Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

20 January 2010

Hamburan air mata ini...

Semalam aku menangis lagi. Pedih hati..terasa luka berdarah kembali. Mungkin ada yang kata aku tak kuat..Ya..sememangnya aku lemah semalam. Rebah dan lemah lutut aku tatkala diperkata sedemikian rupa.

Semalam aku ke Hospital Sg. Buloh lagi. Kali ini Nabila ada appointment dengan Klinik ENT. Bersama Puan Anida untuk speech therapy. Masih lagi dengan kaedah yang sama. Bertanya tentang masalah menelan Nabila. Agak bosan sebenarnya. Asyik menyatakan perkara yang sama. Dan Puan Anida telah memperkenalkan sesuatu pada aku.

Ia seakan susu tepung dan tugasnya adalah untuk memekatkan bendalir seperti susu dan air kosong. Aku pada mulanya ingat akan namanya, tapi disebabkan satu insiden yang berlaku , buat aku lupa terus tentangnya.

Aku menceritakan tentang berat Nabila yang masih belum naik dan bercerita tentang pendapat kawan-kawan aku yang melihat Nabila yang semakin kurus. Mungkin juga sebab aku tak lihat perubahan pada Nabila. Dan Puan Anida telah mencadangkan agar Nabila di rujuk ke Jabatan Dietetik dan Sajian. Mungkin aku akan di kaunseling dan diberi nasihat tentang pemakanan Nabila. Pada mulanya agak berat juga, tapi memikirkan semuanya demi kebaikan Nabila, aku bersetuju untuk di rujuk ke situ.

Dan Puan Anida pada mulanya menelefon Jabatan itu untuk di 'set' kan appointment Nabila. Tetapi tiada sesiapa yang mengangkat telefon ketika itu. Dan terus Puan Anida menyuruh aku ke sana untuk mendapatkan tarikh temujanji itu.

Aku yang ke situ keseorangan kerana ayah Nabila ke Johor semalam atas urusan kerja. Dengan mengendong Nabila, aku mencari Jabatan itu. Jauh, agak terkebelakang sedikit bangunannya. Namun aku terus berjalan. Berapa kali juga aku sesat dan bertanya kepada orang-orang di situ. Dan akhirnya jumpa juga.

Aku terus masuk dan beberapa kakitangan disitu memandang aku sambil tersenyum. Seorang wanita bertanya atas urusan apa aku ke situ. Dan terus sahaja aku menyatakan tujuan aku. Aku dirujuk pada seorang wanita yang duduk di satu bilik. Melihatkan wanita itu ada urusan maka, aku berdiri di luar pintu. Dan wanita itu menunjukkan isyarat 'sekejap' kepada aku.

Aku hanya senyum dan menanti. Aku menunggu juga jika ada prihatin dengan aku.Mengendong Nabila sambil menyandang beg kecil. Namun tiada yang mempelawa aku duduk sementara menanti wanita itu. Tiada respon. Semuanya sibuk dengan urusan masing-masing. Dari situ aku menilai kakitangan di situ. Negatif!

Dan tak lama selepas itu, wanita itu keluar dan bertanya apa urusan aku di situ.Aku menyatakan tujuan aku dan kelihatan wanita itu agak terpinga-pinga. Seolah-olah lagaknya macam baru kerja di situ. Agak tekanan juga aku, lantas aku menyuruh dia membuka referral letter yang telah diberikan oleh Puan Anida tadi.

Wanita itu membacanya dan paling aku tak suka dia buat muka pelik. Menyampah pun ada. Macam tak tau kerja. Dan katanya, Nabila tidak boleh di rujuk ke Dietetik jika tiada surat melalui doktor Pediatrik. Aku mula tak keruan. Bengang dan muka aku dah mula merah padam menahan marah. Agaknya menampakkan saja muka aku yang nak amrah, terus dia bertanya pada rakannya.

Dan aku masih lagi menunggu..menunggu..menunggu.. dan menunggu..

Dan wanita itu keluar semula. Dan bertanya pula, kenapa dengan anak aku. Aku jawab Cerebral Palsy. Dalam hati rasa geram kerana terang-terang dalam surat itu menyatakan Nabila ada masalah. Huh! baca tak habis, sudah 'judge' macam-macam..

Dan kata wanita itu..masih lagi tak boleh set appointment dengan Dietetik. Seperti katanya mula-mula tadi..perlu surat dari doktor..bukan dari speech. Muka aku pula masa tu..merah padam..menahan marah.

