Sampai saja lihat rumah Kak Raw belum lagi dibuka pintunya. Abg ke hadapan rumah Kak Raw dan melihat buku giliran. Dan mencatat nama-nama anak-anak ini ; Nabila, Sarra, Habib, Aiman dan Idris. Dan sesudah itu, kami terus ke masjid berdekatan menanti azan subuh. Mengantuk bukan main lagi, sebab sampai di sana jam 5 pagi.
Usai solat subuh, terus ke rumah Kak Raw. Sudah ramai anak-anak yang menanti untuk dimandikan dengan air kolah masjid. Aku yang baru pertama membawa Nabila untuk mandi..agak teruja pada mulanya. Almaklumlah..abg bekerja setiap Sabtu dan sukar untuk datang pada waktu seawal ini (Selalunya sampai ke rumah Kak Raw kul 8 pagi..hehe). Kali ini berkorban masa tidur dan masa rehat demi Nabila..
Dan giliran nabila agak lewat juga kerana ramai yang mandi semalam. Tak mengapalah. Sudah bisa menunggu lama. Dan sambil-sambil menunggu, berbual dan bermain dengan anak-anak ini adalah perkara yang paling seronok dilakukan.
Giliran Nabila tiba dan seperti biasalah menangis. Tapi aku mengangak kerana tangisan Nabila ni agak lain sedikit. Menangis kerana sakit pada kakinya.
Nabila selepas dibalut.
Selesai urusan di Gedangsa, kami terus ke Sg. Besar. Ke rumah Zali.. Dan tidur + lepak-lepak bersama Ita dan Zura se'family' disana.. :)
4 comments:
tengah terkupas bekas air panas tu yang nabila pedih..takpe..sabar ye.nabila sayang
salam ...
alalaaaa ... shian nyer tgk nabila, rimas agaknyer dia ... camni rupanyer berubat ngan kak raw, saya dari tahun lepas nk bwk ammar berubat kat sana tp x kesampaian ... ammar x bley travel jauh2 ... Insyaallah kalau ammar dah ok ingt nk bawak juga ke sana ... nk cuba, manalah tau kan ngan izinNya boleh beransur baik ...
nabila dah kena mandi,yer? dah 2 minggu kak fiza tak bawa sofie ke rumah kak raw. 2 minggu ni, suami kak fiza sekolah hari sabtu. so, minggu ni nak bawa.
ibuayu: tu ah..skrg ni dah kurang skt..dah nampak kulit mula tumbuh di area yang melecur tu..
Asz: yeke..hurm..budak kan..mana la yang suka balut.Klu balut mesti nanes2..huhu..Bawakla amar..mana tau dengan izin Allah akan ok.. :)
Kak Fiza: Yeke..ina baru nak abwak..huhu..apa punya mak la kan..minggu ni ina gi lagi..cik abg keje malam..tapi dia amik 1/2 day..so tgh malam dia balik..pagi2 dah gerak ke gedangsa..
Post a Comment