Nabila punya satu 'peel' yang kurang aku gemar.Tadi sahaja, sedang sibuk aku mandikan dia..aku mula sabunkan dia..dan kemudian bilas dengan air..asyik benar aku jiruskan air dikepala..tiba-tiba dia tahan nafas dia sendiri..takut dengan air. sampai menangis-nangis dalam bilik air tu. Puas aku kaup muka Nabila..Tapi nangisnya tak henti-henti..dan asyik tahan nafas..sampai naik merah muka..
Takut aku lihat Nabila nih..Bukan sekali dua buat perkara yang sama..hampir setiap kali nak mandi lah..seolah-olah dia fobia dengan air. Mungkin teringatkan 'birth history' nya. Aduii..SANGAT- SANGAT BAHAYA NABILA!
Bukan air sahaja yang Nabila takutkan..apa sahaja yang melekat di kepala..atau tertutup mukanya..pasti dia akan tahan nafasnya..hurmm..camner anak ibu nak pakai tudung nih..huhu..
Kalau di letak sapu tangan..semau-mau dia nak ambil saputangan itu..Kadang-kadang susah nak capai..Nabila menggelengkan kepalanya untuk jatuhkan benda di atas kepalanya..huhu..
Takutnya tadi..!Jangan buat camtu lagi nabila..Ibu seramlah..huhu..
No comments:
Post a Comment