"Abis tu surat ni macamana?"

Katanya " Bila puan dah dapat surat dari Pediatrik, baru puan datang sini".

Sakitnya hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku merenung surat itu. Hampir sahaja air mataku menitik di situ. Aku tahan jua. Dan pabila perempuan itu (dah malas nak panggil wanita dah!) melihat perubahan wajahku..terus bertanya.. " Puan o.k ke?" . Mahu saja aku jerit mengatakan TIDAK pada perempuan itu. Malas nak pandang mukanya, aku mula melangkah kaki ke pintu. Sempat juga perempuan itu membalas dengan kata-kata yang sangat memilukan hati aku..

"LAIN KALI KASILAH ANAK TU MAKAN ELOK-ELOK SIKIT..YANG BERKHASIAT.."

Bila mendengar saja kata-kata itu, aku terus berpaling padanya.

" Kalau anak saya boleh makan, dah tentu saya akan bagi apa sahaja untuk dia. Noktah.

Dan aku terus berlalu dan mahu sahaja menghempas pintu ketika itu. Aku tak pasti sama ada rakan sekerja dia melihat drama itu atau tidak. Bagi aku..Kata-katanya buat aku rebah..macam sudah tiada harga diri. Apa motifnya berkata demikian. Aku tak tahu. Jika tidak mahu aku datang lagi, tak perlu ucapkan kata-kata itu. Tak perlu nak berkias-kias..aku sendiri pun banyak benda lain nak buat selain mengadap muka dia. Dengan muka angkuhnya bila berkata sedemikian rupa..seolah-olah tak ingat Tuhan.

Pilu. Setibanya di kereta, aku menangis. Menangisi nasib Nabila yang tak sudah-sudah dilanda badai. Kekuatan aku sudah hilang. Pergi bersama tangisanku.

Aku cuba menelefon Abg. meluahkan rasa hati. Dan pada mak juga ketika sampai di rumah. Marah benar mak apabila aku menceritakan perkara itu padanya. Masakan nenek mana mahu cucunya diperkata sedemikian rupa. Dan pasti mendung pada wajahku pada petang semalam.

Dan nekadku, aku rasa tak perlulah aku meneruskan sesi terapi pertuturan untuknya. Juga ke jabatan dietetik jika pediatrik mahu aku ke sana. TIDAK SAMA SEKALI. Sakit dan pedih hati aku..buat aku perlu berhati-hati selepas ini. Tidak mahu orang lain memperlekehkan aku dan Nabila. Nabila juga manusia. Janganlah di perlaku seperti binatang atau orang asing. Walaupun Nabila tidak seperti orang lain, dia tetap insan yang terhebat yang pernah hadir dalam hidup aku.


Salah anak inikah jika dia dilahirkan begini?


p/s : maaf terlalu emosi aku sewaktu menaip entry ini. Pagi tadi, aku meluah rasa pada rakan sepejabat..tak semena-mena air mata aku mengalir lagi. Sabar..itulah kata-kata mereka..Ya, aku masih lagi ingat Allah. meluah dan menangis buat aku lega sekali..

42 comments:

masdila said...

akk,,,,x der kata lain dpt mazz ckp pada akk,,,hanya sabar yang boleh mazz ungkp kan,,,,mazz bc n3 akk pun mengalir air mata,,,,org x kan paham aper yang akk alami,,,,,akk sabar hadapi dugaan ni,,,akk kuat,,,,
sbar yea kak..mgkin ni sbahagian ujian n mgkin Allah nk uji kesabaran kita je..orang 2 biar dia dapat blasan kt anak atau cucu dia bru dia rase ape yg org lain rase.

ibuayu said...

apa lagi harus nak dikata..memang kesabaran kita akan hilang kalau jumpa manusia yang hanya tahu berkata tanpa menggunakan kepala hotak dia.

Hazlina Shahrel @ The QueenWidelia said...

lina pun tak tau apa yg patut lina cakap.. buat ibu nabila dan nabila kuat kan semangat yer.. lina dan fia doakan segala yang terbaik buat nabila.. semoga dia membesar seperti anak lain.. be strong honey!

Gieyana said...

Sabar yer..bergenang gak air mata bila bc entry ko...dugaan Dr Allah Taala..tabah yer..

