Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

22 February 2010

Ophthalmology..

Hari ini, Nabila ada appointment dnegan Klinik Mata di hospital. Pada mulanya agak kemalasan juga aku untuk pergi. Memandangkan inilah satu-satunya temujanji yang aku rasa agak penting..sifat malas tu terus aku tolak tepi.

Dan pagi-pagi lagi aku dan abg sudah bersiap. Tidak mahu terlambat ke Hospital Sg. Buloh. Faham-faham sajalah keadaan parking. Sampai saja..sah..parking penuh. Abg terpaksa drop kan aku kat ruang menunggu sementara dia mencari parking. Dan tak lama selepas itu..kaki ini melangkah dengan penuh debaran ke Klinik Mata.

Sampai saja, tengok ramai orang. Memang dah agak dah..lagi-lagi hari Isnin pulak tu. Masuk saja ke klinik, terus mencari posisi yang sesuai untuk Nabila. Nabila merengek pada mulanya. Entah napa tah. Aku kurang periksa. Merengek suruh aku berdiri. Tak nak dok dalam stroller.

Sudahnya nama Nabila dipanggil. Dan seperti biasa jugak la ophthalmologist dok periksa mata dia. Bagi cahayalah. Dan malangnya, Nabila langsung tak nak respon. Yang dia tahu..nangis..huhu.. Apasal anak ibu nih.. Dan staf itu terus saja meletakkan eye drop untuk Nabila. Seperti biasalah tujuan nak besarkan anak mata. Huh..mata dah besar..anak mata pun nak besar gak..hehehe..

Apalagi..dah letak je eye drop tu.. terpekik terlolong la Si Nabila nih. Puas gak la pujuk. Sudahnya tidur. Ngantuk kot. Orang kat depan aku dok perhati je..huhu..nak wat camner..budak tecit tonet nih tak henti menangis. Pedih woo..Cuba klu ko yang kena..sure nangis cam anak aku..huhu..

Sudahnya tido dalam stroller.Aman sket la. Bukan apa..aku pening betul ngan klinik mata nih. Ramai tul budak praktikal.Plak tu orang asyik lalu lalang je depan aku. Naik pening pun ada. Kelam kabut pun iya..huhu.Lantak korang lah..!

3 kali gak la Nabila kena letak eye drop tu. Dan last kali bila panggil..aku suruh ayah Nabila yang bawak dia jumpe ophthalmologist tu. Malas aku. Ingat nak letak eye drop lagi. Rupanya nak check power. Mulanya aku tunggu gak Ayah Nabila..napa tak kuar-kuar lagi dari bilik no. 8. Rupanya tengah check power. Aku terus la masuk. Tgk camner. Nasib baik time tuh Nabila dah bangun. Nampak jugak la mata Nabila merah sket. Pedih sgt kot. Nabila senyum-senyum. Entah apa yang dia seronok sangat aku pun tak tahu.

Nasib baik jugaklah Nabila beri kerjasama semasa checking power itu berlangsung. Dan khabar baiknya..mata Nabila normal. Tiada tambahan power atau yang pelik-pelik berlaku. Nasib baik jugaklah. Power dia kira standard la dengan power budak seusia dengannya. Hurm..takpelah..Itu pun dah kira ok. Cuma yang merisaukan aku adalah fokus!

Tak lama selepas itu, Nabila kena jumpa doktor pulak. Dan kata-kata sama seperti tahun lepas.. mata semuanya ok..cuma yang pasti masalah pada saraf di otak Nabila. Dan aku ada juga menceritakan tentang mata Nabila yang juling. Dan kata-kata doktor tadi buat aku rasa tak seronok sket. Mana taknya, Dia sendiri tidak pasti dan jugak terpaksa menunggu sehingga tahun depan untuk memastikan hal itu. Aku faham dan apa yang penting sekarang ini..aku perlu usaha untuk stimulate mata Nabila.

Apapun..sepanjang hari ini..aku dah tak rasa effect apa-apa dengan apa yang doktor katakan pada aku tadi. Entah..macam dah lali pun ada. Huhu.. Mungkin juga aku dah bersedia dengan apa yang dikatakan oleh doktor tadi. Sudah mengagak perkara ini berlaku.

