Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

07 January 2011

Bila sudah sibuk..masalah lain pula yang timbul...

Untuk seketika, aku menghela nafas panjang untuk menaip entry ini. Entahlah..sejak dua menjak ni, bebanan kerja bertambah dan aku mula mengabaikan seseorang..

Siapa lagi kalau bukan...


Hurm..entahlah..sekarang ni balik keje pun dah lewat. Selalu 6.30 baru pulang. Kadang-kadang 7 malam. Tapi tak berani pula nak tinggal sorang-sorang kat pejabat. Sunyi kalau dok sorang-sorang. Dan lepas tu mulalah hati tak sedap. Paling lama pun pukul 7. Sebelum maghrib mesti balik.

Dan sebenarnya, hampir sebulan lebih Nabila tak melakukan apa-apa aktiviti di rumah. Jika dulu, flash card, toys dan sebagainya tak tinggal. Tapi kini...

Badan dah letih, Nabila pula sekarang ni dah tidur awal. Pukul 9 dah tido. Macamana nak buat?

Hanya harapkan kat sekolah je untuk aktiviti-aktiviti ini. Tapi banyak manalah yang sekolah buat? Dah sebulan juga aku tak panggil Kak Yusnita datang urut ke rumah. Mesti akak tu pelik, kenapalah aku tak call dia. huhu..

Tadi, Nabila ada appointment dengan physiotherapist. Dan mereka bertanya apa perkembangan Nabila sekarang ni. Susah nak jawab sebab Nabila masih belum ada perkembangan terbaru. Dan ketika itu rasa mahu tampar je pipi ni. Kenapa aku tak buat apa-apa macam dulu kat Nabila? Nak biarkan anak tu keras balik ke? Biarkan tanpa sebarang perkembangan? Mana jadual yang slalu ko buat tuh? Dah tak buat jadual baru dah? Ke dah bosan dengan semua ni?

Adoiyaaiiii...Maafkan ibu Nabila. Ibu leka dengan kerja-kerja ibu. Sampai ibu mengabaikanmu... :(

Ni, macam semangat la nak buat aktiviti Nabila semula. Tapi, tgk Nabila dah tido, lemah semangat ni. Macamana? Takkan nak kejut pulak dia? Aduhai..pening mokcik!

8 comments:

Unknown said...

Samalah macam akak ina...malam tu terasa pantas benar berlalu...mana nak buat terapi iman...nak tengok pelajaran kak long...nak buat kerja rumah...skrg balik sek pun dah lambat...byk keje...tapi akak yakin...kita kena terus berusaha kan...

Jue-Isteri_Ibu said...

Ermm..Tak apa Ina, perlahan2.. Sekurang2nya Ina dah anta nabila ke sekolah.. Insya allah walau tak banyak yang dibuatnya di sekolah tu, atleast ada juga aktiviti nabila setiap hari..Nabila rajin2 g sekolah, yer...

ICAZIESYIRA said...

tapi kat sekolah dah ade aktiviti untuk nabila kan ina?

kalau paksa sangat pun kesian nabila
ikut kemampuan la
jangan susah hati :D

Yasmin Nabilah.. said...

kak nanie: betul kak..ina anak sorang pun tak terhandle..mcmana plak akak kan..Sabau jelah..Moga segala urusan kita dipermudahlan..

Yasmin Nabilah.. said...

Jue: harapnya lah dia buat aktiviti tu..sebab therapist kat sekolah dia ckp dia tak nak buat..tu yang ina rungsing tuh..

Yasmin Nabilah.. said...

ica: mmg ada..tapi klu dah asik menangis je..camner nak buat. Therapist pun tak nak paksa2..tak elok untuk budak kan..huhu..

Min said...

moga dimudahkan segalanya untuk nabila... insya Allah!

Bicara hati ibu aisya said...

Sabarlah ina..mmg itulah masalah besar bg ibu2 berkerjaya yang punya anugerah istimewa mcm kita.Masa selalunya xsempat tp sedaya mungkin kena cari jugak ruang kesempatan itu kan?pelan-pelan...insyaallah.lgpun nabila dah ke sekolah (atleast ada gak something yang dia belajar setiap hari walaupun xbyk daripada xde lgsg)