AKUOKU said...

itulah yg akak tulis dientry lepas.. telah, dan akan diuji dengan berbagai2 ujian dlm macam2 bentuk... kalau kita cerita dng org mungkin ada yg akan cakap kau ni asyik nak gaduh, asyik tak puas hati... tapi kenyataannya kita yg tempuh.
serbuk yg dimaksudkan tu mungkin namanya polycose... dulu a&a ambil juga tapi benda tu taklah membantu sangat...
bolehlah kalau nak jumpa pakar apa pun tapi pada akhirnya kita sebagai ibubapalah yg akan membuat keputusan... jgn putus asa. ina ada kekuatan tersendiri jadi jgn padamkan dng benda2 yg mcm ni ok.
kita yg ada anak cp di malaysia ni mmg sedikit kecewa kerana tak dapat bantuan yg sepatutnya... tiada khidmat sokongan, yg ada pun macam yg ina cakap tulah menyakitkan hati dan membosankan. ada masa kita jumpa. kita tukar2 menu dalam menjaga anak2 istimewa kita, insyaalah.

Lightnur said...

assalamualaikum ina

saya juga akan rasa marah dan hampa jika diperlakukan begitu. memang tidak wajar kata2nya. semoga luahan ini dapat melapangkan sedikit perasaan ina. tiada apa yang dapat saya katakan melainkan kata sabar dan ingatlah bahawa allah akan bersama orang2 yg sabar.

btw Mujhee juga mengalami masalah yang sama. berat badan tak naik kerana setiap kali lepas menyusu dia muntah. memang normallah anak2 CP reflux. jadi ina janganlah terlalu risau tentang ini. janganlah kerana insiden ini buat ina putus harapan. masih ada manusia yang ikhlas mahu menolong jadi teruslah tabah demi nabila. salam peluk cium untuk ina dan nabila.

lightnur

Sueriani Ali said...

noina.. saya faham sangat2 apa yang awak alami. anak saya pun begitu, kurang berat badan. makanan harian aina hanya nestum beras+soya shj. nasi, bubur, susu dan minuman lain langsung dia tanak melainkan air kosong shj. mujurlah dia nak makan roti, nugget, epal.. tp itu tak memadai. dlm umur dia yang 2 thn 1/2 ni, berat dia baru 8kg. saya pernah pegi kat dietician sekali je pastu takde follow up lg, sbb "budak" tu pun tak tau nak buat ape nk suh anak saya makan. klulah saya ni berduit, nak saja saya carikan doktor yang terbaik utk merawat aina, tp apakan daya saya..

m@m@yAyA said...

Ish kuang ajar betul mulut pempuan tue~!!
Sesedap jer kata camtue,tgk dlula apa penyebab nie ckap ikut sedap mulut jer..!!~

Ish geramla zura bc nie ina!!~Rasa cam nk pegi tampar jer mulut pempaun bodo tue!!~
Sabar yer,memang rsnya dah berjuta kali ina dengar perkataan nie tp hnya tue jela yg zura mampu cakap..!!~

.:fifi:. said...

akak jgn give up..sabar..allah tu maha adil..ada sebab pada semua yang blaku..bnyakkan berdoa agar d permudahkan seglanya..

LYaFRINA said...

salam kak... biar je org tu.. mgkin dia blum tau tgungjawab dia dlm kerja tu.. bkn belum tau.. TAPI x iklas utk ambik tau n bekerja.

Ape2 pon lya hrp aka trus bsabar.. mmg la kdg2 bengang layan org2 mcm tu. sbb tu bla pk2 baik g private jer.. Tp, kalu private duit plok y jd msalahnya.. ape2 pun lya akn trus bdoa utk nbila agr mbesar dgn sihat..

**akak, asya pon ada poblem berat badn..

NM said...

noina,harap dapt besabar ye..
besar dugaan awak terima ni..
tapi ganjaran dari Allah lebih besar dari tu..

zura_habibhaariz said...

salam ina..sabar ye..biasala tuh..manusia tuh mulut mcm longkang..xkena kat dia dia xkan sedar..kuatkan semangat k...hmm...sabar byk2..

Rizziela said...

Semoga ALLAH mengampuni dosa perempuan itu..

tak ada seorang ibu pun sanggup anak dia sakit apatah lagi anak seperti Nabila. Hanya orang yg tak pernah rasa susah ajer yg senang ajer berkata-kata tanpa memikirkan perasaan si empunya diri....

Semoga awak kuat...kekuatan awak memberi sinar harapan kepada Nabila...

Kat luar ni...ramai lagi yg menyokong & berdiri bersama awak....semoga awak kuat & tabah menghadapi ujian dari ALLAH ini

Yin Areesa said...