Sempat juga seorang perempuan, agak-agak baya aku dan seorang makcik menegur aku dan Nabila sewaktu menunggu ayah Nabila amik kereta. Sempat juga perempuan itu berkata.."Sabar..mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku". Aku hanya tersenyum saja. Aku takdelah nak bercerita panjang. Cuma dari mimik muka dorang..aku yakin dorang ikhlas. Dan mungkin juga tak menyangka Nabila adalah anak Cerebral Palsy.

Esok ada appointment dengan pediatrik pulak. 2 hari aku cuti. Hurm..Agak bosan sebenarnya..asyik ayat yang sama..Apapun..telan jelah apa yang dorang nak cakap.. huhu..

12 comments:

MIA said...

saya doakan yg terbaik utk nabila dan noina sekeluarga... salam syg utk nabila yg comel tu ye

Ummi Alisya said...

cian anak ummi nih. agaknya dia tau takmoh gi spital, tuh yg meragam pada mulanya.
(baju nabila tu same dgn Sarra lah. hehe... kate kembo!!!)

Yasmin Nabilah.. said...

Mia: terima kasih yek Mia.. Amin..

ita: yeke sama..hehe..kebetulan lak..hehe..agaknye la kot..huhu..dah pandai dah..bau hospital pun dah kenal..hehe

zaza said...

Salam. saya juga doakan yang erbaik untuk nabila sekeluarga!

A.I said...

aku penah dititik eyedrop besokan anak mata tu. dlm 30mnt mata jd kabur. tp kene sekali je, idak le berkali2. isk..mmg patot la budak tomey tu tak selesa. agaknya dowang geram tgk mata nabila yg bulat besau tu kot..ngeee

Puteri Nuur At-Terawis said...

Lagikan orang tua pun tak gemar ke hospital, inikan pula Nabila. Mama Put faham perasaan tu. Insya Allah Ina, kita usaha lagi.

Sedikit pengalaman nak berkongsi dengan Ina, Idris sendiri pun ada masalah fokus. Dulu, Put ingatkan mata dia ada problem. Tapi apabila check semuanya OK.

Apa yang Put buat, Put buat flash card sendiri. Untuk mula-mula ni, buat je dulu dalam 5 keping. Cari picture family members dia dan tunjuk ulang-ulang pada Nabila.

Mungkin kalau 200 kali pertama Ina buat, Nabila tak akan menunjukkan tindak balas. Itu yang Idris buat. Tapi, alhamdulillah selepas (tak tahu berapa ratus kali buat) Idris sekarang menoleh melihat pergerakan kad tu.

Apa yang lebih menggembirakan Put, apabila Put tunjuk kad (satu gambar Mama dan satu gambar Abah), bila Put tanya 'mana Mama?' dia menoleh pada kad yang ada gambar Put, dan Put tukar-tukar gambar tu, dan Idris tahu kad mana yang ada gambar Mama.

Mungkin ada pendekatan lain lagi yang boleh kia cuba. Lambat tak apa, janji konsisten. Kita cuba yang terbaik untuk anak kita.

Yasmin Nabilah.. said...

Zaza: terima aksih.. :) Amin.

Kak Ai: klu ina la jadik nurse tuh..tak rasa nak letak eye drop kat mata Nabila yang chanteks tuh..hehe..kabur ke kak..huhu..cian betul..pedih plak tuh..huhu..

Put: Tu ah..aituh ada gak main flash card..ni dah lama tak main ni..huhu..camner nih..yang gambar ina ngan zul tak buat lagi..tgk nanti nak buat gak la..

zura_habibhaariz said...

hmm..bgslah mata nabila ok..biasala bdk2 nie dia check sethn skali...hopefully nabila will get better..sayang dia...

mmyyen said...

kuatkan semangat yer..mudah-mudahan semua nya bertambah baik.kawan2 dan family banyak support u..termasuk saya lah..hihi

Yasmin Nabilah.. said...

Zura: takde maknenyer zura.selagi Nabila tak leh nak fokus selagi tu lah ina tak puas hati..huhu..

mmyyen: terima kasih mummyyen..huhu..betul2..ada kawan2 buat lagi bersemangat! :)

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

akak pernah rasa dan dpt bayangkan mcm mana klinik mata tu. tmpt penuh jer....
sian nabila. sofie pun pernah kena macam nabila jugak. beberapa kali titik eye drop nak besarkan anak mata....huh! tahun ni kena buat lagi, check mata. sabar je la...

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Fiza: betul kak..pedih..sian betul..ina sebab dah tau dorang mesti cakap benda yang sama..sedih pun ada..tapi nak wat camner..telan jelah apa dorang cakap..huhu