Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

19 November 2009

Kancilku rosak!

Sabtu lepas..aku dan abg pulang ke rumah mertua aku di Ipoh. Tujuannya satu..Nak amik kereta abg.Kereta ayah mertua yang eksiden aituh dah pun ok semula. Pada mulanya aku takdelah terasa nak amik sangat kereta abg tu. Sebab Kancil aku masih lagi ok..

Namun..aku dah mula mengesan kerosakan kereta itu. Sehari sebelum kami ke Hot Spring..Aku drive seperti biasa untuk pulang dari tempat kerja. Dan tengah-tengah bawak tu..(rasanya kat area Selayang..) tiba-tiba gear 5 dia seakan kembali ke gear neutral..dan mula bunyi macam tak masuk gear betul-betul..Aduh..Penyakit apa pulak kereta nih..!

Aku terus menelefon abg. Bertanyakan masalah kereta..Dan abg pernah kata yang gear box kereta tu bakal di tukar..hurm..tahlah aku pun bukan pandai benar bab kereta nih..Memang 'fail'. Tau bawak jer..hehe..

Dan jawapan yang abg beri tu buat aku tak senang hati..Dah la Nabila mengamuk time tu dalam kereta..kebetulan kawan aku tumpang kereta aku..Pulak mereka-mereka ni bleh dok usik Nabila yang tgh nak tido tu..Apa lagi..anak dara aku nih PANTANG orang kacau dia tido..meraung sakan la..tah berapa kali tah aku berenti kat Templer tu sebab nak tenteramkan dia..huhu..

Berbalik pada kereta yang tengah rosak tu..hurm..nak tak nak aku kena bawak jugak kereta tu..Mulalah main eksperimen ngan kereta ni..Rupanya nak elak dari gear tu tendang semula ke gear N , terpaksa la aku pegang je kepala gear tu bila masuk gear 5..huwaaaa! tak pernah di buat orang..!

Bahaya gak bila bawak kereta camni..Tapi takde pilihan..nak repair duit pulak..dah la tak gaji lagi..sadis betul..sudahnya..layankan aje kereta kancil sampai kereta ayah mertua aku siap..

Dan Jumaat lepas..nampak dah NAZAK betul kereta tu..Dah berbunyi lain macam..tu yang sabtu tu aku ajak abg balik kampung..amik gak Iswara abg tu..huhu..nak wat camner..aku mmg tak suka pakai Iswara tu..Dah la stereng kecik..berat lak tu..hehe..demi isteri tersayang..terus abg tukar tayar baru dan tukar stereng baru (walaupun tak power stereng :( ! ) Jadiklah..dari takde kereta nak gi keje..susah pulak..huhu..

Sekarang ni tgh nak serasikan diri bawak Iswara tu..Tapi 2 hari ni..nampak mcm best jer..(hahaha..ketawa jahat)..leh bawak lelaju..huhu..boleh ker? alah bawak kancil pun dah macam pelesit..(huhu..nak bangga diri ker..Tak insaf-insaf lagi..padahal selalu dok tgk gambar orang eksiden kat dalam blog sapa tah)..

Apapun doakan aku dan Nabila selamat pergi dan balik sepanjang ulang alik nih..AMIN.. :)

6 comments:

A.I said...

silap aribulan smp ke sudah la kau bawak iswara tu. kancil kasi kat laki kau je. ekekekekeke..

grow2g3th3r said...

salam kenal...
Samalah ngan kita.. kita pun tahu bawak jer kereta.. tak tahu hal2 kereta....

Yasmin Nabilah.. said...

Ai : tu ah kak..hurmm..rasa cam lama jer pakai Iswara tuh..huhu..

grow2g3th3r: salamn perkenalan.. :) huhu..tu ah..nak wat camner..bukan pandai bab enjin 2 nih..tanya org pompuan lain pun..mesti bagi jawapan yang sama..tak pandai tgk enjin..huhu

sord87 said...

Jangan lupa layari blog kerosakankereta.blogspot.com untuk info terkini mengenai kereta.
Semuga anda dan suami tabah menghadapi dugaan.Sila lihat cerebral palsy di blog ini.

sord87 said...

dapatkan info di kerosakankereta.blogspot.com,semua pasal kereta!dan harapan saya muga anda dan suami lebih tabah.info cerebral palsy di http://medic-alert-necklace.blogspot.com

Yasmin Nabilah.. said...

sord87: terima kasih atas info..nanti saya buka :).salam perkenalan :)