Assalamualaikum. Lama sayamenjadi silent reader blog puan yang tabah. Teruskan ketabahan Puan. Nabila adalah anugerah. Tabah dan terus tabah. Seorang sahaja yang membuatkan Puan goyah, tetapi cuba lihat betapa ramai yang menyokong Puan daripada rebah.

Manusia hanya mampu berkata tetapi kurang manusia yang mampu menyelami. Anggap sahaja mereka seperti cerita puan di atas adalah manusia yang masih kurang belajar. Ingatlah setiap orang dugaan tidak sama. Biarkan mereka. Mereka langsung tidak menguntungkan.

Renungkan Nabila. Itu kekuatan Puan.

Salam sayang buat Nabila

Dari: Ummu Sofea

ratna said...

noina.. by2 sabar kay. mereka tak rasa apa yg terjadi pd awak. tp kalau saya la kena sound gitu.. saya pegi kat org tu balik sound dia cukup2.. geram la kat org yg suka sound2 gitu..

A.I said...

YA Allah!!!!!!!


Geram pulak aku. Sampai ati BETINA tu ckp camtu! eeeeeeeeee..kalau aku la, mau gaduh kt situ. Mau aku sumpah dia balik. Ya Allah!! geramnye. (nangis dah aku ni :( )

sabar la ina..mulut dan perangai manusia mmg banyak yg mcm ni. takde akal. tak sedar, mungkin benda yg sama akan jd pada dia balik!!

Anonymous said...

salam ina..
kuatkan semangat k..kalau akak kat tmpt ina masa tuh..x taulah nak ckp ape..anggap itu sume dugaan dari Allah utk menjadikan kita lagi kuat..sedihla pulak pagi2 baca N3 nie..isk!

Gugu Gaga Zafran said...

ya Allah..berat betul dugaan akak...ct slalu follow perkembangan nabila melalui blog ni..akak mmg xpenah putus asa..harap akak byk bersabar & xputus asa..biar la org nk ckp pe kak...ct baca en3 ni pn bergenang air mata..ct fhm perasaan akak sbb ct pn seorg ibu...

tulip said...

menangis saya membaca tulisan kamu... kamu ibu yg hebat. saya doakan nabila sentiasa sihat. jgn putus asa ok..

MaHieRa said...

salam..akak...mmg xde kata2 lain selain berkata SABAR..mgkin org 2 xrasa ape y akak rasa..dan jgn la akak sia2 kan peluang y ada semata2 demi dendam..klu ada peluang y dtg akak kena ambil..sbb kita xtahu kejayaan 2 dipeluang y mana...selamat berjaya...saya doakan nabila akan terus sihat...=))

Liana Manjaku said...

sedihnya...sabar yer Noina... RAsanya perempuan tu tengah monopos kot! Atau malam semalam gaduh laki bini! Sedap2 jer mulut dia cakap cam tu! Kalo ler dia ditakdirkan menerima dugaan seperti Noida baru dia tau kot! Ker...dia andartu yang tak ada perasaan kasih kat anak2 kecil!

meazara Raphael fairytales said...

dear, sabar ye... Allah tu beri dugaan setakat yg kita mampu, dan DIA tau you dapat menahan dugaan tu.. Untung Nabila punya ibu yg sanggup memperjuangkan segalanya untuk Nabila.. kuatkan semangat ok. Doa i sentiasa mengiringi nabila semoga suatu hari nanti Nabila juga dpt membesar sperti anak anak lain.. amin..

Naura said...

sentap gak bila baca n3 akak ni.tak patut betulla layanan kurang mesra diorang tuh..kalau naura ada kat tempat akak,naura rasa pompuan tu dah kena tempik ngn amki hamun ngan naura dah..nasib baik akak ni jenis sabar orangnya..

sabar yer kak..

az1ra said...

Mungkin Ina dah bosan dgn perkataan sabar.. tapi itu sajala yang mampu saya katakan..Ingatlah pasti ada ganjaran yang bakal Allah kurniakan pada hambanya yang sabar..teruskan berusaha utk Nabila dan jgn sesekali putus asa sbb dia ada hak di dunia ni..
kalau sudi jawabla tag di blog saya yer!

Puteri Nuur At-Terawis said...

ina, mereka tak akan faham dengan keadaan kita selagi mereka tidak berada dalam keadaan kita. bagi put, sungguh biadap cara dia melayan ina. cadangan put, ina buat aduan rasmi kepada pihak hospital atau jumpa pegawai yang in charge kat jabatan dietatik, ataupun a formal complain untuk perhatian pengarah hospital. lagi seronok untuk mengajar mereka kalau ina tulis dalam paper.

