk bercerita. Adakah patut aku kata.." Nabila tak pandai apa-apa lagi" . Namun hati aku seolah-olah memberontak untuk berkata "Nabila ok. Dia nak buat apa yang Ibu dia mahu dia buat". Namun..hati orang. Takkan pula aku mahu menipu pada mereka-meraka yang bertanya ?

Entahlah..andai ada yang baca..kata aku lemah..silakanlah. Tadi sahaja..tatkala melihat wajah-wajah anak CP dan juga baca artikel mengenai CP..air mata ku bagai ingin mengalir keluar. Namun..aku tahan sebab memikirkan aku berada di pejabat. Nanti ada juga yang bertanya mengapa aku menangis. Seceria wajah aku..kadang-kadang aku tak dapat nak sembunyikan perasaan pedih dan pilu bila mengenangkan Nabila. Sedih usah cakap.


p/s : Hari itu, nyaris juga aku menangis apabila kawan aku, Eawan..bercerita tentang anaknya. Tentu ada yang masih ingat tentang Eawan dan Kak Milia kan..dan anaknya yang sudah diberi nama Muhammad Aqil Firas. Keadaan Aqil ? Masih sama seperti hari itu..keadaan yang masih lagi belum stabil dan kritikal ( berita semalam yang aku terima ) . Keadaan kak Milia juga agak sedih..Manangis bila kena tinggalkan Aqil sorang-sorang di hospital..Aku faham benar perasaan itu. Aku juga pernah mengalaminya. Jika tidak kuat semangat, mau gila moroyan aku ketika itu..huhu..Buat sahabatku..bersabarlah..Ada hikmah disebalik apa yang terjadi pada kalian.

4 comments:

Sue.Aleen said...

Jangan sedih kalo orang cakap memacam tu, Ina. Dia orang tak tahulah tu, anugerah tu bakal tolong kita kat sana kelak. So what kalo dia orang lambat jalan pun? Apa masalahnya?

Be yourself. Don't fulfill others' perception and expectation. Fokus atas kekuatan diri kita ni. Pedulikan orang lain sebab kehidupan ini terlalu singkat untuk kita ratapi.

Kalo baca kat Ratuhati tu akak ada cerita tentang Sridar. Kalo rajin, carilah. Moga boleh memberikan inspirasi.

Yasmin Nabilah.. said...

hurm..tu ah kak..kdg2 rasa mcm kuat..kdg2 rasa mcm down sgt2..huhu..ni kira down lah semalam..tak tau nak luah ke sapa..huhu..

ikutkan mmg ina tak ambil peduli kata org..klu ikut ckp org..rasanya ina pun tak brani nak hadapi semua ni..thanks kak..beri kekuatan..

ina ada ternampak dlm forum tu tentang Sridar..insyaallah..ada masa ina tgk.terima kasih kak..

LYaFRINA said...

kak... khidupan ddunia ni mmg bgitu.. Kalau tiada dugaan, maka tiada plak neraka & syurga... Tiada plak baik & jahat.. Sy tau..kak tak LEMAH...Kalau x, xkan smpai kthp ini akak dpt mjaga nabila.. Kali ni akak cuma tersentuh.. Sdikit sbyak akn mbuatkn perasaan kt x tentu hala..sy memahami ape y akak rasekn tu.. N bkaitan pdpt sstengah idividu y mgatakan krn dosa ibubapa itu shingga mlahirkan ank istimewa...mmg agak KURANG AJAR & x releven lgsung.. Mrka btul2 cetek pgetahuan agama.. Sdangkan sdh dnyatkn, kita harus percaya pada Qada & Qada'... Ketentuan y tlh dttapkan sjak azali..Cuma kt sbg manusia hnya harus berusaha.. Kak..usah pdulikan pd kata2 mrk y BERMULUT SUMBANG itu.. Mrk xsdr btapa bruntungnya mpunyai ank istimewa..Ank2 ini lah yg akan mbantu ibubapanya di akhirat kelak.... Akak beruntung.. Nabila anugerah y sgt bnilai utk akak & suami.. TTg kwn akak, lya hrp mrk trus tabah..

Liana Manjaku said...

Noina... Memang orang2 di luar sana tu bo berkata apa2 saje... Tp, jika dia katakan ini adalah salah ibu bapa, orang itu memang tak pernah BELAJAR dan tak tau apa itu KETENTUAN dariNYA. Dia tak pernah tau...ibu bapa yg seperti Noina ni...ada lah insan yg terpilih olehNYA! Insan yang memdapat lebih banyak pahala bila mendidik anak2 seperti Nabila! Betapa ceteknya fikiran orang spt itu! Ummi harap Noina kembalikan semangat juangmu itu yer... Teruskan perjuangan yg murni tu yer...