Entry kali ini bukanlah aku ingin menceritakan tentang perkembangan Nabila. Hanya ingin berkongsi rasa dengan semua pembaca ruangan blog Nabila..
Sejak kebelakangan ini (naik saja tahun baru)..aku sudah merangka-rangka aktiviti untuk Nabila. Tapi tidaklah sehebat atau se gah mana. Hanya tumpu pada latihan motor kasar yang sememangnya Nabila agak ketinggalan sebenarnya.
Sedia maklum, Nabila masih juga belum dapat memusingkan badan dalam posisi menyarap. Ini sangat membimbangkan. Ya, memang dari dulu aku patut bimbang tentang perkara ini. Tetapi memandangkan Nabila adalah anak+yang+cedera+otak, jadi untuk 'milestone' nya aku mengagak Nabila ketinggalan hampir 1 tahun 4 bulan lamanya untuk mencapai apa yang perlu dia lakukan sepatutnya. Hurm..jumlah yang agak besar.. Dan rasanya aku tak boleh lagi berdiam diri. Harus lakukan sesuatu. Tapi apakah caranya?
Aku cuba untuk mencatat apa yang telah aku lakukan sepanjang hari bersama Nabila. Dan dari situ rasanya aku boleh 'detect ' apa yang aku dah buat atau belum buat. Agak rumit, tapi mungkin nanti aku akan nampak hasilnya. (Hurm..macam mengkaji pun ada nih..)
Masih merangka-rangka apa aktiviti yang perlu dimasukkan. Aku cuba mengingat kembali apa yang telah diajar oleh therapist Nabila dan cuba di tukarkan dalam bentuk penulisan. Kalaulah aku belajar ilmu physiotherapy ini, aku rasa pasti senang..!
Namun rasanya masih banyak kelemahan dalam 'laporan' aku (dah mcm kat pejabat pulak buat laporan). Rasanya harus diperbaiki lagi..
Kelakukan Nabila sejak kebelakngan ini, yang bersungguh-sunguh pabila aku meletakkan posisi merangkak buat aku sangat teruja. Dan rasanya itu adalah hasil usaha aku mengajar Nabila duduk. Setiap kali duduk..aku akan pastikan Nabila bersila, dan tangannya diletakkan dihadapan untuk menyokong badannya. Dan apabila diajar setiap hari, kini aku sudah nampak hasilnya. Walaupun masih lagi belum kuat..namun untuk 'budak+yang+cedera+otak' macam Nabila, aku nampak Nabila sudah tahu apa tindakan yang perlu dilakukan selepas duduk. Aku pada mulanya seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku..dan pula disogok dengan cerita-cerita dari mulut orang yang tak faham apa sebenarnya anak-anak CEREBRAL PALSY. Jika diajar setiap hari, pasti otak itu juga akan disetkan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan. Tidak bermakna lumpuh otak..lumpuh segala-galanya.
....................
................
...........
.....
Jika Nabila menangis-nangis ketika minum atau makan..pasti mak akan berkata..
" Nabila tak mau nangis-nangis..Nabila nak sekolah kan..Nak sekolah sama cam ibu yek..sek convent.."
Hehe..Bila mak berkata demikian..aku pasti akan tersenyum. Yelah..napa pulak Nabila nak Sekolah Convent.? Mungkin juga mahu sedapkan hati. Tidak mahu menyebut sekolah khas. Bagi aku..aku tak kisah.. Janji Nabila boleh berdikari dan berusaha serta punya ilmu untuk terus hidup. Nabila tak boleh lagi bergantung hidup pada aku. Aku perlu buat Nabila lebih berkeyakinan dalam menghadapi cabaran di luar sana..
Wah..besar benar cita-cita ibu Nabila..hehe
p/s : Aku ada impian yang nak aku laksanakan tahun ini. Ini bukan impian untuk aku sorang. Ini untuk nabila. Tapi aku perlu mengumpul duit yang agak banyak untuk realisasikan perkara ini. Bunyi nampak agak gila..tapi nanti saja aku ceritakan pada entry lain pula..
No comments:
Post a Comment