Puteri Satu said...

air mata akak pun menitik bersama entry ini... kuatkan semangat dik... nabila tetap sempurna di mata akak... kuatkan semangat untuk nabila... noina kena kuat...ok dik... kerana kekuatan nabila ada pada noina...

kenapa ada manusia cam tu kat dunia ni.... aduhai... akak doakan nabila akan membesar dengan sempurna... keajaiban tuhan tiada siapa menduga....

zarith said...

salam, puan saya selalu mengikuti cerita di blog puan, puan amatlah tabah...cuma apa yg mampu saya katakan banyakkan bersabar, insyaAllah ade rahmat yg menanti utk puan, org mcm tu patut sembur je cakap dia, sebab dia x merasa apa yg kita rasa...ada balasan utk dia, mungkin dia akan dapat lebih teruk lagi....biar dia rasa apa yg org lain rasa. bersabar banyak2, bertawakal, setiap ujian ada hikmahnya...itu janji Allah,,,insyaAllah

AMIEROZIANA said...

1st time visit here.....sedih sangat tapi u kena kuat ya....anak u dah dijanjikan syurga....semoga tabah dengan semua ini....

ilLa said...

ape lah jenis manusia yg sedemikian rupe ye...dier blom jd ibu lagi kot...x memahami isi hati wanita yg bergelar "ibu" ni...
org mcm tu mmg ade balasan di kemudian hari...
sy yg bace entry ni pon dah bergenang air mate.berat mate memandang berat lg bahu yg memikul...byk2 la bersabar ye...Allah tu Maha Adil...

yanadzul said...

harini hari kita..esok2 mungkin hari dia.. sabar banyak2..yg penting kita kena kuat semangat..demi nabila..

Yasmin Nabilah.. said...

untuk semua..

Terima kasih atas doa kalian dan kata-kata semangat yangb telah diberikan. Menitis airmata bila mebaca kata-kata semanat dari semua kawan-kawan. Ina akan terus bangkit dan berusaha sehabis daya demi Nabila. Ina juga ada buat aduan dlm website hospital. Hanya itu saja yang mapu ina lakukan..sebab ina sendiri tak tahu nama perempuan tu (nasib baik dia lah). Klu ikutkan hati yang panas mahu saja terus berjumpa dengan Pengarah hospital. Namun atas sifat kemanuasian(sebab dia takde sifat tu..nak bagitau sket)Ina tak nak kejam pada org lain. Takpe..masih ramai lagi yang akan menyokong Nabila. Biar Allah sahaja yang membalas segala perbuatannya..

zh-ena said...

ena yg takder kat situ pun melalui entry nie pun ena dah nangis..sedih sgt

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

salam,ina....
sedih kak fiza baca luahan hati ina. baru diberi kesempatan utk membcanya pagi ini. yg boleh kak fiza katakan, sabar dan terus sabar...demi nabilah tersayang. sofie pun dah dirujuk ke jabatan dietetik jugak. dah pergi berbelas kali, nasihat yang sama, cerita yang sama, semuanya makanan yang sama di suggestkan oleh dorg. kak fiza dan suami mula boring dgn diet terapi HSB. dan sofie ada appointment dgn dietician, baru2 ni, kak fiza abaikan...tak pergi pun. sebab dah boring dengan kenyataan dorg. semuanya cerita yang sama. skrg, apa yg kak fiza buat, ikut semua kehendak sofie. kak fiza tak pernah paksa sofie utk makan.
mungkin masalah sofie dgn nabilah berbeza...dan mungkin juga ina dah usulkan pada kak raw masalah nabilah,kan? cara kak raw dapat membantu tak? sebab sejak sofie buat rawatan dgn kak raw, sofie nampak selera nak makan. ...

kak fiza harap ina akan terus kuat demi nabilah, ok,dear.

Anonymous said...

