Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

21 January 2011

Antara anak & kerjaya..

Argghhhh..Aku buntu....!!!

Susah benar untuk aku membuat keputusan..Dan sering juga tersepit di antara dua perkara ini.

Hal ini berkaitan dengan apointment Nabila bersama doktor peadiatrik dan jugakursus ke Pahang 2 minggu lagi. Kedua-duanya berlaku dalam tarikh yang sama dan semahunya aku tak ingin mengambil keputisan untuk hadir ke salah satu perkara tersebut. Sebetulnya kedua-dua sangat penting buatku..

PENTING BILA PERGI PEADS KERANA:

1. Aku ingin memceritakan kepada doktor tentang keadaan yang berlaku pada Nabila sebulan yang lepas (jika ada yang masih ingat tentang kejadian kami berdua menangis di dalam kereta sewaktu pulang ke rumah). Aku mahukan kepastian doktor mengenai kes sawannya itu.Adakah ianya menyerang ketika itu?

2.Berkaitan dada Nabila yang sering berbunyi.Walaupun pemeriksaan akan dilakukan pada 23hb Feb nanti..namun aku mahu doktor menjelaskan keadaan yang menyebabkan Nabila berkeadaan demikian.

3.Mahu info berkaitan dengan suntikan botox untuk mengawal lelehan air liur. Ini atas permintaan speech therapist Nabila mengenai aliran air liur yang meleleh meskipun mulutnya tertutup rapat.

PENTING KE PAHANG UNTUK KURSUS KERANA :

1.Mungkin ada beberapa info tentang bidang tugas yang perlu aku tahu. Maklum saja selepas ini aku seorang saja staff tetap yang akan mengendali dan perlu mengetahui semua tentang tugas itu.

2.Tak mahu orang berfikir aku tak mahu ke kursus tersebut atas alasan anak. Sebenarnya aku tak tegar meninggalkan Nabila namun kerna kerja itu satu kewajipan dn aku mahu jadi pekerja yang bertanggungjawab membuatkan aku tersepit antara Nabila dan tugas.

Andai diberi pilihan,kedua-duanya ingin aku pergi. Kedua-duanya sangat penting buatku. Aku buntu dan tak mahu di tuduh sebagai sengaja menggunakan alasan Nabila itu dan ini. Mungkin ada yang tak faham dengan situasi begini. Bukan mudah untuk ku melakukan kedua tugas ini serentak. Dan serius aku katakan..aku sangat cemburu andai ada ibu yang berhenti kerja dan menjaga anak sendiri.Bagiku ianya satu kepuasan! Alangkah indah ibu-ibu boleh berada di rumah disamping anak tanpa rasa ragu
dan curiga kerana semuanya ada di depan mata.

Alahai kawan-kawan..tolong aku. Mokcik pening dah ni tak leh lolap mato ni..huhu..

6 comments:

Nonie said...

Kalau akak berada di tmpat Ina,apa yg akn akak lakukan ialah membawa Nabila ke PEADS krn:
1)perjumpaan dgn doktor pakar amat penting & yg paling penting berbanding fisio@cara kerja dll sebab yg lain2 ni kite boleh wat @ rumah sendiri.
2)anak adalah segala-galanya...Ina fhm kan

Bab kerja jatuh no.2 kerana hilang kerja boleh cari rezeki di tmpt lain tapi anak kita tiada galang gantinya...

Akak pn pd 27hb ni ade appoinment Humaira dgn PEADs & bertembung pulak ngan tarikh audit di PPD..tp akak dh inform dgn GB utk hadir appoinment..jd akak perlu siapkan dokumen yg berkaitan & minta PAP bw dokumen tu utk audit nanti..akak dh x peduli ape org nk kata belakang sbb yng memikulnya kita..mrk hanya memandang jer kan..lgpn akak rasa rugi sgt sbb sblm ni lebih utamakan kerja sehingga m'abaikan rwtn utk anak..apepun ade rezeki x ke mana..kursus tu x dpt pergi kali ni cuba lain masa plak..apepn akak tetap sokong Ina..:-)

Bicara hati ibu aisya said...

Alahai ina, memang sukar kan nak membuat keputusan andainya ia melibatkan si anak tersayang.Apa pun keputusan ina, ayu sokong.ayu tahu itu adalah keputusan yang TERBAIK ina demi untuk nabila dan kerjaya.GOOD LUCK sis.
Moga ditunjukkan jalan yang terbaik.

mamasoffy said...

Ina..xde pengganti ke yang nak kena pegi kursus tu? Selalunya kursus utk govt ni akan ada manual n hardcopynya..ina boleh belajar daripada pengganti tu dan material yang ada ..(asalkan ada pengganti yang ok lah..)

produk ococ said...

hmmmm kena tukar tarikh appoinment la cam tu, tp tau tu, klu tukar, mesti lambat lg tarikhnya kan..hmmmm xpun minta dady bawakan nabila ke appoinment tu sendirian, hmmmm.pikir lagi, pikir lagi, mesti ada jalan...

Jue-Isteri_Ibu said...

Ina, dua-dua penting...seeloknya ina bincang dgn hb n majikan juga. dan memohon padaNya, insya allah ada jalan penyelesaian..

yunz_02 said...

ina.. kdg² ada masa kita terpaksa memilih keje sb itu lah salah satu punca rezeki kita dlm membesarkn anak dn menjaga kebajikan keluarga.. tp dlm masa yg sama kita sebagai ibu ni berat hati nk tglkn anak utk mengutamakn benda yg lain.. cuba la discuss dgn bos ina, mana tau dia faham dgn kdn yg sedang ina hadapi..