Salam,

buat puan..tabah lah menghadapi segala dugaan
Nabila anugerah ilahi yang x ternilai..puan di beri amanah dan insyallah Nabila x pernah menyusahkan puan bila dewasa kelak,saya kagum dengan ketabahan puan..apa yang kita alami sama..yang berbeza pesakit itu adalah saya sendiri..July 2009 saya ditakdirkan koma kerana menghidap H1N1,disaat maut menghampiri keluarga diarahkan utk bersetuju agar bantuan pernafasan di hentikan..namun ayah kuat mengatakan dia percaya pada ketentuan tuhan,andai nyawa sayang x panjang biarlah saya meninggalkan dunia dengan sendirinya...bayangkan orang2 jabatan kesihatan bertanya pada ibu saya dimana kawasan yang sepatutnya mayat saya dikebumikan..dapat x puan bayangkan perasaan ibu saya tatkala itu?mereka seolah2 menganggap kematian terlalu mudah kerana mereka tidak mengalami..alhamdulillah saya tersedar setelah 3 minggu koma..saya tak mampu berkata2 kerana leher saya ditebuk(ENT), Dalam ICU saya diherdik, di maki dan dihina seolah2 saya minta penyakit ini,saya dilempar dengan kain basah tepat terkena muka, saya diselimut dgn gebar yang basah lencun bila saya mengadu panas dan sampai saat ini saya x boleh lupa bila salah seorang jururawat pelatih mengatakan "dah lama ke saya buat kerja mengangkang" hanya kerana kain saya terselak..saya x mampu meluahkan rasa sakit hati kerana leher saya di tebuk, saya x mampu berkata2 kerana saya terlalu lemah...alhamdulillah saya sihat seperti sediakala..namun utk membalas dendam tidaksama sekali...apa yang mampu saya katakan disini..biarlah allah membalas perbuatan mereka..

salam perkenalan....suriaamanda@yahoo.com

Anonymous said...

sedih bace entry nie...kuat semangat k.

zaza said...

salam ina,
Sume dugaan tu syg.. Tuhan amat sayangkan Ina.. lantas diturunkan dugaan yang sedemikian untuk ina.. ina sabar ye.. ? Hadiah SYURGA menanti insan-insan yang beriman..

ieda said...

salam ina...dah lama tak masuk sini sb kabel kena curi..sedih baca cerita ini kali ni.mmg takdak perasaan betul staf tu.akak selalu terperasan ayat2 sinis mcm ni bila kita berurusan dgn org gomen..junior doctors jg kadang2 cakap benda yg menyakitkan hati..sebab semuanya setakat p kerja hujung bulan ambik gaji..elok jg ina komplen kt pengarah..mention specificly tarikh,masa & tempat kejadian..then only pengarah boleh ambil action.walaupun setakat teguran takpe..at least staf tu sedar diri sikit..ina jgn risau sgt kalau nabila kurang makan..as long as dia sihat takdak sakit demam itu dah ok..mungkin dia mmg type yg kurang makan..

to suriaamanda...(akak tumpang kt sini sat ye ina)..i'm speechless..ada jg staf kesihatan yg mcm ni rupanya..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

saya pun speechless baca story suriaamanda(tumpang jap ,ina). tak sangka masih ada staff yg gitu yer. nak je ku tahu hospital mana tu....

Asz said...

salam ina ...

saya faham sgt ngan apa yg ina lalui skang .. saya penah berada di situasi yg sama, pedih remuk hati ni tuhan je yg tau ... org2 camni xde hak nk judge kita ... dia bukan tau camne kita susah payah jaga anak kita utk pastikan yg terbaik utk anak kita... masalah kurang berat badan mmg common utk anak2 istimewa cam anak2 kita nih ...

xpelah ina, buang karen je pikir pasal org xde ati perut camni ...blom kena atas batang idung sendiri boleh lah sewenangnyer nk bercakap tanpa pikirkan hati org lain ...

tp walau mcmmane pon, mmg org tu kurang ajar!

fyi, ammar dulu pon ada masalah berat badan, jadi susu ammar ada byk campuran ... carborie, MCT oil, nestum ... of coz lah yg prescribe sume tu pon dietician ... boleh dpt di farmasi tp bukan sebarangan .. coz dia ada dose2 yg spttnyer takot ada yg x tahan boleh cirit plak ...

take care ya ... muahhh to nabila yg comey!

KIRIS.. said...

duhai hati.. tabahlah untuk kesekian kalinya..Ya Allah..kurniakanla ketabahan dan kesabaran pada saudaraku.. :)

suriaamanda said...

tumpang lalu..
terima kasih atas prihatin ida dan naimatul Hafizah..terima kasih atas kata2 kalian..sejuk hati ini walau x dapat langsung melupakan peristiwa itu..jemputlah ke blog saya yang dikendalikan oleh adik saya..jiwa ini masih tidak kuat utk memulakan kata2

kau di hatiku said...

geramnyer....smpai ht die 2 kan?moga tuhan je yg balas